Blog perkongsian maklumat dan isu semasa terkini

Memaparkan catatan dengan label education. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label education. Papar semua catatan

BANJIR BESAR DI BEAUFORT, SIPITANG DAN MEMBAKUT... JANUARI 2015

♠ Posted by amsran in ,
banjir di Beaufort, Sabah
BANJIR 
stesen kereta api, Beaufort

KOTA KINABALU: Keadaan banjir di Beaufort dilaporkan bertambah buruk pagi ini dengan seramai 1,854 mangsa daripada 546 keluarga dipindahkan ke tujuh pusat pemindahan setakat jam 10 pagi tadi.
Daripada jumlah itu, seramai 706 mangsa daripada 243 keluarga dipindahkan ke Dewan Baru Beaufort manakala selebihnya di Dewan Baru Membakut (404 mangsa daripada 130 keluarga), Dewan Kampung Suasa (175 mangsa daripada 15 keluarga) dan Dewan Kampung Kukut (165 mangsa daripada 43 keluarga).
Selebihnya ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Beaufort (159 mangsa daripada 49 keluarga), Serambi Warisan Pekan Membakut (157 mangsa daripada 30 keluarga) dan SK St Patrick Membakut (110 mangsa daripada 36 keluarga).
Sementara itu, di Tenom, Pegawai Daerah Madiyem Layapan berkata kira-kira 300 mangsa banjir yang dipindahkan di empat pusat pemindahan di daerah itu semalam sudah dibenarkan pulang jam 9 pagi tadi

sumber : http://www.bharian.com.my/node/30774
banjir di Sipitang, Sabah

BANJIR
 Jeti yang roboh akibat air laut yang deras berhampiran dengan pejabat Kastam Sipitang

SIPITANG – Penduduk yang tinggal di kawasan berisiko banjir di daerah itu diminta supaya mengikut arahan pihak berkuasa sekiranya diarahkan berpindah ke pusat penempatan sementara.
Gesaan itu dibuat oleh Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad, bagi memastikan keselamatan penduduk terlibat banjir memandangkan situasi banjir yang berlaku kali ini adalah yang terburuk dalam tempoh 10 tahun.
“Kita khuatir akan keselamatan dan nyawa penduduk jika mereka enggan berpindah segera ekoran banjir yang berlaku di Sipitang pada kali ini adalah luar biasa, malah banyak kampung telah ditenggelami air.
“Justeru, saya minta penduduk supaya berhati-hati dan memandang serius situasi banjir yang berlaku ini demi kebaikan mereka,” katanya selepas meninjau beberapa kampung yang dilanda banjir di Dewan Lumadan dan Dewan Masyarakat Sipitang, di sini hari ini.
 Sapawi yang juga Pengarah Yayasan Sabah turut menggesa pemimpin masyarakat seperti ketua kampung dan pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) bekerjasama dengan Jawatankuasa Bencana Alam Daerah bagi melancarkan tugas mereka.
Beliau berkata, ia perlu bagi memastikan maklumat situasi banjir dan informasi berkaitan penduduk yang masih belum dipindahkan mampu disalurkan dengan segera kepada jawatankuasa itu untuk tindakan segera.
Seramai 127 orang daripada 58 keluarga telah dipindahkan ke pusat pemindahan di Dewan Lumadan manakala 129 orang daripada 34 keluarga pula di Dewan Masyarakat, Sipitang. – oleh Aryan De Vera / SayangSabah
banjir di Mambakut , Sabah

BANJIR

 LALUAN EMPAT RODA: Hanya kenderaan pacuan empat roda dan jentera berat boleh mengharungi banjir di laluan jalan raya Membakut-Beaufort yang ditenggelami banjir di Membakut,

KUALA LUMPUR: Banjir di Sabah semakin buruk apabila jumlah mangsa yang direkodkan petang semalam terus meningkat kepada 3,035 orang berbanding 2,394 orang tengah hari semalam.
Sementara di Sarawak jumlah mangsa menurun kepada 3,071 orang berbanding 3,400 orang tengah hari semalam, manakala di Kelantan dan Perak, jumlah mangsa masing-masing kekal 255 dan 77 orang.
Keadaan ini menjadikan jumlah keseluruhan mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan di negeri terjejas banjir meningkat kepada 6,438 orang berbanding tengah hari tadi 6,126 orang.
Di SABAH, Pegawai Daerah Beaufort Mohd Shahid Othman berkata jumlah mangsa banjir di empat pusat pemindahan di daerah berkenaan ialah 1,214 orang daripada 396 keluarga.
Di daerah kecil Membakut, Penolong Pegawai Daerah Membakut Sarudin Ismail berkata enam pusat pemindahan di daerah itu kini menempatkan seramai 1,694 orang daripada 604 keluarga.
Penolong Pegawai Daerah Sipitang, Matlin Dullah pula berkata jumlah mangsa banjir di daerah berkenaan kini 131 orang daripada 35 keluarga.
Sementara, Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Jame Alip berkata sebanyak 40 buah sekolah di Beaufort, Sipitang dan Papar masih ditutup sama ada disebabkan sekolah itu dinaiki air atau digunakan sebagai pusat penempatan banjir.
Di SARAWAK, Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sarawak berkata walaupun bilangan mangsa semakin berkurangan namun jumlah pusat pemindahan bertambah dari 14 kepada 17 ketika ini.
Kini hanya tinggal satu pusat pemindahan yang dibuka di Kuching menempatkan 379 orang mangsa. Di Samarahan kini mempunyai tujuh pusat pemindahan yangmenempatkan 1,270 orang manakala dua pusat pemindahan di Mukah menempatkan 83 orang.
Manakala enam pusat pemindahan di Limbang menempatkan 1,216 orang, di Miri pula jumlah mangsa di sebuah pusat pemindahan di Long Panai kini seramai 123 mangsa.
Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir yang direkodkan petang ini kekal seperti tengah hari semalam iaitu 255 orang melibatkan 62 keluarga di lapan pusat pemindahan di Kuala Krai.
Di PERAK, jumlah mangsa banjir juga masih kekal kepada 77 orang daripada 18 keluarga yang ditempatkan di dua pusat pemindahan. — Bernama

