Blog perkongsian maklumat dan isu semasa terkini

Memaparkan catatan dengan label report. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label report. Papar semua catatan

Tamu pekan Bongawan

♠ Posted by amsran in ,,,
Sebelum kepada isu tajuk utama sedikit sebanyak perlu di perkenalkan latarbelakang pekan bongawan sebagai mukadimah. 

PEKAN BONGAWAN adalah sebuah pekan di negeri Sabah, Malaysia. Lokasinya terletak di Bahagian Pantai Barat Sabah dan terletak kira-kira 60 kilometer ke selatan ibu negeri Sabah Kota Kinabalu. Bongawan terletak di bawah Parlimen Kimanis. Ia merupakan salah satu dari stesen laluan utama  kereta api antara daerah Beaufort dengan daerah Papar. Nama Bongawan secara tradisionalnya didapati dari dialek masyarakat tempatan untuk 'Burung Bangau' bahasa Inggeris;(egrets), yang sering kali kelihatan di sawah padi. 

Pekan ini dikatakan mempunyai 2 blok rumah kedai berstruktur kayu lama yang diakui wujud sejak tahun 1939. Kesan arsitekstur rumah kedai ini dilihat mirip seakan seni bina rumah kedai era pra-Perang Dunia ke-II. Walaubagaimanapun, selepas semua kota besar telah dihancurkan oleh tentera Jepun dan Tentera Bersekutu menerusi aktiviti pengeboman semasa perang dunia ke-2, tidak banyak lagi rumah kedai berseni reka seperti ini dapat dilihat malah jarang ditemui di Sabah. Kebanyakan dari kedai yang ada pada hari ini di Bongawan dan di pekan lama di Sabah adalah hasil binaan semula oleh para peniaga dari kelompok minoriti Cina Sabah.

Fokus kita pada kali ini lebih kepada meninjau aktiviti tamu di pekan Bongawan yang biasanya diadakan pada setiap hari sabtu bermula seawal jam 6.30 pagi sehingga 2.00 petang. 

Bagi yang suka membeli barangan makanan, peralatan  kemudahan harian, hasil pertanian, ikan,  daging dan bermacam - macam lagi keluaran tempatan boleh didapati disini.  Disamping itu,  harga yang ditawarkan juga berpatutan.  Boleh lah datang ke Tamu Bongawan yang diadakan di pekerangan kedai baru pekan Bongawan. Promosi  sikit.. Antara gambar-gambar jualan yang terdapat di tamu Bongawan :-

sayur-sayuran
sayur-sayuran
sayur-sayuran
mee kuning
peralatan pertukangan dan sebagainya
baju

Rakaman video dashcam mengejutkan kerana berjaya merakam saat-saat sebuah pesawat penumpang merempuh sebuah jambatan dan terjun ke dalam sebatang sungai di Taipei, Taiwan pada pagi Rabu

♠ Posted by amsran in ,,
Rakaman video dashcam mengejutkan kerana berjaya merakam saat-saat sebuah pesawat penumpang merempuh sebuah jambatan dan terjun ke dalam sebatang sungai di  Taipei, Taiwan pada pagi Rabu. 


Lima puluh lapan orang penumpang di dalam pesawat TransAsia Airways Flight GE235  terbang ke Kinmen, dari pantai wilayah Cina Xiamen hilang kawalan. Penyelamat cepat sampai di tempat kejadian dan segera menyelamatkan penumpang sebelum  bangkai pesawat tersebut tenggelam . Setakat ini, 31 telah disahkan mati, 15 cedera (termasuk dua orang mangsa di sebuah teksi yang berada di jambatan itu), dan 12 masih lagi hilang. 

Menurut Civil Aeronautics Administration Taiwan, kapal terbang terbang kurang daripada satu tahun dan telah dibuat pemeriksaan tahap keslamatan kali akhir pada 26hb Januari. Agensi masih belum memberikan sebarang maklumat tentang apa mungkin yang telah menyebabkan nahas terjadi. 

Ini ialah nahas kedua TransAsia Airways dalam tempoh 12 bulan, dengan satu lagi ATR 72 terhampas semasa membuat penderatan di bawah keadaan cuaca buruk pada bulan Julai 2014 lepas dan telah mengorbankan 48 orang.


kerja-kerja menyelamat sedang dijalankan segera sebelum pesat tersebut tengelam


RANDOM POSTS