Blog perkongsian maklumat dan isu semasa terkini

Memaparkan catatan dengan label PELIK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PELIK. Papar semua catatan

Rakaman video dashcam mengejutkan kerana berjaya merakam saat-saat sebuah pesawat penumpang merempuh sebuah jambatan dan terjun ke dalam sebatang sungai di Taipei, Taiwan pada pagi Rabu

♠ Posted by amsran in ,,
Rakaman video dashcam mengejutkan kerana berjaya merakam saat-saat sebuah pesawat penumpang merempuh sebuah jambatan dan terjun ke dalam sebatang sungai di  Taipei, Taiwan pada pagi Rabu. 


Lima puluh lapan orang penumpang di dalam pesawat TransAsia Airways Flight GE235  terbang ke Kinmen, dari pantai wilayah Cina Xiamen hilang kawalan. Penyelamat cepat sampai di tempat kejadian dan segera menyelamatkan penumpang sebelum  bangkai pesawat tersebut tenggelam . Setakat ini, 31 telah disahkan mati, 15 cedera (termasuk dua orang mangsa di sebuah teksi yang berada di jambatan itu), dan 12 masih lagi hilang. 

Menurut Civil Aeronautics Administration Taiwan, kapal terbang terbang kurang daripada satu tahun dan telah dibuat pemeriksaan tahap keslamatan kali akhir pada 26hb Januari. Agensi masih belum memberikan sebarang maklumat tentang apa mungkin yang telah menyebabkan nahas terjadi. 

Ini ialah nahas kedua TransAsia Airways dalam tempoh 12 bulan, dengan satu lagi ATR 72 terhampas semasa membuat penderatan di bawah keadaan cuaca buruk pada bulan Julai 2014 lepas dan telah mengorbankan 48 orang.


kerja-kerja menyelamat sedang dijalankan segera sebelum pesat tersebut tengelam


Produk sama logo halal yang berbeza

♠ Posted by amsran in ,
 logo halal
logo halal yang berbeza pada 3 jenis sardin jenama dan jenis yang sama
JIKA kita tinjau ke beberapa buah bandar logo halal Jakim masih berkurangan. Ada kedai atau restoran yang masih belum memaparkan logo halal Jakim. Manakala ada restoran terutama di pusat beli-belah yang masih menunggu logo halal ini.

Bagi restoran atau gerai yang mendapat logo halal Jakim. Logo tersebut mestilah dipaparkan di tempat yang boleh dilihat dengan jelas terutama di tempat makanan yang disediakan bagi mengelakkan rasa was-was orang ramai sewaktu mengambil makanan yang disajikan.

Ramai kalangan umat Islam prihatin tentang makanan yang halal ini sangat sensitif dengan perkara ini. Bayangkan jika ada restoran yang menulis dengan tulisan tangan “pork free” bagi menyatakan bahawa restoran tersebut tidak menghidangkan makanan haram iaitu khinzir.

Bagi restoran yang menulis perkataan ini sewajarnya memahami tujuannya dan tahu konsep halal dan haram.

Soal berkaitan isu halal dan haram ini bukan sahaja terletak kepada persoalan tiada hidangan daging yang haram; malah lebih jauh dari itu, iaitu bagaimana makanan ini diperoleh daripada sumber yang halal.

Misalnya, ayam disembelih dengan betul mengikut cara Islam. Penyediaan makanan yang bersih dan halal. Penggunaan bekas memasak yang tidak bercampur dengan makanan haram.
Tempat menyimpan makanan bahan mentah seperti daging tidak bercampur atau tiada langsung yang haram.

Oleh itu, perkara-perkara ini menjadi tanda tanya dalam pemikiran umat Islam. Pertanyaan sering diajukan dalam fikiran. Adakah restoran di pusat beli-belah ini halal walaupun pekerjanya dari Indonesia atau Bangladesh? Hanya hati kecil kita yang dapat menjawabnya sebab kebanyakannya tuan punya restoran tersebut bukan orang Islam.

Makanan yang halal ialah makanan yang mendapat keredaan ALLAH dan membawa kebaikan rohani dan jasmani. Islam menggalakkan manusia memakan makanan yang baik dan halal kerana terjamin kesihatan tubuh badan. Makanan halal mendatangkan kecergasan pada akal fikiran.

