Blog perkongsian maklumat dan isu semasa terkini

Google Maps

Google maps merupakan salah satu aplikasi yang sangat penting bagi perangkat Android. Aplikasi tersebut dapat mempermudah perjalanan ketika digabungkan dengan GPS yang dibina oleh pihak google. Boleh digunakan secara online dan offline. Menawarkan view peta gambar satelit untuk seluruh dunia. fungsi google maps seperti yang kita maklum adalah :



Peta
google maps image satellite
Peta
google maps image directions
 
 

Fungsi Google  Maps


  • Sebagai petunjuk tempat supaya kita tidak tersesat dan tahu kedudukan kita dimana. Banyak membantu kepada sesiapa sahaja yang beru berada ditempat baru.
  • Alat yang boleh automatik mengesan tempat dengan memasukan nama tempat yang ingin dituju.
  • Menunjukan kedudukan bangunan, jalan raya, restoran, sungai dan sebaginya.
  • Mengukur jarak.
  • Yang pasti fungsinya memudahkan dan menjimatkan masa perjalanan anda.

Google map ini mengingatkan saya kisah hidup pertama kali mejejakkan kaki di semananjung seorang diri.
Fungsi aplikasi ini telah banyak membantu saya sekitar awal tahun 2009 yang ketika itu saya baru menetap di Equin Park, Seri Kembangan Selangor. Ketika itu kemana-mana sahaja saya hendak pergi berpandukan aplikasi google map di dalam handphone agar tidak tersesak kerana memandangkan, kali petama menjejakkan kaki di selangor.Kemana sahaja saya ingin pergi, saya akan membuat kajian dan persediaan sehari sebelum membuat perjalanan bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang boleh menyebabkan sesat dan kelewatan sampai ke tempat yang ingin dituju. Akhirnya sehinggalah jalan-jalan utama di sekitar W.P. Putrajaya dan sebahagian daerah selangor telah diketahui dan boleh bergerak kemana sahaja seorang diri dan akhirnya juga keseluruhan negeri di semananjung Malaysia telah berjaya dilawati.

p/s..Pengelaman berada di negeri orang telah banyak membantu saya.. dan saya sedar betapa kecilnya kita di dunia ini... bersykurlah dengan seadanya...

Rahsia khasiat Rumpai laut

kerabu rumpai laut

Hari ini resepi kegemaran saya dimasak oleh isteri iaitu kerabu manga rumpai laut merupakan sayuran popular. Pertama kali makan sambal rumpai  laut ni sekitar tahun 2006 di gerai ikan bakar berhampiran pasar AM Kota Kinabalu (pasar Filipin) terus terpikat  dengan rumpai laut.  ketika itu boleh dikatakan hanya terdapat tempat-tempat tertentu sahaja yang menjual Rumpai  laut.  Sekarang ni sangat mudah untuk mendapatkannya di sini(Sabah) semua tempat ada bejual rumpai laut RM 2.00 sepinggang berat lebih kurang 100 gram cukup untuk di makan untuk dua orang kira murah harganya. 

Seperti yang kita maklumat Rumpai  laut dikatakan mempunyai keistimewaan  dari segi khasiatnya  menurutnya  kajian rumpai laut yang dianggap 'ibu kolegen' mentah yang kini semakin popular dan ramai khususnya wanita mengambilnya untuk dijadikan makanan tambahan bagi menjaga kesihatan serta kecantikan.

rumpai laut dijual di tamu


menurut artikel daripada BHarian keluaran 15/04/2013 oleh Nor Hatina Shuib rumpai laut adalah Khazanah laut pelbagai warna seperti hijau, merah, hijau biru dan perang ini boleh dimakan secara mentah, dimasak atau dikeringkan. "Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta karotein serta protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit," Dr Muta Harah Zakaria, Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, UPM.

Penggunaan ibu kolegen spesis Eucheuma Cottonii dan Euchuema Kappayachus atau nama tempatannya agar-agar kini dipelbagaikan fungsinya dalam bidang kecantikan dan boleh didapati daripada rumpai mentah, sabun dan pil melalui ekstrak rumpai.

Harga rumpai laut yang banyak tumbuh melatari laut di Sabah ini begitu murah dan mempunyai gred tersendiri. Dijual dengan harga serendah RM5 untuk seratus gram gred AA sehingga mencecah RM20 untuk kuantiti yang sama bagi gred AAA. Produk berasaskan rumpai laut ini juga banyak dipasarkan menerusi jualan langsung dengan pelbagai jenama.

Khasiatnya dikatakan lebih berkali ganda daripada menghirup sup ikan Yu atau sup sarang burung yang harganya lebih mahal membuatkan ramai wanita memilih tumbuhan dasar laut itu.

Apapun itu kelebihan dari segi kesihatan.  Saya lebih suka makan kerabu manga dengan rumpai laut kerana memang enak dimakan campuran utama pastinya isi ikan mentah yang di rendam dengan air asam,  dicampur dengan bawang merah dan buah mangga muda dihiris halus halus. Rumpai laut pula di rentam sekejab dalam air panas.  Campur semua bahan tadi gaul sehingga sebati tambah gula,  garam dan ajinamoto secukup rasa. Terlupa  pula perlu  tambah  cili padi dalam 2 biji siap disajikan. Resepi rumpai laut ni tidak terbatas kepada ia boleh dimasak mengikut kesesuaian cita rasa masing-masing pengemar rumpai laut.

