Blog perkongsian maklumat dan isu semasa terkini

Memaparkan catatan dengan label BR1M. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BR1M. Papar semua catatan

Bantuan Raykat 1Malaysia BR1M 2017

♠ Posted by amsran in ,,
PERINGATAN
MOF / LHDNM telah menerima aduan mengenai kewujudan LAMAN SESAWANG / FACEBOOK / TWITTER PALSU berkaitan BR1M di media sosial seperti berikut:

a. http://brim-hasil.net/
b. https://www.facebook.com/BR1M3/
c. http://www.br1m.info
d. http://www.br1m.net
e. http://www.br1m2017.com
f.  http://www.bantuanrakyat1malaysia.com
g. https://www.facebook.com/BR1M2017/

Oleh itu, tuan / puan adalah dinasihatkan untuk tidak mengakses atau memberikan sebarang maklumat peribadi di laman sesawang tersebut.

Untuk makluman, LHDNM juga tidak menyediakan perkhidmatan pengemaskinian BR1M secara panggilan dan ingin membuat PENAFIAN bahawa talian berikut adalah bukan milik LHDNM:

+6016-830-1970
+6016-736-9364
+6016-594-7475

LHDNM menafikan ada membuat panggilan keluar menggunakan talian bebas tol 1-800-88-2716. Panggilan semula (jika perlu) hanya dibuat kepada tuan / puan yang ada membuat panggilan di talian bebas tol BR1M dan tuan / puan akan dimaklumkan terlebih dahulu semasa aduan / semakan diterima.

LHDNM menerima aduan dimana terdapat permohonan BR1M 2017 yang dikemukakan kepada pihak ketiga telah dikenakan bayaran. Untuk makluman, kerajaan TIDAK mengenakan sebarang bayaran bagi penerimaan permohonan BR1M 2017. Oleh itu, pemohon dinasihatkan untuk hadir terus ke cawangan LHDNM yang berhampiran bagi tujuan permohonan BR1M 2017.

Sebarang semakan atau maklumat lanjut mengenai BR1M, sila hubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 (BR1M) atau layari portal rasmi BR1M LHDNM, https://ebr1m.hasil.gov.my.



SEBAB-SEBAB PERMOHON GAGAL BR1M 2017
 

MAKLUMAN

Permohonan Baharu / Kemas Kini BR1M 2017 secara dalam talian dan penghantaran permohonan melalui borang adalah bermula pada 5 Disember 2016 sehingga 31 Disember 2016. Sila klik Jadual Pembukaan Kaunter BR1M 2017 di semua Cawangan LHDNM.

Untuk makluman, tempoh permohonan BR1M 2017 telah dilanjutkan dari 1 Januari 2017 sehingga 13 Januari 2017. Sila klik Jadual Pembukaan Kaunter pada 1 Januari 2017 sehingga 13 Januari 2017 di semua CawanganLHDNM.

Aplikasi BR1M Dalam Talian tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih.

SKIM KHAIRAT KEMATIAN BR1M 2016

Permohonan kemas kini waris adalah sehingga 13 Disember 2016 sahaja bagi membolehkan tuntutan baki bayaran BR1M 2016 (jika ada) ditunaikan sebelum atau pada 15 Disember 2016.

Sekiranya permohonan kemas kini maklumat waris dibuat selepas 14 Disember 2016, waris hanya layak menuntut bayaran SKK 2016 sahaja.

MOF telah menetapkan tarikh akhir tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BR1M 2016 adalah pada 31 Januari 2017. Oleh itu, tarikh akhir kemas kini waris adalah pada atau sebelum 15 Januari 2017.

SKIM KHAIRAT KEMATIAN BR1M 2017

Skim Khairat Kematian sebanyak RM1,000 hanya layak diberi kepada waris yang didaftarkan di Bahagian Maklumat Waris penerima BR1M kategori Isi Rumah dan Warga Emas yang meninggal dunia di dalam tempoh 1 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2017.

Waris perlu membawa dokumen asal berikut:

Sijil Kematian asal / salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara

Kad Pengenalan Asal Waris



SYARAT KELAYAKAN

Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja

Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah

Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah

Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

Penerima e-Kasih perlu membuat permohonan BR1M 2017.

Kemukakan Salinan:

MyKad bagi pemohon

MyKad / MyPR / MyKid / Sijil Lahir / Pasport bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)

Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda

Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.

Penerima Kad Debit Pelajar TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2017.

