Blog perkongsian maklumat dan isu semasa terkini

Memaparkan catatan dengan label side income. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label side income. Papar semua catatan

9 sebab cari Side Income


Buat side income tu perlu atau tidak? Bagi yang rasa tidak perlu, Alhamdulillah diucapkan, tapi bagi mereka yang rasa perlu, jom teruskan membaca. Antara 9 sebab buat side income daripada beberapa sumber selain daripada gaji yang kita perolehi daripada kerja yang sedia ada. kebanyakan daripada kita hanya bergantung kepada hanya 1 sumber kewangan kalau tidak pandai bebelanja pastinya tidak mencukup memandangkan  GST sudah pun bermula April lepas, cost of living pun meningkat harga barang juga setiap tahun meningkat dan tidak akan turun, gaji pula lambat naik. Memang pening kepala dibuatnya. Sumber pendapatan sampingan atau side income  terdapat banyak peluang yang ada hanya kita  perlu memilih mana lebih sesuai dan mampu dilaksanakan. Bagi isteri di rumah atau househasband boleh rujuk Rahsia kerja dari rumah sebagai panduan memulakan side income.
sebab Buat Side Income
sekarang 1 sumber pendapatan tidak mencukupi

  9 sebab Buat Side Income 

  1. Mahukan masa untuk berkerja yang lebih bebas dan flexible membolehkan lebih banyak masa bersama keluarga dan aktiviti hobi yang di minati.Tanya kepada semua ibu bapa pasti semua meninginkan masa yang berkualiti dan cukup untuk diri sendiri, keluarga dan anak-anak.
  2. Bebas daripada beban hutang. pinjaman peribadi bulan-bulan bayar, hutang PTPTN masa belajar dulu belum habis bayar, loan rumah, hutang kereta dan barang keperluan rumah.
  3. Hasil gaji sedia ada tidak mencukupi, hujung bulan lepas gaji sahaja setelah tolak bil astro, bil air, bil eletrik, sewa rumah, kereta, minyak kereta, keperluan anak-anak barang dapur, untuk ibu bapa dan sebagainya... baki tinggal berapa?? cukup ke tak cukup?? dengan side income sekurang-kurangnya dapat meringankan beban kos perbelanjaan... lagi-lagi sekarang ni GST 6 % telah dilaksanakan dengan itu bertambah lagi perbelanjaan setiap bulan.
  4. Ada simpanan peribadi dan anak-anak. Bila ada wang simpanan yang mencukupi untuk kegunaan di masa akan datang rasa senang hati, kalau kereta rosak tiba-tiba boleh guna untuk baiki, anak-anak dapat sambung belajar boleh guna wang simpanan mereka yang sedia ada.
  5. Rasa yakin untuk berbelanja bila ada side income yang menguntungkan. Biasanya bila masuk shooping complex nak baju ke! barang apa saja! rasa takut-takut pula duit tidak mencukupi. Dalam hati berkata " tak apalah beli 1 dulu bulan depan 1 lagi "
  6. Dapat membantu keluarga terutama ibu bapa. Apabila ada duit yang mencukupi boleh hantar ibubapa untuk mengerjakan umrah setiap tahun dan haji. Selain itu, boleh bantu  ibubapa kita yang tidak sihat memerlukan rawatan kesihatan.
  7. Dapat kumpul duit  khawin. Untuk yang belum kahwin boleh cari side income.. insyallah kalau tiada arah melintang kahwin dalam masa terdekat..hee. harap kumpul duit gaji untuk kahwin alamat tunggu 5 tahun lagi.. cara singkat buat loan peribadi.. tetapi bulan -bulan kena bayar balik pada bank untuk jangka masa beberapa tahun.
  8. Dapat bantu dan ringankan beban suami, dan bagi yang suami isteri berkerja dapatkan kurangkan beban perbelanjaan kedua-duanya.. anak pun boleh tambah-tambah setiap tahun tidak risau perbelanjaan membesarkan anak-anak hasil side income banyak membantu.
  9. Bahagian ini yang sangat disukai. boleh beli apa saja yang di suka. contohnya hobi minta memancing boleh lah beli set casting, joran yang berjenama dan berkualiti tinggi bagi kepuasan semasa memancing. kalau isteri pula yang minat menanam bunga kertas dan bunga orkid bolehlah dapatkan lebih pasu bunga dan benih bunga yang lebih menarik.