Cara tidurkan bayi dalam masa kurang 1 minit


Cara tidurkan bayi

Dalam masa 24 jam yang lalu video " How to put a baby to sleep in less than ONE MINUTE" jadi viral di You Tube. Video tersbut memaparkan bagimana seorang ibu menidurkan bayinya dalam masa kurang 1 minit dengan hanya menggunakan sekeping kertas tisu. mungkin kaedah ini berkesan dan berguna kepada para ibu bapa yang sukar untuk menidurkan anak kecil. Bagi kebisaan mesyarakat kita cara menidurkan bayi dengan memberikan susu kemudian tepuk-tepuk bahagian bontot bayi tersebut sehingga lena tertidur berbeza dengan video ini.


Beberapa komen pelawat ke video tersebut percaya bahawa teknik dan kaedah tersebut berkesan dan telah dicuba terhadap bayinya.
Cara tidurkan bayi



Cara tidurkan bayi

(MESTI BACA) elemen yang perlu ada dalam resit yang dikenakan 6% GST



Share  info berkaitan  dengan Resit yang dikenakan cukai 6% GST supaya kita tidak ditipu oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab.
resit GST
elemen resit yang perlu ada dalam resit GST

Jika ciri-ciri yang perlu ada dalam resit tidak ada anda perlu segera melaporkan kepada pihak Kementerian perdagangan Dalam Negeri,  Kepenggunaan dan Koperasi  untuk tindakan lanjut.  Sebarang maklumat lanjut juga boleh terus berhubung dengan  KPDNKK  dan rujuk http://gst.customs.gov.my/. Elakkan  anda menjadi mangsa penipuan.

 Banyak aduan yang kita terima bekaitan penipuan berkaitan  resit cukai 6% GST antaranya yang ada diterima  dalam aplikasi WhatsApp  iaitu :-
http://amsran85.blogspot.com/2015/04/mesti-baca-elemen-yang-perlu-ada-dalam.html

Pembelian top up prepaid prabayar sepatutnya tidak dikenakan GST namun begitu ada segelintir peniaga yang mengambil kesempatan keatas pengguna. Oleh itu,  dinasihatkan kepada pengguna  agar  mengambil tahu barang-barang dan perkhidmatan yang dikenakan GST dan yang tidak dikenakan GST dengan memastikan setiap pembelian ada bil/resit kemudian membuat semakan pada resit tersebut sebelum meninggalkan permis perniagaan.  Jika terdapat maklumat  yang  mencurigakan  atau terdapat  unsur  penipu  boleh terus membuat aduan kepada pihak berwajib. Ini antara bil dan resit yang boleh dibuat aduan kepada pihak Kementerian perdagangan Dalam Negeri Kepenggunaan dan Koperasi sebagai rujukan.


http://amsran85.blogspot.com/2015/04/mesti-baca-elemen-yang-perlu-ada-dalam.html








Telur burung puyuh

28hb Mac 2015 singgah di tamu beli kuih-muih  untuk serap.  Dua,  tiga kali pusing terpandanglah pula telur puyuh sepelastik 15 biji RM 2.50.  Boleh dikatakan murah berbanding di kedai di pusat bandar seperti di kota kinabalu,  Papar dan Beaufort.  Menurut pejual telur puyuh ni telur adalah hasil daripada burung puyuh ternakannya sendiri. Beliau menjual  dengan harga yang  murah  hanya di tamu pekan Gadong berbanding  di tempat lain dijual 15  biji dengan  harga RM 4.90. Tidak tahulah nanti bulan April nanti naik ke tidak harga telur burung puyuh
 ni disebabkan oleh GST. Admin belilah dalam empat pelastik untuk anak-anak di rumah. 

telur burung puyuh
telur burung puyuh

GST punya cerita..

Hari ni dapat gambar daripada group WhatsApp  berkaitan bill pembelian yang di kenakan GST 6% lokasi sebuah kedai syarikat  kota di pekan  sipitang sabah. Oleh itu, periksa bill pembelian  selepas membeli belah dan jika anda mendapati perkara seperti  ini bolehlah membuat laporan kepada pihak http://www.kpdnkk.gov.my Kementerian  perdagangan Dalam Negeri,  Kepenggunaan  dan Koperasi  untuk dikenakan  tindak yang sepatutnya.
resit GST
 resit yang di kenakan GST 6% pada 22/03/2015

Semuanya bermula 1 April 2015 betul ke?

Imej saya terima dalam aplikasi WhatsApp berkaitan kenaikan harga Rokok bermula 1 April 2015 benar atau palsu belum ada sumber sahih diperolehi.. mungkin ada kebenarnya.. Bagi mengurangkan perokok di kalangan masyarakat kita Harga rokok mahal ramailah yang berhenti merokok ni nanti... 

harga rokok naik
harga rokok naik lagi



Kebakaran Hutan ? terbakar Sendiri Atau Disengajakan

Musim Cuaca Panas sekarang ni... memang terasa panas hinggakan terasa pedas kulit apabila terdedah kepada cahaya matahari.  kalau tidak percaya boleh berdiri di bawa matahari tanpa penghalang cahaya matahari sampai ke kulit..  try test sendiri apa rasanya?.  pasti kulit jadi gelap nanti dan muka pun boleh jadi kemerah-merahan. 

Post kali ini berkaitan kebakaran hutan yang  terjadi pada musim cuaca panas, admin ternampak semasa dalam pejalanan balik ke kampung hujung minggu baru-baru ini untuk melihat pertandingan memancing mengunakan joran tradisional  yang diadakan di kampung anjuran Komuniti Rukun Tertangga kampung Lawa.