NOTIS AMARAN

AMARAN LHDNM BERKENAAN eMEL DAN SMS PALSU BR1M

LHDNM WARN OF FAKE eMAIL AND SHORT MESSAGE SEVICE (SMS) ON BR1M

HUBUNGI KAMI
Hotline BR1M MOF :

03-8882 4565 /
03-8882 4566

eMel : br1m@treasury.gov.my

Faksimili BR1M MOF : 03-8882 3933

Sekretariat BR1M :
Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya


SUMBER : https://ebr1m.hasil.gov.my/




























PENERIMA VOCHER BR1M 3.0

♠ Posted by amsran in




 Terdapat beberapa rungutan dan aduan yang diterima berkaitan bantuan 1Malaysia (BR1M) antaranya yangboleh admin maklumkan kepada maklum balas aduan dan rungutan seperti berikut :-

1). TERDAPAT PEMOHON YANG TIDAK MEMPUNYAI NO. AKAUN
2). TIDAK MENGEMASKINI MAKLUMAT AKAUN PADA TARIKH YANG DITETAPKAN
3). RISAU TIDAK MENERIMA BR1M YANG LAIN SUDAH TERIMA MASUK AKAUN BANK
4). TAKUT NAMA TERCICIR
4). TIDAK TAHU DIMANA INGIN BERTANYA

Jangan risau  kerana bagi permohonan BR1M yang telah diluluskan. Bagi yang telah mengemaskini akaun atau memberi maklumat akaun bank bayaran akan dikreditkan terus kedalam akaun bermula 21 Febuari 2014 . Manakala, bagi yang tidak megemukakan nombor akaun bank atau tidak megemaskini maklumat akaun bank pembayaran akan dibuat secara berperingkat melalui MAJLIS PENGAGIHAN BR1M YANG BERMULA 23 FEBUARI 2014 biasanya pihak pejabat daerah yang mengurus penyerahan vocher tersebut  dan dingatkan bayaran ini dibuat secara berperingkat. bermakna jika nama pemohon belum ada pada peringkat pertama, tunggu lagi pada peringkat seterusnya, hal ini berkemungkinan disebabkan bilangan penerima BR1M yang begitu ramai. 




https://www.blogger.com/blogger.g?blogID=4310758330351069204#editor/target=post;postID=1283354384593952211;onPublishedMenu=allposts;onClosedMenu=allposts;postNum=54;src=link 

(GAMBAR RAJAH )CONTOH SURAT PENERIMA VOCHER YANG YANG TIDAK MENGEMASKINI NOMBOR AKAUN DINGATKAN JUGA PENERIMA SURAT SEPERTI INI HANYA KEPADA PENERIMA VOCHER SAJA MANAKALA BAGI PENERIMA BR1M YANG DIKREDITKAN KE DALAM AKAUN TIDAK AKAN DIHANTAR SURAT SEPERTI INI.


MASIH BERASA RISAU TIDAK MENRIMA BR1M BOLEH BERHUBUNG TERUS DENGAN PIHAK LHDN YANG BERHAMPIRAN

YANG MASIH BELUM TERIMA SILA TUNGGU  DAN KEPADA YANG GAGAL SILA TUNGGU JUGA KERANA CARA BUAT RAYUAN AKAN DIKONGSIKAN KEMUDIAN.SEBARANG KESULITAN SILA DATANG TERUS KE PEJABAT LHDN YANG BERDEKATAN DENGAN ANDA. 

CARA BUAT RAYUAN BAGI YANG GAGAL


1. Individu perlu tampil sendiri ke pejabat LHDN berdekatan.
2. Individu berkenaan juga perlu mengemukakan semula pelbagai dokumen sokongan termasuk penyata gaji dan tanggungan lain untuk disemak semula oleh LHDN dan 10 lagi agensi lain termasuk Bank Negara dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
3. Selepas individu terbabit mengemukakan dokumen sokongan dan rayuan bertulis kepada LHDN maka keputusan permohonannya untuk mendapatkan BR1M akan diluluskan.
4. Pembayaran akan dibuat ke akaun pemohon setelah keputusan menerima BR1M 3.0 diluluskan.



Diharap bantuan ini sedikit  sebanyak dapat mengurangkan beban dan membantu meringankan beban hidup yang ditanggung.

ADUAN BR1M 3.0 2014

♠ Posted by amsran in
Aduan Duit BR1M 3.0 2014. Cara Agihan BRIM : Walaupun Br1M 3.0 2014 telah mula diagihkan bermula seawal malam Khamis minggu lepas tetapi sehingga sekarang pelbagai aduan dan kecaman terhadap pelaksanaan BR1M yang diberikan oleh rakyat Malaysia umumnya dan penerima BR1M amnya.