Harga petrol RON95 turun 21 sen, RON97 turun 11 sen bermula esok

♠ Posted by amsran in ,
HARGA MINYAK

Harga petrol RON95 turun 21 sen, RON97 turun 11 sen bermula esok 

persoalannya ?? apa kekesan penurunan harga minyak.. harga barang naik?? cukai naik?? GST?? dll..

menurut sumber :  

KUALA LUMPUR: Harga petrol RON95 turun sebanyak 21 sen seliter manakala RON97 diturunkan sebanyak 11 sen seliter dan diesel turun 23 sen, mulai 1 Februari 2015.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, dengan penurunan itu, harga minyak seliter kini RM1.70 untuk petrol RON95, RM2 bagi RON97 dan RM1.70 bagi diesel.

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek dalam kenyataan itu berkata, kerajaan akan sentiasa mengikuti perkembangan pasaran harga kos produk dan kadar pertukaran mata wang untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan berikutnya.

"Harga baharu bagi petrol dan diesel dibuat berdasarkan kepada purata harga kos produk sepanjang bulan Januari 2015 dan kadar pertukaran matawang.

Semua syarikat minyak serta pengusaha stesen minyak diingatkan agar mematuhi penetapan harga baharu ini dan tindakan tegas akan diambil bagi mereka yang melanggar peraturan harga baharu yang ditetapkan kerajaan ini," kata Hasan.

Pada 1 Disember 2014, harga runcit petrol dan diesel ditetapkan mengikut sistem apungan terurus, yang menandakan penghapusan semua subsidi bahan api.

Di bawah apungan terurus tersebut, harga runcit akan berdasarkan purata harga bulanan minyak mentah dunia.

benarkah apa bila harga minyak turun harga barang pula yang naik..

SELANGOR: Kenaikan harga barang keperluan masih naik, walaupun harga minyak turun.
Ini terbukti ketika bahagian penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Selangor membuat tinjauan di pasar borong Selayang awal pagi sabtu.

KPDNKK Selangor mengenal pasti 19 kes iaitu 13 kes Akta Kawalan Harga, manakala enam kes lagi Akta Timbang dan Sukat 1972, termasuk tiga notis dibawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan Pindaan 2014.

“Kesan pada hari ini, kita telah menghasilkan 19 kes melibatkan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 13 kes dan enam kes Akta Timbang Sukat. Kompaun yang kita telah buat hari ini lebih kurang RM2,600. Kita telah menyampaikan tiga notis dibawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan anti pencatutan pindaan 2014,” jelas Penologn Pengarah KPDNKK Selangor, Yusuf Bakar.

Tujuan notis ini adalah untuk mendapat maklumat daripada peniaga yang mana kita mengesan kenaikan harga secara mendadak.

‘Tiga notis ini untuk mendapatkan maklumat peniaga kerana mereka mengesan ada kenaikan secara mendadak,” tambah Yusuf.

Operasi mengejut bermula jam 3 pagi dan berakhir 6 pagi, disertai 25 pegawai penguatkuasa KPDNKK Selangor dan Gombak yang diketuai oleh penolong pengarah KPDNKK Selangor.

Operasi ini mungkin telah diketahui oleh peniaga dan ada yang menukarkan tanda harga serta menyorok alat timbang.

Sejak operasi bermula 15 januari lalu, KPDNKK Selangor mengesan 117 kes dalam operasi catut dan yang tertinggi di seluruh negara.

Operasi catut ini akan diteruskan dari semasa. 

GST – Antara senarai barang yang naik dan turun harga

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan April nanti.