Angkara siapakah sebenarnya kebakaran hutan ini ? adakah api menyala sendiri lalu membakar hutan? atau ada seseorang yang tidak bertangungjawab menghidupkan api tersebut dengan niat memudahkan urusan membersihkan kebun? atau saja-saja seronok melihat api dan asap menjulang membakar hutan. Kebakaran tersebut bukan sahaja menyebabkan kemusnahan hutan malahan menyebabkan kerugian kepada mesyarakat yang tinggal dikawasan berhampiran. Membazir tenaga Pihak bomba  terlibat untuk memadamkan api. Malahan, boleh mengancam nyawa orang awam. Apabila difikirkan kesan yang tidak baik lebih banyak timbul daripada kebakaran hutan ini . Kita sepatutnya ingat pepatah  mengatakan " KECIL MENJADI KAWAN, BILA BESAR MENJADI LAWAN " fikir-fikrkanlah..

Gambar-gambar saat kebakaran hutan  yang  berjaya diambil.

Kebakaran Hutan
pembakaran terbuka       
Kebakaran Hutan
Kebakaran Hutan
Kebakaran Hutan
asap menganggu pengelihatan pemandu
Kebakaran Hutan
asap menganggu pengelihatan pemandu
Kebakaran Hutan
cuaca panas menyukarkan api dipadam
Kebakaran Hutan

 bahaya !! kemalangan jalanraya boleh terjadi.. asap yang tebal dibawa angin ke jalan raya menyebabkan pengelihatan pemandu terganggu


Gambar-gambar selepas kebakaran (keesokannya) 

kesan kebakaran hutan
kesan kebakaran hutan
kesan kebakaran hutan
kesan kebakaran hutan
kesan kebakaran hutan
kesan kebakaran hutan
kesan kebakaran hutan
kesan kebakaran hutan
kesan kebakaran hutan
kesan kebakaran hutan
kesan kebakaran hutan
kesan kebakaran hutan
kesan kebakaran hutan
Bayangkanlah jika terdapat kawasan perumahan berhampiran kawasan ini.. pasti menyebabkan kerugian malahan boleh meragut nyawa orang awam.


P/S: berhampiran kawasan ni terdapat sebuah rumah yang hampir terbakar akibat api merebak cepat. Namun begitu berjaya diselamatkan oleh pihak Bomba bersama-sama orang kampung memadam api  yang merebak cuba menghampiri rumah tersebut. (Gambar tidak berjaya diambil hanya sempat dirakam oleh mata admin sendiri)


Tamu Gadong

♠ Posted by amsran in ,,
Hujung minggu baru-baru ni sempat balik kampung tidur semalam di rumah indu(mama). Pada ke esok harinya seawal jam 7.00 pagi lagi kami pergi ke Tamu Gadong yang berdekatan dengan SMK. Gadong tidak jauh daripada rumah Indu(mama) lebih kurang 5 KM. Dekat tamu Gadong banyak benda dan bahan makanan mentah, seperti ikan, udang, ketam, sayur-sayuran, kuih muih, sagu, jual pokok bunga pun ada dan macam-macam lagi boleh didapati. saya memang suka datang ke tamu kerana banyak makan kampung yang tak ada dibandar boleh dijumpai di sini dan harga pun berpatutan(tiada GST hee)  kalau mahu membeli barangan dapur sinilah tempatnya. jom!! jalan-jalan cari makan di tamu Gadong .


Tamu Gadong

tamu gadong
jom.. ke tamu...


Tamu Gadong
parking pun penuh hingga hujung jalan.


Tamu Gadong
suasana tamu yang baru nak sesak..
Tamu Gadong
suasana tamu..

Tamu Gadong
pengujung semakin ramai

Tamu Gadong
tapai(balutan daun keladi) dan
 kuih kocong(balutan daun pandan).

Tamu Gadong
udang, ikan air tawar dan umbut rotan



Tamu Gadong
sayur-sayuran semua RM 1.00 seikat
 

Tamu Gadong
banyak pilihan sayur-sayuran kampung
harga pun berpatutan (tak ada GST)


Tamu Gadong
gerai menjual makanan
Tamu Gadong
bermacam-macam kuih boleh di temui di sini...
 macam bazar ramadan pulak.

Tamu Gadong
alya mengantuk sebab bangun jam 5.00 pagi.

Pisang, sayur umbut kelapa sawit, sayur paku pakis,tapai, kuih kocong, ketam , udang galah, kuih muih untuk serapan berjaya dibawa pulang daripada tamu Gadong. Sampai di rumah mulalah kerja masak-memasak.

Oil Plam Mushroom (resepi cendawan kelapa sawit)

10 Mac 2015- Semasa dalam pejalanan pulang daripada tempat kerja sempat singgah di tepi jalan berhampiran dengan kilang dan ladang kelapa sawit  Borneo Samudera Lumadan Beaufort untuk membeli Cendawan Kelapa Sawit sebungkus RM 2.50 belilah 2 bungkus.Memang sedap cendawan kelapa sawit ni kalau di masak rebus lagi-lagi jarang-jarang dapat makan ni.


cendawan kelapa sawit
Oil Plam Mushroom (cendawan kelapa sawit)

Resepi Cendawan Kelapa Sawit : 
  1. Cendawan tadi dibasuh,dibersihkan dan rendam dalam air seketika untuk menghilangkan pasir yang melekat pada batang cendawan tersebut. kemudian letak tepi. 
  2. Potong 2 ulas bawang putih, 1 biji bawang merah, 3 tangkai cili padi. Seperti biasa semua bahan ni dimayang dan dipotong-potong kecil. 
  3. Kemudian panaskan minyak masak, tumis bahan-bahan yang dipotong kecil tadi tu sehingga naik bau harum.
  4. Kemudian cepat-cepat masukkan cendawan yang sudah dibersihkan itu. Masukkan jugak bahan perasa lain saya letak kiub Peti Ayam Maggi ,  sebatikan rasa sehingga cendawan tu masak.