Sukar dijangkiti penyakit seperti penyakit kencing tikus dan sebagainya.

Makanan halal dapat mempengaruhi akhlak dan tingkah laku yang baik. Manakala makanan yang haram ialah makanan yang ditegah oleh syarak dan boleh membawa kepada kemudaratan kesihatan tubuh badan.

ALLAH melarang umatnya makan makanan yang haram kerana boleh memudaratkan tubuh badan. Mendatangkan penyakit yang berbahaya. Anggota badan menjadi lemah dan tidak bertenaga. Makanan haram mempengaruhi perangai seseorang ke arah keburukan.

Kesan daripada memakan makanan haram ialah mendapat azab daripada ALLAH, boleh melemahkan tubuh badan, merosakkan akal fikiran dan hati menjadi mati dan kotor. Inilah sebabnya kenapa makanan halal itu sangat penting dalam kehidupan umat Islam.

Nabi SAW bersabda: “Tiap tubuh yang tumbuh daripada (makanan) yang haram maka api neraka lebih utama membakarnya.” (Riwayat Ath Thabrani).

Semoga isu halal dan haram berkaitan makanan ini sentiasa dalam pandangan dan perhatian orang ramai terutama umat Islam. Pihak Jakim juga mestilah sentiasa memantau restoran, terutama di pusat beli-belah yang menyediakan makanan kepada orang ramai.

Dari segi pelancongan kalangan pelancong dari negara Timur Tengah dan pelancong yang beragama Islam juga sentiasa melihat logo halal Jakim yang dipaparkan sebelum makan di sesebuah restoran yang menyediakan makanan kepada orang ramai khususnya pelanggan di pusat beli-belah.

Nabi SAW bersabda: “Wahai Sa’ad, perbaikilah (murnikanlah) makananmu nescaya, kamu menjadi orang yang terkabul doanya.

Demi yang jiwa Muhammad dalam genggaman-Nya. Sesungguhnya, seorang hamba melontarkan sesuap makanan yang haram ke dalam perutnya; maka tidak akan diterima amal kebaikannya selama empat puluh hari. Sesiapapun yang dagingnya tumbuh dari yang haram; maka api neraka lebih layak membakarnya." (Riwayat Ath Thabrani).

Justeru, sama-samalah kita memikirkan tentang makanan yang halal dan haram ini yang memberikan impak besar dalam kehidupan kita di dunia dan akhirat.


DR AMINUDIN MANSOR
* Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik dari blog beliau sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar Harian Online.

untuk perkongsian info bersama Sumber daripada sini
 logo halal
antara logo-loga halal yang tidak dibenarkan

MISTERI KEBAKARAN DUA SEKOLAH PADA 03/03/2014

♠ Posted by amsran in ,
Bermulanya musim kemarau dan cuaca panas menyebabkan banyak kebakaran berlaku.

samaada kebetulan atau sengaja dilakukan.kebakaran SK gadong, Beaufort dan SK Kiulu, Tampaluri boleh dikatakan satu misteri terbakar pada hari yang sama iaitu pada 03/03/2014. walau pun berada di daerah yang berbeza dan jauh. 

Di SK Gadong ceritanya bermula sekumpulan pelajar dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gadong, di sini, yang menjalani latihan sepak takraw terkejut apabila menyedari beberapa blok bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Gadong yang terletak bersebelahan sekolah mereka terbakar dan dalam kejadian jam 3 petang, dua blok menempatkan bilik guru, pusat sumber dan stor sukan musnah dalam kebakaran itu.Menurut saksi yang juga guru di SMK Gadong, Abd Manan Abd Rahman, 40, dia bersama 10 pelajar melakukan latihan sepak takraw di gelanggang bersebelahan dengan sekolah rendah.“Ketika mahu memulakan latihan, kami menyedari kepulan asap terbit dari blok bangunan kayu sekolah berkenaan, namun tidak menyangka sebarang perkara buruk berlaku.“Beberapa pelajar kemudian menjerit apabila melihat api menjulang tinggi dari blok berkenaan sebelum menghubungi bomba,” katanya.Katanya, beberapa pelajar cuba membantu, tetapi bahang api yang kuat menyebabkan mereka gagal berbuat apa-apa.“Saya difahamkan, pasukan penyelamat turut mengalami masalah tekanan air rendah ketika berusaha memadamkan kebakaran, namun api berjaya dikawal.“Ketika kejadian, tiada murid di sekolah kerana sekolah rendah terbabit hanya beroperasi pada sebelah pagi,” katanya.Sementara itu, Ketua Unit Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Mohd Affendy Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.14 petang dan tiba di lokasi pada 3.33 petang.

