Blog perkongsian maklumat dan isu semasa terkini

Memaparkan catatan dengan label MENARIK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MENARIK. Papar semua catatan

Produk sama logo halal yang berbeza

♠ Posted by amsran in ,
 logo halal
logo halal yang berbeza pada 3 jenis sardin jenama dan jenis yang sama
JIKA kita tinjau ke beberapa buah bandar logo halal Jakim masih berkurangan. Ada kedai atau restoran yang masih belum memaparkan logo halal Jakim. Manakala ada restoran terutama di pusat beli-belah yang masih menunggu logo halal ini.

Bagi restoran atau gerai yang mendapat logo halal Jakim. Logo tersebut mestilah dipaparkan di tempat yang boleh dilihat dengan jelas terutama di tempat makanan yang disediakan bagi mengelakkan rasa was-was orang ramai sewaktu mengambil makanan yang disajikan.

Ramai kalangan umat Islam prihatin tentang makanan yang halal ini sangat sensitif dengan perkara ini. Bayangkan jika ada restoran yang menulis dengan tulisan tangan “pork free” bagi menyatakan bahawa restoran tersebut tidak menghidangkan makanan haram iaitu khinzir.

Bagi restoran yang menulis perkataan ini sewajarnya memahami tujuannya dan tahu konsep halal dan haram.

Soal berkaitan isu halal dan haram ini bukan sahaja terletak kepada persoalan tiada hidangan daging yang haram; malah lebih jauh dari itu, iaitu bagaimana makanan ini diperoleh daripada sumber yang halal.

Misalnya, ayam disembelih dengan betul mengikut cara Islam. Penyediaan makanan yang bersih dan halal. Penggunaan bekas memasak yang tidak bercampur dengan makanan haram.
Tempat menyimpan makanan bahan mentah seperti daging tidak bercampur atau tiada langsung yang haram.

Oleh itu, perkara-perkara ini menjadi tanda tanya dalam pemikiran umat Islam. Pertanyaan sering diajukan dalam fikiran. Adakah restoran di pusat beli-belah ini halal walaupun pekerjanya dari Indonesia atau Bangladesh? Hanya hati kecil kita yang dapat menjawabnya sebab kebanyakannya tuan punya restoran tersebut bukan orang Islam.

Makanan yang halal ialah makanan yang mendapat keredaan ALLAH dan membawa kebaikan rohani dan jasmani. Islam menggalakkan manusia memakan makanan yang baik dan halal kerana terjamin kesihatan tubuh badan. Makanan halal mendatangkan kecergasan pada akal fikiran.

Sukar dijangkiti penyakit seperti penyakit kencing tikus dan sebagainya.

Makanan halal dapat mempengaruhi akhlak dan tingkah laku yang baik. Manakala makanan yang haram ialah makanan yang ditegah oleh syarak dan boleh membawa kepada kemudaratan kesihatan tubuh badan.

ALLAH melarang umatnya makan makanan yang haram kerana boleh memudaratkan tubuh badan. Mendatangkan penyakit yang berbahaya. Anggota badan menjadi lemah dan tidak bertenaga. Makanan haram mempengaruhi perangai seseorang ke arah keburukan.

Kesan daripada memakan makanan haram ialah mendapat azab daripada ALLAH, boleh melemahkan tubuh badan, merosakkan akal fikiran dan hati menjadi mati dan kotor. Inilah sebabnya kenapa makanan halal itu sangat penting dalam kehidupan umat Islam.

Nabi SAW bersabda: “Tiap tubuh yang tumbuh daripada (makanan) yang haram maka api neraka lebih utama membakarnya.” (Riwayat Ath Thabrani).

Semoga isu halal dan haram berkaitan makanan ini sentiasa dalam pandangan dan perhatian orang ramai terutama umat Islam. Pihak Jakim juga mestilah sentiasa memantau restoran, terutama di pusat beli-belah yang menyediakan makanan kepada orang ramai.