Siap dihidangkan untuk makan malam. Kuah sup rebusan cendawan ni habis dihirup...




Destinasi kerjaya bagi Lepasan SPM 2015

Khas Untuk Lepasan SPM 2015 

Hala tuju selepas spm

Keputusan result SPM 2015 telah keluar. Pasti ada yang masih pening-pening hendak membuat keputusan sama ada ingin menyambung pelajaran dan dalam bidang apa? yang diminati.? dengan keputusan yang tidak seberapa.?. apa yang saya layak pohon?banyak persoalan yang timbul.
 

 "ANDA BERHAK MEMILIH UNTUK MENENTUKAN MASA DEPAN ANDA"





Lepasan SPM

Ramai pelajar lepasan SPM yang masih tercari-cari hala tuju kerjaya masing-masing selepas mendapat sijil SPM.Sukar untuk membuat keputusan terbaik yang bakal menentukan masa depan. Disini beberapa cadangan daripada saya kepada pelajar lepasan SPM untuk pilihan kerjaya selepas SPM.

Disini ada beberapa cadangan dan panduan sedikit sebanyak boleh membantu adik-adik lepasan SPM bagi menentukan hala tuju selepas ini.

Universiti - Pelajar-pelajar yang mendapat berjaya mendapat keputusan cemerlang bolehlah memilih universiti sebagai destinasi mereka selepas SPM. Anda harus memohon melalui  UPU lepasan SPM/setaraf secara online sebelum ditawarkan program diploma atau asasi di mana-mana IPTA di Malaysia.
 

Kolej Matrikulasi - Selain program Asasi, anda boleh memohon matrikulasi samada dalam aliran sains (sains hayat & sains fizik), perakaunan dan kejuruteraan.. Seperti juga Asasi, selepas Matrik, boleh memohon melalui online UPU lagi di mana anda akan memilih course untuk pengajian ijazah anda. Anda boleh mengikuti program setahun yang mana dapat menjimatkan masa untuk mengikuti program ijazah. boleh kata dapat menjimatkan masa setahun.

DIPLOMA
(IPTA)-Bagi adik-adik pelajar yang sudah tidak sabar-sabar untuk memulakan pengajian di peringkat yang lebih tinggi, ini adalah pilihan yang paling sesuai. Banyak kursus yang ditawarkan oleh IPTA seperti UiTM dan UTM yang menawarkan kursus diploma kepada pelajar lepasan SPM. 
(POLITEKNIK) juga merupakan pilihan yang tepat bagi pelajar lepasan SPM yang mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi serta berkecenderungan kepada kursus-kursus bidang teknikal. Namun, kursus yang ditawarkan oleh POLITEKNIK sebenarnya lebih banyak lagi pilihan. Tambahan pula, kini pelajar lepasan Diploma dari POLITEKNIK juga mempunyai peluang lebih cerah melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Pertama di mana-mana POLITEKNIK yang menawarkan kursus sedemikian.  (IPTS)Bagi pelajar yang mempunyai sumber kewangan yang lebih, atau mempunyai minat dalam bidang yang tidak ditawarkan di mana-mana IPTA, pelajar boleh memohon untuk melanjutkan pelajaran ke IPTS. Pemilihan IPTS perlulah dilakukan dengan hati-hati bagi mengelakkan pembelajaran hanya pada separuh jalan. Walau bagaimana pun, kini kita ada banyak pilihan IPTS yang berkualiti serta terbukti dalam melahirkan graduan yang hebat dan setaraf dengan lepasan IPTA. Bijak memilih!

Tingkatan 6 - Ramai juga pelajar lepasan SPM menjadikan tingkatan 6 sebagai destinasi terakhir mereka selepas SPM. Kenapa tingkatan 6 kurang popular? Bila masuk tingkatan 6, rasa macam budak-budak sekolah lagi kan? Lagipun biasanya pelajar memilih tingkatan 6 setelah gagal memasuki IPT. Kena pakai uniform sekolah, kena pergi ke sekolah, ada perhimpunan dan sebagainya. Tak macam di universiti, matrikulasi atau kolej yang ada sedikit kelonggaran. Dengan keputusan yang baik, lepasan STPM boleh terus buat Ijazah pertama.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) - Ramai yang tidak tahu kewujudan website SPA dan ada juga yang tak tahu langsung pasal SPA ini. SPA ni boleh anda mohon kerja-kerja tertentu  seperti separa perubatan dan polis anda perlu berkursus sekurang-kurangnya 2 tahun setengah. contohnya jururawat, juru x-ray, MA dan sebagainya elaun semasa berkursus akan dibayar. dan yang ingin terus berkerja bolehlah memohon jawatan seperti Pembantu Tadbir, juruaudit, dan sebagainya.Jika permohonan anda berjaya, anda akan ditemuduga. Lulus temuduga barulah anda akan ditawarkan kerja.

Akademi Laut Malaysia (ALAM) - Sesiapa yang berminat untuk melibatkan diri dengan dunia pekerjaan yang lebih mencabar, bolehlah mohon Akademi Laut Malaysia (ALAM).