. Manaklah di SK Kiulu pula Kira-kira 200 murid dan 20 guru termasuk kakitangan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Kiulu terselamat apabila sekolah diduduki mereka terbakar dalam kejadian jam 1.30 petang tadi. Dalam kejadian itu,sebanyak dua jentera bersama 12 anggota dari Balai Bomba Tuaran dikejarkan ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan pada jam 1.55 petang. kebakaran membabitkan tiga blok itu berjaya dikawal daripada terus merebak ke bangunan lain.

 apapun syukur kedua-dua kebakaran tersebut tiada ada kemalangan jiwa berlaku.

Gambar-gambar kebakaran SK Gadong

kebakaran
 Guru-guru SK Gadong hanya mampu melihat bilik guru dan pusat sumber sekolah terbakar


kebakaran
Mula terbakar

sekolah terbakar
 Api capat menghanguskan bangunan pusat sumber SK Gadong

sekolah trbakar 
Orang ramai datang melihat kebakaran tersebut

 sekolah terbakar 
kebakaran merebak

 sekolah terbakar 
 Api berjaya dipadamkan oleh Anggota Bomba dan Penyelamat

 sekolah terbakar
 Dua (2) buah blok habis rentung terbakar.




Gambar- gambar kebakaran SK. Kiulu , Tampaluri
 

sekolah terbakar
 Api membakar bangunan sekolah


sekolah terbakar
 sebahagian orang awam yang tinggal berhampiran cuba menyelamat kan harta benda sekolah


sekolah terbakar 
 api menghanguskan sebuah blok SK Kiulu

 sekolah terbakar 
 cuaca yang panas mempercepatkan lagi bangunan hangus terbakar

sekolah terbakar 
beberapan barang-barang berharga sempat diselamatkan oleh orang awam

 sekolah terbakar
 bangunan hangus



sekolah terbakar
setelah api berjaya dipadamkan

Cerita tempat lain pula Sebuah kereta kaunter bergerak Telekom Malaysia(TM) Terbakar berhampiran sebuah masjid di kampung Lumat jalan Beaufort - Membakut kira-kira jam 1.30 petang. pada 06/03/2014. Anggota Bomba dan Penyelamat daripada Beaufort sampai ditempat kejadian untuk memadam api daripada kereta tersebut.

kereta terbakar

kereta terbakar
kereta terbakar
kereta terbakar


ULAR GERGASI TELAN BABI HUTAN

♠ Posted by amsran in


SIPTANG, SABAH : Vedio amatur ular sawa yang besar ini telah di rakam oleh perkerja yang membersihkan kawasan tapak kilang baja urea (samur) Sipitang. ular ni boleh telan 2 orang menusia dalam satu-satu masa, kira besar ni..

U/P : vedio ini saya dapat daripada kawan-kawan yang hadir kursus RELA di dewan serbaguna sipitang.... AWAS KAWAN SEMAK DI BELAKANG RUMAH MANA TAHU ADA..HEE

Skirt mini juga porno

♠ Posted by amsran in ,
Skirt mini
Skirt mini
Selepas menubuhkan pasukan penguatkuasaan antipornografi, Menteri Hal Ehwal Agama, Suryadharma Ali, di Jarkarta Indonesia berkata skirt yang di atas paras lutut mungkin tergolong dalam definisi bahan pornografi. 

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya akan mengatur mesyuarat dengan pihak yang mempunyai kepentingan berbeza daripada orang ramai, untuk mendapatkan input mengenai bagaimana mereka memahami pornografi. “Saya pasti mereka mempunyai definisi yang berbeza mengenainya,” kata Suryadharma.