Dari segi pelancongan kalangan pelancong dari negara Timur Tengah dan pelancong yang beragama Islam juga sentiasa melihat logo halal Jakim yang dipaparkan sebelum makan di sesebuah restoran yang menyediakan makanan kepada orang ramai khususnya pelanggan di pusat beli-belah.

Nabi SAW bersabda: “Wahai Sa’ad, perbaikilah (murnikanlah) makananmu nescaya, kamu menjadi orang yang terkabul doanya.

Demi yang jiwa Muhammad dalam genggaman-Nya. Sesungguhnya, seorang hamba melontarkan sesuap makanan yang haram ke dalam perutnya; maka tidak akan diterima amal kebaikannya selama empat puluh hari. Sesiapapun yang dagingnya tumbuh dari yang haram; maka api neraka lebih layak membakarnya." (Riwayat Ath Thabrani).

Justeru, sama-samalah kita memikirkan tentang makanan yang halal dan haram ini yang memberikan impak besar dalam kehidupan kita di dunia dan akhirat.


DR AMINUDIN MANSOR
* Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik dari blog beliau sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar Harian Online.

untuk perkongsian info bersama Sumber daripada sini
 logo halal
antara logo-loga halal yang tidak dibenarkan

Misteri Batu Bersurat Terungkai

♠ Posted by amsran in ,
Misteri Batu Bersurat
Misteri Batu Bersurat
Penyelidik Agensi Nuklear Malaysia MOSTI mengesahkan batu bersurat Piagam Terengganu (BBPT) dihasilkan mengunakan batu tempatan di negeri berkenaan, sekali gus merungkai misteri asal usul batu bersurat bekenaan yang menjadi perdebatan pengkaji sejara, kurator muzium dan ahli arkeologi sekitar 88 tahun lalu,  Timbalan Penesihat Inggeris di Terengganu, HS Peterson yang memperakui misteri batu bersurat itu meminta seorang jurugambar Jepun, N Suzuki merakamkan gambar batu itu kemudian di hantar kepada CO Blagen untuk diterjemahkan, namun misterinya gagal terungkai.

Dr Jaafar Abdullah, Penyelidik Nuklear Malaysia berkata penyelidikan saintifik mengunakan teknologi nuklear mendapati BBPT mirip dengan batuan dari kawasan Hulu sungai Lawit dan Pangkor, empangan Kenyir, Terengganu. menurut beliau juga batu tersebut agak berbeza dengan batuan dari Pangsun, Hulu Langat di Selangor serta amat berbeza dari komposisinya berbanding batuan granit. cerapan yang dilakukan di sekitar hulu sungai Lawit dan Panchor membawa penemuan yang menyakankan batu bersurat berkenaan berasal daripada batauan tempatan sekalai gus membuktikan ia batu tongkol sungai. Bagaimana Pun kajian ini lagi diteruskan dengan lebih banyak kawasan persempelan diperlukan bagi menentukan asal usul batu bersurat tersebut agar lebih tepat. BH.


Skirt mini juga porno

♠ Posted by amsran in ,
Skirt mini
Skirt mini
Selepas menubuhkan pasukan penguatkuasaan antipornografi, Menteri Hal Ehwal Agama, Suryadharma Ali, di Jarkarta Indonesia berkata skirt yang di atas paras lutut mungkin tergolong dalam definisi bahan pornografi. 

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya akan mengatur mesyuarat dengan pihak yang mempunyai kepentingan berbeza daripada orang ramai, untuk mendapatkan input mengenai bagaimana mereka memahami pornografi. “Saya pasti mereka mempunyai definisi yang berbeza mengenainya,” kata Suryadharma.