JADI APA SIDE INCOME ANDA?   cari dan usahakan kerana banyak ruang dan peluang menjana pendapatan sampingan sekarang ini.. salah satunya boleh mula bisnes baju kurung langkap dengan panduan sekali.

berkurangnya iklan Nuffnang CPUV

♠ Posted by amsran in ,,
NUFFNANG
i love nuffnang
Dalam tempoh lebih kurang 2 minggu selepas membuat kemaskini Template dan kemaskini postting- posting lama blog Amsran.Com.MY sudah tidak mendapat sebarang  iklan Kempen Nuffnang CPUV tidak diketahui apa puncanya.. dan admin juga telah menghantar tiket kepada Nuffnung berpandukan kepada cara menghantar tiket kepada Nuffnung oleh CIKMUN ingin bertanya brkaitan perkara ini Nampun belum mendapat sebarang maklumbalas daripada pihak Nuffnang. 

Menurut beberapa penyelidikan yang dijalankan sendiri daripada code template dan pembacaan daripada blog yang berkaitan Nuffnang akhirnya blog Amsran.Com.MY sebelum ini nofollow kini telah ditukar kepada dofollow kerana menurut kajian kedua-dua ini membawa maksud berbeza kepada enjin carian seperti google saerch.  ketahui apa itu nofollow dan dofollow.

  • Dofollow = Google bukan sekadar index page anda,malah follow semua link yang ada di blog.
  • Nofollow = Google hanya index page,tetapi tidak follow link yang ada di blog anda.
Jadi apa lagi mari tukar kepada dofollow agar google mudah untuk follow semua link yang ada di blog kita. Cara menukar nofollow ke pada dofollow step by step boleh rujuk daripada blog JIWASAMSUL. 

Selain itu, kemaskini pada Update Survey dan bio Bloger pada  blog manager  juga telah diusahakan kerana menurut pembacaan daripada Tips supaya blog disukai Nuffnang selain blog tidak terlibat dalam penulisan berbaur politik ialah perlu selalu kemaskini borang kaji selidik Nuffnang kerana menurut Nuffnang kemaskini bertujuan agar pihak pengiklan dapat megetahui kewujudan blog kita. Logiknya jika sentiasa mengemaskini borang kaji selidik adalah antara faktor yang menonjol blog kita di mata pengiklan Nuffnang untuk dipilih. jom.. kemaskini borang kaji selidik dan Bio Profile di Nuffnang.

menurut beberapa blog yang telah membuat kajian berkaitan iklan Nuffnang faktor trafik di blog kita tidak mempengaruhi supaya blog mendapat iklan Nuffnang baca sini Ketahui Tips Mendapat CPUV (Cost per unique visit) Campaigns Nuffnang.


P/S :Tiket mendapat feedback daripada pihak nuffnang pada 5/5/2015 dalam entry  iklan Nuffnang CPUV Zurich Insurance 3 Point.









8SHARE

♠ Posted by amsran in
Jom tambah pendapatan! Anda rajin online tak?Rajin buka Facebook dan Twitter?Rajin blogwalking? admin ada benda nak share dengan anda,cara tambah pendapatan dengan promote link!memperkenalkan 8Share! klik untuk untuk DAFTAR 8Share! ;)Dah daftar 8Share kan, ANDA boleh mula start cari duit lebih!Mula-mula cari iklan yang korang rasa menarik dan best,pastu share kan iklan tu dekat Facebook anda ke, Twitter ke,blog ke .dalam sharing iklan ni, anda kenelah pandai promote tau.Sebab?Sebab pendapatan korang bergantung kepada berapa jumlah klik tahu! Satu klik, anda akan dapat 20sen! Lagi anda pandai tarik orang klik iklan tu, lagi banyak lah income korang.Tapi please, jangan jadi penipu! Ada yang selalu promote iklan dengan cara tipu orang. konon link yang dia bagi tu ade cerita atau benda best, sebenarnya iklan.Macam mana.?? Nak join tak?? Takut tertipu?? Tengoklah jumlah yang dia bagi setiap klik, 20 sen sahaja kan..kalaulah 8Share nak tipu kan, mesti dia dah cakap konon RM10 per klik ke, RM50 per klik kan? Ini tak..20 sen je per klik, pasal tu kena usaha lebih! :)Yang penting, ape pun kita buat, kena jujur! 8Share ni dah lama bertapak di Malaysia. JOM MULA TAMBAH DUIT POKETTT!!!! KLIK SINI UNTUK MULA BUAT DUIT FREE

RANDOM POSTS