Beliau yang dilantik oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono untuk memastikan badan itu beroperasi, memberitahi Persidangan Suruhanjaya Dewan Rakyat VIII mengenai Hal Ehwal Agama dan Sosial semalam, satu set kriteria universal untuk mentakrif sesuatu sebagai pornografi perlu diwujudkan dan satu daripadanya ialah skirt mini.
Skirt mini
Skirt mini
“Apabila standard pornografi itu sudah ditentukan, ia akan dikuatkuasakan di seluruh negara meliputi semua etnik,” katanya. Untuk mencegah pengedaran bahan-bahan porno di seluruh negara, Susilo. baru-baru ini menubuhkan satu pasukan petugas dalam pengurusan dan pencegahan pornografi sebagai satu badan untuk melaksanakan Undang-undang Pornografi 2008


Susilo melantik Menteri Penyelaras Kebajikan Rakyat, Agung Laksono untuk mengetuai pasukan petugas dan Menteri Hal Ehwal Agama, Suryadharma Ali untuk menguruskan hal operasi harian.

Ahli pasukan petugas termasuk anggota Kabinet yang lain, seperti Menteri Penerangan dan Teknologi, Tifatul Sembiring, Menteri Undang-undang dan Hak Asasi Manusia, Amir Syamsuddin, Menteri Memperkasa Wanita dan Perlindungan Kanak-kanak, Linda Gumlar, Menteri Pelajaran dan Budaya, Muhammad Nuh dan Menteri Dalam Negeri, Gamawan Fauzi. - JP


P/S : WAYANG2 DARI NEGARA JIRAN NI JUGA PERLU DI PERHALUSI PENAPISANNYA...KAN!! KAN!!

Kembar pertama tukar jantina

♠ Posted by amsran in ,
Kembar pertama tukar jantina
Kembar pertama tukar jantina
Dua wanita muda dari Shanghai China menjalani pembedahan pertukaran jantina di hospital Shanghai berharap akan menjadi pasangan kembar pertama di dunia menukar jantina. Dua beradik kembar berusia 25 tahun dari wilayah barat daya di Yunnan itu menjalani pembedahan awal di hospital tentera di Shanghai. “Pembedahan peringkat awal terhadap kembar itu berjaya,” kata pakar bedah, Zhao Yede. “Mereka berazam untuk bekerja keras dan menyimpan wang supaya dapat menjalani fasa akhir pembedahan,” katanya. - AP


P/S : BOLEH KE MAIN TUKAR JANTINA NI...?? DASYAT...

sewa kereta kebal

♠ Posted by amsran in ,
sewa kereta kebal
sewa kereta kebal
New Zealand - Christchurch Sebuah syarikat di sini, menawarkan kemudahan untuk pelancong asing menyewa kereta kebal dan memusnahkan kereta dengan melanggar. Antara kereta kebal yang ditawarkan untuk disewa itu ialah Centurion buatan Britain yang seberat 52 tan dan menggunakan enjin Rolls-Royce V-12. Kereta kebal itu digunakan di Vietnam pada awal tahun 1970-an.

"Saya berpendapat, ia akan melegakan tekanan dengan menggunakan kereta kebal untuk memusnahkan sesuatu," kata pemilik kereta kebal berkenaan, Jonathan Lahy-Neary. "Jika anda menempuh hari yang buruk, ia merupakan pelega tekanan yang baik," tambahnya. Terdapat juga kereta kebal semasa Kesatuan Soviet, T-55 yang turut ditawarkan kepada para pelancong. Menurut Lahy-Neary, para pelanggannya terdiri daripada remaja sehingga penduduk yang berusia 80 tahun yang menyewa semasa meraikan hari kelahiran mereka.
sewa kereta kebal
sewa kereta kebal
Bayaran sewa yang dikenakan ialah sebanyak NZ$450 persamaan RM1,125.84 ringgit Malaysia jika memandu kereta kebal selama 15 minit dan tambahan sebanyak NZ$395 persamaaan RM988.31 ringgit Malaysia apabila ia digunakan untuk memusnahkan kereta. Menurut Lahy-Neary, mengimport kereta kebal itu ke New Zealand lebih sukar berbanding membelinya. Katanya, beliau pernah berdepan dengan para pegawai polis dan kastam yang tidak tahu untuk menguruskan permintaannya. - AFP- KOSMO

P/S: BOLEH PANDU KERETA KEBAL DAN  TEMBAK GUNA MERIAM ???

