♠ Posted by amsran in KEBAIKAN RUMPAI LAUT,KHASIAT RUMPAI LAUT,PASARAN RUMPAI LAUT,resepi KERABU RUMPAI LAUT,rumpai laut at 8:30 PTG
kerabu rumpai laut |
Seperti yang kita maklumat Rumpai laut dikatakan mempunyai keistimewaan dari segi khasiatnya menurutnya kajian rumpai laut yang dianggap 'ibu kolegen' mentah yang kini semakin popular dan ramai khususnya wanita mengambilnya untuk dijadikan makanan tambahan bagi menjaga kesihatan serta kecantikan.
rumpai laut dijual di tamu |
menurut artikel daripada BHarian keluaran 15/04/2013 oleh Nor Hatina Shuib rumpai laut adalah Khazanah laut pelbagai warna seperti hijau, merah, hijau biru dan perang ini boleh dimakan secara mentah, dimasak atau dikeringkan. "Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta karotein serta protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit," Dr Muta Harah Zakaria, Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, UPM.
Penggunaan ibu kolegen spesis Eucheuma Cottonii dan Euchuema Kappayachus atau nama tempatannya agar-agar kini dipelbagaikan fungsinya dalam bidang kecantikan dan boleh didapati daripada rumpai mentah, sabun dan pil melalui ekstrak rumpai.
Harga rumpai laut yang banyak tumbuh melatari laut di Sabah ini begitu murah dan mempunyai gred tersendiri. Dijual dengan harga serendah RM5 untuk seratus gram gred AA sehingga mencecah RM20 untuk kuantiti yang sama bagi gred AAA. Produk berasaskan rumpai laut ini juga banyak dipasarkan menerusi jualan langsung dengan pelbagai jenama.
Khasiatnya dikatakan lebih berkali ganda daripada menghirup sup ikan Yu atau sup sarang burung yang harganya lebih mahal membuatkan ramai wanita memilih tumbuhan dasar laut itu.
Apapun itu kelebihan dari segi kesihatan. Saya lebih suka makan kerabu manga dengan rumpai laut kerana memang enak dimakan campuran utama pastinya isi ikan mentah yang di rendam dengan air asam, dicampur dengan bawang merah dan buah mangga muda dihiris halus halus. Rumpai laut pula di rentam sekejab dalam air panas. Campur semua bahan tadi gaul sehingga sebati tambah gula, garam dan ajinamoto secukup rasa. Terlupa pula perlu tambah cili padi dalam 2 biji siap disajikan. Resepi rumpai laut ni tidak terbatas kepada ia boleh dimasak mengikut kesesuaian cita rasa masing-masing pengemar rumpai laut.
Salam Kenal dr blogger Sabahan juga..:)
BalasPadamRumpai Laut mmg byk khasiat kan..semuanya menyihatkan..
Oo tak pernah try lagi. rugi hari tu turun KK tak merasa.
BalasPadamAssalam,
BalasPadamwaaaaaaaa
nampak menarik
tapi iols memang tak pernah rasa lagi rumpai laut tau3
teringin nak ghaser he3