Antara barang yang akan turun harga – set televisyen, peti sejuk, pendingin hawa, seterika, pengering rambut, lampin dan minuman ringan. Ini kerana barangan ini kini dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) 10 peratus dan akan digantikan dengan GST, 6 peratus.
Antara barang yang akan naik harga – komputer, komputer riba, iPad, telefon bimbit, jam tangan dan kosmetik, termasuk gincu dan pengilat kuku. Ini kerana barangan ini tidak dikenakan cukai sebelum ini.
Antara barangan yang kekal harga – ayam, daging lembu, daging kambing, ikan, itik, ikan, telur, ikan bilis, beras, roti, sayur-sayuran segar dan buah-buahan, minyak kelapa, minyak masak kacang tanah, minyak kelapa, susu bayi, petrol RON95, diesel, tol dan pengangkutan awam. Ini kerana barangan ini tidak dikenakan GST.
Antara barangan makanan bukan keperluan yang naik harga – sos tomato, sos cili, sos tiram, mi cawan, tempe, keju, marjerin, telur puyuh, minyak jagung, minyak zaitun, biskut, donat dan croissant coklat. GST 6 peratus akan dikenakan.
Ia dijelaskan oleh Pengarah GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia Datuk Subromaniam Tholasy.

sumber daripada : http://www.astroawani.com/berita-bisnes/harga-minyak-turun-harga-barang-masih-naik-52721
KUALA LUMPUR 1 Feb. - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlu mempunyai mekasnisme tertentu bagi memastikan peniaga turut menurunkan harga barangan berikutan penurunan harga petrol dan diesel ketika ini.
Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, kementerian itu boleh mengadakan perbincangan bersama peniaga bagi menurunkan harga barangan mereka selaras dengan penurunan harga petrol dan diesel itu.
"Peniaga Bumiputera seharusnya menghargai apa yang dilakukan oleh kerajaan dan untuk itu mereka sepatutnya turut melakukan perkara yang sama terhadap pengguna, bukannya terus mengaut keuntungan yang berlebihan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Selain itu, beliau menyarankan supaya Akta Kawalan Harga dan Antipencatuan 2011 sekiranya peniaga tetap tidak mahu menurunkan harga barangan mereka.
Berkuat kuasa hari ini, harga runcit bagi petrol RON95 diturunkan 21 sen seliter kepada RM1.70 seliter manakala harga RON97 diturunkan sebanyak 11 sen seliter kepada RM2 seliter. - BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/turunkan-harga-barang-selepas-harga-minyak-turun-1.54896#sthash.o9PWeXMu.dpuf

ALA LUMPUR 1 Feb. - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlu mempunyai mekasnisme tertentu bagi memastikan peniaga turut menurunkan harga barangan berikutan penurunan harga petrol dan diesel ketika ini.

CONTOH RESUME MOHON JAWATAN KOSONG

♠ Posted by amsran in ,

contoh resume mohon kerja
contoh surat

CONTOH SURAT IRINGAN PERMOHONAN JAWATAN KOSONG DI SYARIKAT  ROTI BAKAR

Amran Bin Sanuin
Peti Surat 007
Jalan Lawa
89808 Beaufort
Sabah
019-1234567
26  Mac 2012

Omar Bin Bakri
Bahagian Pengurusan Pentadbiran
Syarikat Roti Bakar
Jalan Tepi Laut
58000 Kota Kinablu, Sabah

Tuan,

Berdasarkan maklumat di atas, saya, Amran Bin Sanuin berminat untuk memohon jawatan Pegawai Tadbir Syarikat Roti Bakar, seperti yang di iklankan dalam Utusan Borneo pada 19 Mac 2012.
Untuk pengetahuan pihak tuan, saya adalah antara pembeli setia roti kluaran Syrikat Roti Bakar. Saya mempunyai pelbagai kemahiran dan pengalaman pentadbiran yang sesuai dengan kedudukan yang tuan mahukan, termasuk:
•Memiliki kelayakan pendidikan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Awam dengan Kepujian di Universiti Malaysia Sabah dan mendapat 4.00 PNGK.
• Pengalaman dengan pelbagai perisian komputer pejabat termasuk Microsoft Word, Excel, dan Powerpoint, dan keupayaan untuk belajar sesuatu perisian baru dengan cepat dan berkeyakinan.
• Keupayaan memberi perhatian yang sempurna dan kemampuan untuk menyelesaikan tugas-tugas dengan cepat dan cekap.
• Pengalaman bekerja dalam persekitaran pejabat yang di perolehi melalui program-program Badan Perwakilan Pelajar Universiti contohnya, memimpin kumpulan, pengurusan fail, menaip surat, menyiapkan jadual tugasan, dan menguruskan kewangan.
• Keupayaan untuk mempelajari tugas baru dan menyesuaikan diri kepada pelbagai situasi kerja.
Saya berasa begitu gembira untuk menawarkan kemahiran dan kebolehan saya ini untuk syarikat roti ini malah sebagai pembeli setia. Saya yakin bahawa saya akan mampu untuk mempertingkatkan produktiviti perniagaan pihak tuan melalui setiap aspek kerja dan tugas yang saya jalankan.
Di sertakan di sini adalah resume saya untuk semakan pihak tuan. Saya percaya bahawa saya adalah seorang calon yang sangat sesuai untuk jawatan ini dan saya tidak sabar untuk bertemu dengan tuan untuk membincangkan kedudukan ini dengan lebih lanjut.

Yang benar

Amran Sanuin

CONTOH RESUME MOHON JAWATAN KOSONG 

RANDOM POSTS