Anak anjing terkecil di dunia

♠ Posted by amsran in ,
anak anjing terkecil
anak anjing
Amerika Syarikat (AS) - Di Sacramento seekor anak anjing betina yang diberi nama penyanyi terkenal, Beyonce mungkin yang terkecil di dunia. Beberapa penyelidik haiwan di California Utara menyatakan anjing tersebut terlalu kecil sehingga ia boleh diletakkan di atas sebatang sudu.

 Semasa berumur dua minggu, haiwan itu mempunyai saiz sebesar sekeping kad perniagaan. Yayasan Grace menyatakan pihak agensi kawalan haiwan menjaga ibu Beyonce. Ibu haiwan itu melahirkan lima anak anjing termasuk Beyonce pada 8 Mac lalu.

anak anjing terkecil
anak anjing
Semasa dilahirkan, degupan jantung anak anjing itu tidak kedengaran. Pakar-pakar haiwan terpaksa menekan dada dan melakukan pernafasan dari mulut ke mulut untuk menghidupkan anak anjing tersebut. Pihak yayasan itu telah membuat permohonan kepada Guinness World Records untuk disenaraikan sebagai anjing terkecil di dunia. - AGENSI-kosmo

P/S ; KECIK KE NI... AGAK-AGAK BILA DAH BESAR NANTI MACAM MANA RUPANYA?

Bakar Diri

♠ Posted by amsran in
BAKAR DIRI
Di NEW DELHI -Tindakan Seorang penduduk Tibet, Janphel Yeshi yang membakar dirinya berlari ke sebatang jalan di New Delhi semalam. Dia melakukan perbuatan itu bagi menyatakan bantahan terhadap Presiden China, Hu Jintao yang akan melawat India.

Dia menjerit semasa api membakar baju dan seluarnya


Penduduk Tibet tersebut, Janphel Yeshi, 27, melakukan perbuatan itu di Jantar Mantar yang merupakan tempat perhimpunan awam dan demonstrasi. Beberapa saksi berkata, dia yang memakai baju dan seluar panjang menjerit semasa api membakar tubuhnya. Menurut seorang ahli perniagaan Tibet, Nyima Tashi, Yeshi kemudian terjatuh selepas dia berlari. "Kami semua terkejut," katanya yang berusia 39 tahun. "Salah seorang penyokong kami membaling sehelai kot ke arahnya sebagai usaha untuk memadamkan kebakaran.

"Polis kemudian menghantarnya ke hospital," tambahnya. Tashi berkata, dia pernah melihat Yeshi menghadiri perhimpunan bagi menuntut kebebasan Tibet. "Kami menentang penguasaan China ke atas Tibet, kekurangan kebebasan agama dan hak asasi," jelasnya. Seorang pegawai polis berkata, 85 peratus tubuhnya melecur.

Menurut Dr, R.K. Doshi di Unit Kecemasan Hospital Ram Manohar Lohia, beberapa kakitangan perubatan berusaha untuk menyelamatkan nyawa Yeshi. "Keadaan dirinya amat kritikal. Peluang untuknya hidup amat tipis," katanya. Sebilangan aktivis Tibet berkata, Yeshi merupakan penganggur yang telah merancang untuk melakukan perbuatan tersebut sejak beberapa hari lalu.

Menurut mereka, lelaki itu tiba di lokasi penunjuk perasaan dengan membawa botol mengandungi minyak tanah yang digunakan untuk membakar dirinya. Dia melarikan diri dari Tibet pada tahun 2006 dan tinggal di sini sejak dua tahun lalu. -kosmo

P/S : SAYANGILAH DIRI ANDA!!

Lelaki takut diperkosa wanita

♠ Posted by amsran in
dirogol wanita

LUAR NEGARA di MASHAVA, Zimbabwe - Susan Dhliwayo tergamam ketika dia memberhentikan keretanya kerana ikhlas mahu menumpangkan sekumpulan pengembara lelaki baru-baru ini tetapi mereka menolak pelawaannya.

DUA beradik, Sophie Nhokwara, (kiri) dan Netsai (kanan) serta Rosemary (dua dari kanan) yang berdepan dakwaan menyerang 17 pengembara lelaki, berjalan di luar sebuah mahkamah di Harare, Zimbabwe pada 29 November tahun lalu.