Kursus Ketenteraan - Bagi sesiapa yang berminat dengan aktiviti lasak serta tahan dengan cabaran dan dugaan fizikal yang tinggi, bolehlah membuat permohonan ini. Anda boleh memohon untuk memasuki Universiti Pertahanan Nasional Malaysia… Pelajar yang diterima masuk akan mendapat elaun sepanjang pengajian tersebut. Lepasan SPM juga boleh mohon pengajian peringkat Ijazah di Akademi Tentera Malaysia (ATMA).

Kursus Penerbangan - Mesti ramai yang berminat dengan kursus ini.Kursus ini merangkumi kerjaya seperti juruterbang, pramugara, pramugari dan ahli-ahli biasa di kawasan lapangan penerbangan. Kerjaya seperti juruterbang, pramugari dan pramugara ini lebih kepada di awangan biru manakala ahli biasa lebih kepada proses teknikal di kawasan lapangan penerbangan.

Kementerian Pendidikan Guru - Bagi mereka yang berminat menceburi bidang perguruan bolehlah memohon kerjaya ini. Kini peluang pekerjaan masih luas di bidang perguruan dan mudah sedikit naik pangkat berbanding kebanyakan jabatan lain. Malah kerjaya ini akan memberi kepuasan sekiranya anda ingin berbakti kepada anak bangsa kelak. Walaupun agak mencabar serta bebanan tugas yang bakal ditempuhi, perkara ini umpama seperti alah bisa tegal biasa. Jadi bekerjalah dalam mendidik anak bangsa sehingga berjaya dan berguna untuk masyarakat dan negara kelak.




Lain-lain - bukan semua orang bernasib baik seperti anda kerana,ada juga yang tidak mampu dan terpaksa terusk berkerja  di kampung kerana fakor kemiskinan. jadi hargailah masa dan peluang yang ada pada anda.
 

Senarai IPTA dan IPTS di Malaysia


Universiti Awam (20)

  1. Universiti Malaya (UM), KL
  2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Selangor
  3. Universiti Putra Malaysia (UPM), Selangor
  4. Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang
  5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor
  6. Universiti Malaysia Pahang (UMP), Pahang
  7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), KL
  8. Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah
  9. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Sarawak
  10. Universiti Malaysia Sabah (UMS), Sabah
  11. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak
  12. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Negeri Sembilan
  13. Universiti Teknologi MARA (UiTM), Selangor
  14. Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Terengganu
  15. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor
  16. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Melaka
  17. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Perlis
  18. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu
  19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kelantan
  20. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), KL

Universiti Swasta (27)

  1. Universiti AIMST (AIMST), Kedah
  2. Universiti Perdana (Perdana University), Selangor
  3. Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Kuala Lumpur
  4. Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing (LUCT), Selangor
  5. Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Selangor
  6. Universiti Pengurusan dan Sains (MSU), Selangor
  7. Universiti Multimedia (MMU), Selangor
  8. Universiti Taylor's, Selangor
  9. Universiti Terbuka Malaysia (OUM), Kuala Lumpur
  10. Universiti Teknologi Petronas (UTP), Perak
  11. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Selangor
  12. Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak), Kuala Lumpur
  13. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Selangor
  14. Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Kuala Lumpur
  15. Universiti Selangor (UNISEL), Selangor
  16. Universiti Sunway, Selangor
  17. Universiti Terbuka Wawasan (WOU), Pulau Pinang
  18. Universiti UCSI (UCSI University), Kuala Lumpur
  19. Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU), Selangor
  20. Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU), Kedah
  21. Universiti Antarabangsa INTI (INTI IU), Negeri Sembilan
  22. Universiti luar negara kampus Malaysia[sunting]
  23. Universiti Teknologi Curtin, Sarawak
  24. Universiti Monash Malaysia, Selangor
  25. Universiti Teknologi Swinburne Malaysia, Sarawak
  26. Universiti Nottingham Malaysia, Selangor
  27. Universiti Perubatan Newcastle Malaysia, Iskandar Malaysia, Johor

Kolej Universiti (27)

  1. Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman, KL
  2. Kolej Universiti Selatan, Skudai, Johor
  3. Kolej Universiti SEGi, Kuala Lumpur
  4. Kolej Universiti Teknologi & Inovasi Asia Tenggara (UCTI), KL
  5. Kolej Universiti Binary, Selangor
  6. Kolej Universiti Antarabangsa Cosmopoint (CiUC)
  7. Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS), Selangor
  8. Kolej Universiti HELP, KL
  9. Kolej Universiti Teknologi Antarabangsa Twintech (IUCTT), KL
  10. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Selangor
  11. Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah
  12. Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (KLIUC), Selangor
  13. Kolej Universiti Linton (KUL), Negeri Sembilan
  14. Kolej Universiti Nilai, Negeri Sembilan
  15. Kolej Universiti TATI (TATiUC), Terengganu (dulu TATI)
  16. Kolej Universiti Islam Melaka (Kuim), Melaka
  17. Kolej Universiti Darul Quran Islamiah (KUDQI), Terengganu
  18. Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMU), KL
  19. Kolej Universiti Shahputra (SHAHPUTRA), Pahang
  20. Kolej Universiti KDU, Selangor
  21. Kolej Universiti Hospitaliti Berjaya, KL
  22. Kolej Universiti Sains Perubatan Allianze (AUCMS), Pulau Pinang
  23. Kolej Universiti Sains dan Teknologi City (CUCST), Selangor
  24. Kolej Universiti Mahsa (MAHSA), KL
  25. Kolej Universiti Sains Kesihatan Masterskill, Selangor
  26. Kolej Universiti Antarabangsa Kejururawatan, Selangor
  27. Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS), Perak