Beliau yang dilantik oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono untuk memastikan badan itu beroperasi, memberitahi Persidangan Suruhanjaya Dewan Rakyat VIII mengenai Hal Ehwal Agama dan Sosial semalam, satu set kriteria universal untuk mentakrif sesuatu sebagai pornografi perlu diwujudkan dan satu daripadanya ialah skirt mini.
Skirt mini
Skirt mini
“Apabila standard pornografi itu sudah ditentukan, ia akan dikuatkuasakan di seluruh negara meliputi semua etnik,” katanya. Untuk mencegah pengedaran bahan-bahan porno di seluruh negara, Susilo. baru-baru ini menubuhkan satu pasukan petugas dalam pengurusan dan pencegahan pornografi sebagai satu badan untuk melaksanakan Undang-undang Pornografi 2008


Susilo melantik Menteri Penyelaras Kebajikan Rakyat, Agung Laksono untuk mengetuai pasukan petugas dan Menteri Hal Ehwal Agama, Suryadharma Ali untuk menguruskan hal operasi harian.

Ahli pasukan petugas termasuk anggota Kabinet yang lain, seperti Menteri Penerangan dan Teknologi, Tifatul Sembiring, Menteri Undang-undang dan Hak Asasi Manusia, Amir Syamsuddin, Menteri Memperkasa Wanita dan Perlindungan Kanak-kanak, Linda Gumlar, Menteri Pelajaran dan Budaya, Muhammad Nuh dan Menteri Dalam Negeri, Gamawan Fauzi. - JP


P/S : WAYANG2 DARI NEGARA JIRAN NI JUGA PERLU DI PERHALUSI PENAPISANNYA...KAN!! KAN!!

Kembar pertama tukar jantina

♠ Posted by amsran in ,
Kembar pertama tukar jantina
Kembar pertama tukar jantina
Dua wanita muda dari Shanghai China menjalani pembedahan pertukaran jantina di hospital Shanghai berharap akan menjadi pasangan kembar pertama di dunia menukar jantina. Dua beradik kembar berusia 25 tahun dari wilayah barat daya di Yunnan itu menjalani pembedahan awal di hospital tentera di Shanghai. “Pembedahan peringkat awal terhadap kembar itu berjaya,” kata pakar bedah, Zhao Yede. “Mereka berazam untuk bekerja keras dan menyimpan wang supaya dapat menjalani fasa akhir pembedahan,” katanya. - AP


P/S : BOLEH KE MAIN TUKAR JANTINA NI...?? DASYAT...

sewa kereta kebal

♠ Posted by amsran in ,
sewa kereta kebal
sewa kereta kebal
New Zealand - Christchurch Sebuah syarikat di sini, menawarkan kemudahan untuk pelancong asing menyewa kereta kebal dan memusnahkan kereta dengan melanggar. Antara kereta kebal yang ditawarkan untuk disewa itu ialah Centurion buatan Britain yang seberat 52 tan dan menggunakan enjin Rolls-Royce V-12. Kereta kebal itu digunakan di Vietnam pada awal tahun 1970-an.

"Saya berpendapat, ia akan melegakan tekanan dengan menggunakan kereta kebal untuk memusnahkan sesuatu," kata pemilik kereta kebal berkenaan, Jonathan Lahy-Neary. "Jika anda menempuh hari yang buruk, ia merupakan pelega tekanan yang baik," tambahnya. Terdapat juga kereta kebal semasa Kesatuan Soviet, T-55 yang turut ditawarkan kepada para pelancong. Menurut Lahy-Neary, para pelanggannya terdiri daripada remaja sehingga penduduk yang berusia 80 tahun yang menyewa semasa meraikan hari kelahiran mereka.
sewa kereta kebal
sewa kereta kebal
Bayaran sewa yang dikenakan ialah sebanyak NZ$450 persamaan RM1,125.84 ringgit Malaysia jika memandu kereta kebal selama 15 minit dan tambahan sebanyak NZ$395 persamaaan RM988.31 ringgit Malaysia apabila ia digunakan untuk memusnahkan kereta. Menurut Lahy-Neary, mengimport kereta kebal itu ke New Zealand lebih sukar berbanding membelinya. Katanya, beliau pernah berdepan dengan para pegawai polis dan kastam yang tidak tahu untuk menguruskan permintaannya. - AFP- KOSMO

P/S: BOLEH PANDU KERETA KEBAL DAN  TEMBAK GUNA MERIAM ???

RANDOM POSTS