Rata-rata dilihat kurang berpuas hati atas sebab dan alasan tertentu. Walaubagaimanapun, ramai juga yang berlapang dada dengan pelaksanaan BR1M yang dilihat sedikit sebanyak membantu perbelanjaan untuk seketika waktunya dan juga cara terima pembayaran BR1M terus ke akaun mereka, mendapat respon positif daripada penerima BRIM 2014.  Menurut Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata, jumlah RM650 itu sudah mencukupi mengikut kemampuan kewangan negara.
“RM650 campur RM300 okay lah tu. Kalau ekonomi bertambah baik jadilah RM1,000 hingga RM2,000.
“Kira bersyukurlah, janji ada. Kalau bagi banyak-banyak tapi negara tak mampu nanti jadi isu pula,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Perkasa di sini hari ini.
BN semasa manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 April lalu berjanji untuk menaikkan kadar BR1M daripada RM500 sehingga RM1200.
Namun, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2014 mengumumkan pemberian BR1M meningkat hanya RM150 sahaja menjadi RM650 bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 dan kebawah.
Manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan naik RM50, daripada RM250 kepada RM300.

Aduan Duit BR1M 3.0 2014

  1. Ada penerima yang hanya mendapat RM450 sahaja, sedangkan pendapatan isi rumah mereka tidak lebih RM3,000 sebulan. Ada yang mengalami situasi seperti ini?
  2. Ada yang melihat sendiri, kalangan yang tidak layak berdasakan pendapatan bulanannya (diluar kumpulan penerima) tetapi tanpa segan silu menikmati ganjaran BR1M. Erm….
  3. Ada penerima yang amat yakin memperolehi BR1M berdasarkan pendapatan bulanan @ pendapatan isi rumah mereka setiap bulan tetapi sehingga ke hari ini tiada khabar berita yang menggembirakan untuk mereka walaupun setiap hari membuat semakan di ATM ataupun melalui pembankan Internet
  4. Tiada disediakan kemudahan semakan keputusan BR1M online yang menyebabkan kalangan pemohon terus tertunggu-tunggu keputusan BR1M 3.0 2014 samada mereka layak atau tidak
  5. Malahan kemudahan hotline yang disediakan kurang efektif, maklum balas melalui email. Masakan boleh kemudahan seperti ini mampu menampung persoalan daripada lebih 6 juta pemohon BR1M 3.0 2014?
  6. Ramai yang menemplak kerajaan Malaysia telah menipu rakyat Malaysia dengan berjanji untuk memberikan sehingga RM1200 bagi BR1M 3.0 2014 seperti yang mereka lihat dalam manifesto BN sebelum ini, sebaliknya hanya RM650 diterima mereka.
  7. Dan Berita Semasa perhatikan ada tidak mahu BR1M ini diteruskan & nilai BR1M dinaikkan dengan cara mengurangkan subsidi rakyat Malaysia dikurangkan, dan rata-rata mahukan subsidi rakyat Malaysia melibatkan dikembalikan & kawalan harga barang di Malaysia di kawal. 
  8. Apa pula aduan dengan pelaksanaan BR1M 3.0 2014 kali ini?
  9. Dan, apa pula respon balas kalangan anda yang telah menerima BR1M 2014 ini? Syukur, Terima Kasih @ Tidak Puas Hati? Ada cadangan?

 


BAYARAN BR1M SUDAH MASUK 21 FEBUARI 2014

♠ Posted by amsran in
BR1M untuk yang BUJANG telah di kredit kan ke akaun penerima yang layak mulai hari ini 21 FEBUARI BAGI YANG BUJANG dan yang sudah berkhwin pada 22 FEBUARI 2014 BR1M tersebut telah di kreditkan mulai pukul 10 malam tadi dan para peneriman yang telah mengemaskini no akaun mereka semasa permohonan BR1M 3.0 yang lalu boleh semak akaun anda, SALAH seorang sahabat admin telah menarima awal pagi 21 Febuari 2014 yang sebelum nya telah menarima makluman melalui Sistem Pasanan Ringkas (SMS).

" RM 0.00 BAYARAN IBG TELAH DIKREDITKAN KE AKAUN BANK ANDA. SILA SEMAK AKAUN BANK RAKYAT ANDA .HUBUNGI TELERAKYAT DI 1-300-88-12265 UNTUK MAKLUMAT LANJUT " nombor hantar sms  66300 (untuk akaun bank rakyat sahaja)

maklumat penerima BR1M

Keluarga (RM650)
- Pendapatan isi rumah kurang RM3,000 sebulan
- Rakyat Malaysia
Keluarga (RM450)
- pendapatan isi rumah di antara RM3,000 hingga RM4,000 sebulan
- Rakyat Malaysia
- Tambahan caruman i-BR1M bernilai RM50 yang menjadikan jumlah keseluruhan BR1M sebanyak RM500.
Individu (RM300)
- Pendapat sebulan RM2,000 kebawah.
- Rakyat Malaysia
- Berumur 21 tahun ke atas.
- Tidak termasuk pelajar yang menerima bantuan baucar buku 1Malaysia (BB1M)


guna sebaik mungkin kepada yang menerima. 

RANDOM POSTS