Kolej Swasta / IPTS (324)

Kolej-kolej swasta yang beroperasi di Malaysia dan disahkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang menawarkan pengajian dalam peringkat sijil, pra-diploma, diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana, ijazah kedoktoran, kursus professional atau diploma lanjutan yang telah ataupun akan mendapat akreditasi samada provisional atau penuh dari Agensi Kelayakan Malaysia.
  1. Akademi Digital Animasi Dan Media
  2. Akademi HELP
  3. Akademi IMH
  4. Akademi Kejururawatan Gleneagles
  5. Akademi Kejururawatan Tung Shin
  6. Akademi Kewartawanan & Komunikasi Hanxing
  7. Akademi Kreatif
  8. Akademi Latihan Penerbangan Asia Pacific
  9. Akademi Laut Malaysia (ALAM)
  10. Akademi Perbankan Malaysia
  11. Akademi Seni & Muzik Yamaha
  12. Akademi Seni Equator
  13. Akademi Seni Komunikasi The One
  14. Akademi Seni Lukis Dasein
  15. Akademi The One Penang
  16. Akademi YES
  17. G. Institute of Real Estate
  18. Institusi Pengajian Tinggi PRIME
  19. Institut Akauntan KTC
  20. Institut Antarabangsa IQRA
  21. Institut Assyifa' & Sains Kesihatan Bersekutu
  22. Institut Bahasa Teikyo
  23. Institut Bakeri Malaysia
  24. Institut CECE
  25. Institut Citipro
  26. Institut De La Salle
  27. Institut Eksekutif
  28. Institut EU
  29. Institut FMM
  30. Institut Goon
  31. Institut Hospitaliti YPJ
  32. Institut I-Systems
  33. Institut Insuran Malaysia
  34. Institut J & L
  35. Institut Jati
  36. Institut Kejuruteraan Audio SAE
  37. Institut Kesihatan Sains dan Kejururawatan Pantai Melaka
  38. Institut Kojadi
  39. Institut KOMPAS
  40. Institut Latihan & Pembangunan
  41. Institut Latihan dan Pendidikan RANACO (RETI)
  42. Institut Makanan Malaysia
  43. Institut Malaysia-German
  44. Institut Media Integratif Malaysia (MIIM)
  45. Institut Megatech
  46. Institut Mentari
  47. Institut Methodist Pilley
  48. Institut Moden Montessori
  49. Institut Nasional Sains Oftalmik
  50. Institut Nirwana
  51. Institut Omega
  52. Institut Optopreneur
  53. Institut Pelaburan PNB
  54. Institut Pengajian Global (GIS)
  55. Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis
  56. Institut Pengurusan & Teknologi Utara (IPTURA)
  57. Institut Pengurusan dan Teknologi Antarabangsa
  58. Institut Pengurusan Dinamik
  59. Institut Pengurusan Global
  60. Institut Pengurusan Maxcel
  61. Institut Pengurusan MIM-INTI
  62. Institut Pengurusan Yelex
  63. Institut Perkembangan Awal Kanak-Kanak (i-PAK)
  64. Institut Perniagaan PAAC
  65. Institut Prima Bestari
  66. Institut Profesional Axismatics
  67. Institut Profesional Baitulmal
  68. Institut Quantum
  69. Institut Sains & Teknologi Darul Takzim (INSTEDT)
  70. Institut Sains dan Pengurusan
  71. Institut Sains Kesihatan Bersekutu Bukit Merah Laketown (BMLIAHS)
  72. Institut Sains Kesihatan DSH
  73. Institut Sains Perubatan Mantin
  74. Institut Seni Lukis Malaysia
  75. Institut Seni Neo-Art
  76. Institut Seni PIA
  77. Institut Seni Sabah
  78. Institut Sinaran
  79. Institut Teknologi & Pengurusan Leboh Victoria
  80. Institut Teknologi Audio Ocean
  81. Institut Teknologi Bandaraya Antarabangsa
  82. Institut Teknologi Butterworth
  83. Institut Teknologi Cybertek
  84. Institut Teknologi Ibnu Sina
  85. Institut Teknologi Imperia
  86. Institut Teknologi Info-Sains Mahir
  87. Institut Teknologi Kreatif LimKokWing
  88. Institut Teknologi Maklumat Asia
  89. Institut Teknologi Maklumat Nusantara
  90. Institut Teknologi Maritim Netherlands (NMIT)
  91. Institut Teknologi MIDAS
  92. Institut Teknologi Pasifik
  93. Institut Teknologi Perak
  94. Institut Teknologi Perindustrian YPJ
  95. Institut Teknologi Pertama
  96. Institut Teknologi Petroleum Petronas (INSTEP)
  97. Institut Teknologi RIAM
  98. Institut Teknologi Sarawel
  99. Institut Teknologi Silicon
  100. Institut Teknologi Suria
  101. Institut Teknologi TMC
  102. Institutut Perdagangan Kapar
  103. Kolej ACE
  104. Kolej Aesthetik Antarabangsa Clara
  105. Kolej Al Sinnar
  106. Kolej ALC
  107. Kolej Alfa
  108. Kolej Aman Batu Pahat
  109. Kolej Antarabangsa Almacrest
  110. Kolej Antarabangsa Automotif
  111. Kolej Antarabangsa Bandaraya
  112. Kolej Antarabangsa Crescendo
  113. Kolej Antarabangsa Cyberjaya
  114. Kolej Antarabangsa Cyberlynx
  115. Kolej Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI)
  116. Kolej Antarabangsa Etica
  117. Kolej Antarabangsa Excelpolitan
  118. Kolej Antarabangsa FAZLEY
  119. Kolej Antarabangsa Flamingo
  120. Kolej Antarabangsa FTMS
  121. Kolej Antarabangsa Genting Inti
  122. Kolej Antarabangsa Geomatika
  123. Kolej Antarabangsa Granada
  124. Kolej Antarabangsa Greencity (dahulu dikenali: Kolej Antarabangsa Oren)
  125. Kolej Antarabangsa Hospitaliti dan Pelancongan LEGEND
  126. Kolej Antarabangsa IKIP
  127. Kolej Antarabangsa Impiana
  128. Kolej Antarabangsa Inovatif
  129. Kolej Antarabangsa KBU
  130. Kolej Antarabangsa Kejururawatan Dan Sains Kesihatan KPJ
  131. Kolej Antarabangsa Kemajuan Pelancongan
  132. Kolej Antarabangsa KFCH
  133. Kolej Antarabangsa Langkawi
  134. Kolej Antarabangsa Malvern
  135. Kolej Antarabangsa Metro Prima
  136. Kolej Antarabangsa Nightingale
  137. Kolej Antarabangsa Oakland
  138. Kolej Antarabangsa Pengurusan Hotel YTL
  139. Kolej Antarabangsa Plaza
  140. Kolej Antarabangsa Putra
  141. Kolej Antarabangsa Putra Intelek
  142. Kolej Antarabangsa Sains dan Teknologi Melaka (MICOST)
  143. Kolej Antarabangsa Sains Kesihatan (ICHS)
  144. Kolej Antarabangsa Seafield
  145. Kolej Antarabangsa Sedaya Sarawak
  146. Kolej Antarabangsa TAJ
  147. Kolej Antarabangsa Teknologi dan Profesional
  148. Kolej Antarabangsa Teknologi Inovasi Mutiara
