blog perkongsian infomasi dunia maya

sistem yang digunapakai dalam pengurusan sisa pepejal di Malaysia

♠ Posted by Amsran Sanuin at 12:49 PM


Pendahuluan

  • Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang pesat membangun dari segi pembangunannya dan juga perkembangan ekonominya.
  • Pertumbuhan pesat penduduk bandar yang disebabkan oleh migrasi luar bandar ke bandar dan pertumbuhan semulajadi serta perubahan corak penggunaan telah menyumbang kepada peningkatan dalam penghasilan dan komposisi sisa pejal.
  • Jumlah sisa yang dihasilkan oleh penduduk bandar pada tahun 2000 adalah sebanyak 11,940 tan sehari atau 0.8 kilogram per kapita sehari (Alam Flora, Tempat Membuang Sisa Makanan).
  • Jumlah sisa pejal yang besar ini telah memberi tekanan kepada tapak pelupusan sedia ada, dan sebahagian besar daripada kawasan pelupusan dikelaskan sebegai tapak pelupusan bukan sanitari atau tapak pembuangan sisa terbuka.


Definisi Sisa Pejal

  • Sisa pejal telah ditakrifkan :

#sebagai bahan yang tidak dikehendaki oleh penciptanya dalam bentuk bukan gas dan bukan cecair yang terhasil dari aktiviti harian oleh komuniti kediaman, komersil dan sektor perindustrian.

Pihak Yang Terlibat

  • Perundangan
  1. Dasar dan perancangan
  2. Pelan induk persekitaran tapak
  3. Pelan induk pembangunan tapak
  4. Penguatkuasaan undang-undang
  5. Pemantauan
  6. Hubungan kerajaan tempatan, negeri dan pusat. (KPKT & PBT)

  • Bukan Perundangan
  1. Sektor swasta
  2. Media massa
  3. Orang awam
  4. Pendidikan dan etika
  5. Badan bukan kerajaan
  6. Penyelidikan dan pembangunan

Dalam memastikan pengurusan sisa pepejal dapat dilaksanakan dengan berkesan KPKT mewujudkan Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara (DPSPN).

Teras 1 : Pengurangan Sisa Pepejal melalui 3R (Reduce,Reuse, Recycle)

Teras 2 : Perkhidmatan yang menyeluruh, seragam,efisien, berkualiti dan kos efektif.

Teras 3 : Pewujudan Undang-Undang dan Peraturan serta institusi.

Teras 4 : Penyampaian Perkhidmatan PSP melalui kaedah penswastaan.

Teras 5 : Teknologi yang mesra alam dan selamat, kos yang efektif, terbukti

dan keutaman kepada teknologi tempatan.

Teras 6 : Pendidikan Awam danProgram Kesedaran.

Pengeluaran

  • Sisa Domestik 40 %
  • Sisa Komersil 30 %
  • Sisa Industri (tidak termasuk

sisa berjadual) 15 %

  • Sisa Pertanian 5 %

  • Lain-lain 10 %


Kuantiti yang dipungut setiap hari bergantung kepada keluasan dan kepadatan penduduk sesuatu pihak berkuasa tempatan.

Penyimpanan


  • Jenis Saiz
  • Kompektor Bin (SLB) 1.5 m padu / 600 liter
  • Kontena RORO 8-12 m padu
  • Tong Beroda Dua 80-240 Liter
  • Tong Gantung 20-40 liter
  • Tong Individu 60-80 liter
  • Lain-lain jenis yang bersesuaian.

Pengutipan


  • Kutipan dijalankan bergantung kepada pihak berkuasa tempatan dan kebiasaannya dibuat setiap hari di pusat bandar dan jalan utama serta 3 kali seminggu di pinggir bandar dan taman-taman perumahan.
  • Kakitangan yang terlibat biasanya 1pemandu dan 3 Pekerja Rendah Awam(PRA) untuk lori kompektor dan 1 pemandu bersama 1 PRA untuk lori kontena.


Pengangkutan

  • Jenis Kenderaan Kapasiti

  1. Kompektor 8-12 m padu
  2. Kontena 6-8 tan
  3. Terbuka 3 tan
  4. Kren 5 tan
  5. Road Sweeper
  6. Backhoe (untuk sisa pukal)

Pemprosesan Sumber


  • Pemprosesan dan kitar semula dijalankan oleh Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) tertentu dan bagi PBT yang tidak menjalankan pemprosesan.
  • Kitar semula secara formal, terdapat pihak-pihak swasta dan individu yang menjalankan kitar semula sisa pepejal sebagai punca pendapatan.

Pelupusan

  • Tedapat beberapa kaedah pelupusan akhir sisa pepejal bergantung kepada kewangan sesuatu Pihak Berkuasa Tempatan iaitu :
  1. Pembuangan Terbuka – tidak diamalkan lagi.
  2. Pembuangan Terkawal / pembakaran
  3. Pengambusan Tanah / landfill
  4. Incinerator
  • Contoh kawsan pembakaran, sebuah pusat pembakaran berteknologi tinggi (Thermal Treatment Plant) akan dibina di Kampung Brogo, Semenyih, Selangor. Pusat pembakaran ini mampu menguruskan 1,500 tan sisa pepejal dalam sehari.
  • Sementara itu, di Pulau Labuan juga terdapat sebuah pusat pembakaran yang menggunakan kaedah 'Thermal Oxidation'. Pusat pembakaran ini mampu mengendalikan 40 tan sisa pepejal sehari.
  • Sistem pembakaran boleh membakar 99 peratus sisa pepejal menggunakan suhu yang tinggi sekitar 500-600 darjah celsius

Isu-isu sistem pengurusan sisa pepejal


  • Kekurangan perancangan teliti dan program yang bersesuaian.
  • Kekurangan tenaga kerja yang berkebolehan.
  • Kemudahan-kemudahan yang wujud tidak digunakan sepenuhnya.
  • Undang-undang dan peraturan yang tidak berkesan dan kekurangan penguatkuasaan.
  • Struktur institusi yang lemah.
  • Penglibatan komuniti yang terhad.

Mengapa Kawalan dan Pengurusan Sisa Pepejal Tidak Dapat Dijalankan dengan Berkesan?

  • SEBAB-SEBAB:
  1. Kelemahan dari segi pentadbiran majlis perbandaran.
  2. Kurangnya sokongan dan bantuan dari segi teknikal.
  3. Panduan dan undang-undang yang tidak mencukupi untuk mengawal dan menguruskan sisa pepejal.
  4. Kaedah pengurusan dan pelupusan sisa yang berkesan haruslah dirancang berdasarkan keadaan sesuatu kawasan seperti jenis dan kuantiti sisa, iklim dan ciri-ciri geografi, dan keadaan ekologinya.
  5. Bagi mencapai pengurusan yang baik seharunya kita menggunakan aplikasi teknologi yang ada, dimana dapat mengurangkan jumlah sampah.
  6. Semua pihak perlu bertanggungjawab, Haruslah kita ingat bahawa manusia adalah khalifah di bumi ini.
  7. Oleh itu, tanggngjawab menjaga alam ini adalah tanggungjawab kita bersama.