  149. Kolej Antarabangsa Teknologi Lanjutan Sarawak
  150. Kolej Antarabangsa Travex
  151. Kolej Antarabangsa Victoria
  152. Kolej Antarabangsa Victoria Bandar Tasik Puteri
  153. Kolej Antarabangsa Westminster
  154. Kolej Antarabangsa Windfield
  155. Kolej Antarabangsa Windfield
  156. Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka
  157. Kolej ASA
  158. Kolej ATC
  159. Kolej ATI (Institut Pelancongan ASIA)
  160. Kolej Automotif TEKAT
  161. Kolej Bandar
  162. Kolej Bayu
  163. Kolej Bersepadu Sains Kesihatan Nasional
  164. Kolej Binary
  165. Kolej Bostonweb
  166. Kolej Brickfields Asia
  167. Kolej Consist
  168. Kolej Cyber Putra
  169. Kolej Dar Al-Hikmah
  170. Kolej DiKA
  171. Kolej Disted
  172. Kolej Eastern
  173. Kolej Edu Train
  174. Kolej Elitejaya
  175. Kolej Excel (Pusat Pengurusan TL)
  176. Kolej Fajar
  177. Kolej FTMS
  178. Kolej Gemilang
  179. Kolej Han Chiang
  180. Kolej Hillciti
  181. Kolej I-Systems
  182. Kolej IACT (International Advertising, Communication and Technology)
  183. Kolej IBS MIRI
  184. Kolej IJN
  185. Kolej Informatics Kuala Lumpur
  186. Kolej Integrasi Kejururawatan dan Kesihatan Bersekutu
  187. Kolej Internexia
  188. Kolej INTI
  189. Kolej Islam Antarabangsa (International Islamic College)
  190. Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
  191. Kolej Islam Darul Ridzuan (sekarang, Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah)
  192. Kolej Islam Johor
  193. Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (Kipsas)
  194. Kolej Islam Sains Dan Teknologi
  195. Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB)
  196. Kolej ITA
  197. Kolej ITJ
  198. Kolej Jamiah Islamiah Putra (Kolej JAIPUTRA)
  199. Kolej Jaya Bakti
  200. Kolej KDU
  201. Kolej Kejururawatan Adventist
  202. Kolej Kejururawatan dan Kesihatan Nilam
  203. Kolej Kejururawatan Dan Sains Kesihatan Berjaya
  204. Kolej Kejururawatan dan Sains Kesihatan Seri Manjung
  205. Kolej Kejururawatan dan Sains Kesihatan Sime Darby
  206. Kolej Kejururawatan Hospital Fatimah
  207. Kolej Kejururawatan Lam Wah Ee
  208. Kolej Kejururawatan Murni
  209. Kolej Kejururawatan PUSRAWI
  210. Kolej Kejururawatan Tun Tan Cheng Lock
  211. Kolej Kemahiran Minda Isbauk
  212. Kolej Kepimpinan Eksekutif Limkokwing
  213. Kolej Keris
  214. Kolej Kesihatan Sains Dan Kejururawatan Pantai
  215. Kolej Ketengah
  216. Kolej KIST
  217. Kolej Komersial Kinabalu
  218. Kolej Laila Taib
  219. Kolej Legenda
  220. Kolej Life
  221. Kolej Lincoln
  222. Kolej Majujaya
  223. Kolej Mantissa
  224. Kolej Masa
  225. Kolej Maxwell Ipoh
  226. Kolej Methodist Kuala Lumpur
  227. Kolej Metropoint
  228. Kolej Metropolitan
  229. Kolej Multimedia
  230. Kolej Multimedia Antarabangsa
  231. Kolej Multimedia InHouse
  232. Kolej Mutiara
  233. Kolej Muzik Antarabangsa (ICOM)
  234. Kolej Negeri
  235. Kolej New Era
  236. Kolej Oasis
  237. Kolej Olympia
  238. Kolej Optima
  239. Kolej Otomotif TOC
  240. Kolej Pacific Kuantan
  241. Kolej Pendidikan Perdana (KOPEDA)
  242. Kolej Penerbangan Admal
  243. Kolej Penerbangan Antarabangsa GGIFA
  244. Kolej Pengajian Siswazah Segi
  245. Kolej Pengajian Tinggi Islam Johor (MARSAH)
  246. Kolej Pengajian Tinggi Raffles
  247. Kolej Pengurusan Astin
  248. Kolej Pengurusan Penerbangan
  249. Kolej Pengurusan Perniagaan Kotaraya
  250. Kolej Perdana
  251. Kolej Pergigian Antarabangsa Pulau Pinang
  252. Kolej Perubatan Komplementari Melaka
  253. Kolej Perubatan Melaka-Manipal
  254. Kolej Perubatan Pulau Pinang
  255. Kolej Poly-Tech Mara (KPTM)
  256. Kolej Portman
  257. Kolej Pratique Asia
  258. Kolej Presiden (Kolej Lincoln Asia Pasifik)
  259. Kolej Profesional dan Pengurusan KLIA
  260. Kolej Profesional Mara (KPM)
  261. Kolej PSDC
  262. Kolej PTPL (Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan)
  263. Kolej Putra
  264. Kolej Ranger Melaka
  265. Kolej Reach (Institut Teknologi Informasi)
  266. Kolej Reliance
  267. Kolej Reliance Pulau Pinang
  268. Kolej Renaissance
  269. Kolej Restu
  270. Kolej Rima
  271. Kolej Risda Melaka
  272. Kolej Sacred Heart Sibu
  273. Kolej Sains Kesihatan Aseana
  274. Kolej Saito
  275. Kolej SAL
  276. Kolej SATT
  277. Kolej Sedamai
  278. Kolej SEGI
  279. Kolej Seni dan Reka PJ
  280. Kolej Seni dan Teknologi HELP
  281. Kolej Seni Kreatif Snips
  282. Kolej Sentral
  283. Kolej SIDMA (Institut Pengurusan Dinamik, Sabah)
  284. Kolej Sinar
  285. Kolej Sri
  286. Kolej Sri Ayu
  287. Kolej Stamford
  288. Kolej Strategy
  289. Kolej Sunway
  290. Kolej Suria
  291. Kolej Surya
  292. Kolej Syuen
  293. Kolej TAFE
  294. Kolej Taylor's Sekolah Hospitaliti dan Pelancongan
  295. Kolej Taylor's Sri Hartamas
  296. Kolej Teknologi Alpha
  297. Kolej Teknologi Antarabangsa Cosmopoint
  298. Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics
  299. Kolej Teknologi Bestari
  300. Kolej Teknologi Dan Senireka RENG
  301. Kolej Teknologi Darulnaim
  302. Kolej Teknologi MEA
  303. Kolej Teknologi Park Malaysia
  304. Kolej Teknologi Pulau
  305. Kolej Teknologi SEGI
  306. Kolej Teknologi Sentral Pulau Pinang
  307. Kolej Teknologi Timur
  308. Kolej Teknologi Unified
  309. Kolej Teknologi YPC-ITWEB
  310. Kolej Tertiari Lanjutan Kemayan
  311. Kolej TESDEC (Kolej Sri Iman)
  312. Kolej Timur Barat
  313. Kolej Unikop
  314. Kolej UNITI
  315. Kolej Vision
  316. Kolej WIM
  317. Kolej WIT
  318. Kolej Yayasan Sabah (KYS)
  319. Kolej Yayasan UEM
  320. Kolej / Maahad Hafiz Klang
  321. Pusat Bahasa Antarabangsa ELS
  322. Pusat Pembangunan Kemahiran Pulau Pinang (PSDC)
  323. Rima Secretarial Finishing College
  324. Sekolah Perniagaan AMC

p/s: Post ni sebab anak buah admin.. dalam dilema membuat keputusan memilih hala tuju selepas SPM..

jom join SEGMEN WWW.SITISHARINI.COM

♠ Posted by amsran in
SEMOGA DIPERMUDAHKAN URUSAN PERPINDAHAN BLOG..

 
SEGMEN
CLICK BANNER TO JOIN!


Assalamualaikum semua=)

Cik Siti sedang melancarkan segmen bagi mewar-warkan penghijrahan storybyciksiti.blogspot.com ke www.sitisharini.com .

Jemput join semua ye. Thanks!! =))
Tarik tamat: 15/03/15

Segmen Bloglist Mac-April 2015 by CN

♠ Posted by amsran in ,
jom.. join.. ramai-ramai



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Segmen Bloglist


Pencarian bloglist bagi bulan Mac-April 2015 di cekgunorazimah.com bermula pada hari ini, 31 Januari 2015, iaitu tepat jam 12.00 tengah malam sehingga 28 Februari 2015, iaitu tepat jam 11.15 malam. Semua dijemput join.
Syarat-syaratnya :
  • Buat entri bertajuk "Segmen Bloglist Mac-April 2015 by CN"
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.


Segmen Bloglist

  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.
Seramai 15 orang peserta akan dipilih untuk masuk dalam bloglist CN untuk bulan Mac-April dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog CN ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 1 Mac 2015.
SENARAI PESERTA
Kredit untuk Kak Mialiana.

RANDOM POSTS