Puncanya adalah kerana lelaki itu bimbang akan dirogol. Zimbabwe kini digemparkan dengan laporan sensasi bahawa terdapat geng wanita cantik merogol beberapa pengembara lelaki dan meletakkan sperma mereka di dalam kondom bagi tujuan ilmu hitam.
 
"Sekarang ini, lelaki takut kepada wanita," kata Dhliwayo yang berusia 19 tahun. Menurutnya, para pengembara tidak akan menaiki kereta yang dipandu wanita kerana mereka tidak mempercayai lagi kaum Hawa itu. Media Zimbabwe sebelum ini melaporkan beberapa lelaki yang ditemui di lebuh raya telah diberi ubat tidur, diugut dengan menggunakan pistol atau pisau dan diberikan ubat perangsang seks sebelum mereka dirogol berulang kali dan ditinggalkan di tepi jalan.

Berita tentang kumpulan perogol itu yang digelar 'pemburu sperma', pertama kali disiarkan di dada akhbar tempatan pada tahun 2009. Namun, sehingga kini, polis hanya berjaya menangkap tiga wanita yang ditahan bersama satu beg plastik berisi 31 kondom terpakai. Mereka didakwa kerana memperkosa 17 lelaki. Tiga orang yang ditangkap itu terdiri daripada Sophie Nhokwara, 26 dan adiknya, Netsai, 24, serta Rosemary Chakwizira, 28. "Kami tidak tahu jumlah sebenar kes rogol seperti ini," kata jurucakap polis, Wayne Bvudzijena. "Kebanyakan kes ini berlaku apabila mangsa menumpang kenderaan persendirian. Kami menggalakkan orang ramai agar menggunakan kenderaan awam." Menurutnya, tujuan sperma itu diambil si mangsa masih tidak jelas tetapi ia dipercayai digunakan dalam amalan sihir yang dikenali sebagai 'juju' atau upacara membawa tuah termasuk bagi tujuaan mendatangkan kekayaan, melariskan perniagaan dan mengelak penjenayah daripada dikesan.

"Isu ini sukar untuk difahami," kata pakar sosiologi Universiti Zimbabwe, Watch Ruparanganda. "Apa yang jelas sperma ini digunakan dalam upacara ilmu hitam," tambahnya. Ruparanganda berkata, beliau hairan apabila mendapati sperma menjadi barangan komoditi ketika dia sedang melakukan kajian sosial di Harare tujuh tahun lalu. Dia diberitahu oleh remaja jalanan bahawa ahli-ahli perniagaan akan membawa mereka ke hotel bagi tujuan seks. Seorang pemuda berusia 24 tahun, Tende Marahu turut mengesahkan perkara tersebut. Menurutnya, beberapa lelaki dan wanita datang untuk mengambil lelaki di kawasan kejiranannya bagi mendapatkan sperma yang dikumpulkan dalam kondom selepas mereka melakukan hubungan seks.

"Perkara ini telah lama berlaku," katanya. Amalan songsang tersebut turut dikecam Persatuan Pengamal Perubatan Tradisonal Zimbabwe. "Kami percaya amalan ini adalah sihir dan kami mengecamnya," kata jurucakap persatuan berkenaan, George Kandiyero. Menurutnya, pemburu sperma tidak akan mengambil sperma kekasih atau suami mereka untuk upacara juju kerana ia boleh memudaratkan lelaki itu. - AFP

p/s : kalau di Malaysia ni ada mcm ni apa jadi?????

SOTONG TERBESAR DI TEMUI

♠ Posted by amsran in
SOTONG BESAR
SOTONG BESAR

SOTONG BESAR
SOTONG BESAR

SOTONG BESAR
SOTONG BESAR

SOTONG BESAR
SOTONG BESAR

SOTONG BESAR
SOTONG BESAR

P/S : BESAR LH PUNYA SOTONG... BOLEH BUAT BEKALAN UTUK 1 TAHUN NI..

IKAN BERUPA PELIK DITEMUI

♠ Posted by amsran in
IKAN PELIK

 IKAN TERBANG AGAKNYA





SPESIS IKAN BUNTAL

IKAN PELIK

INI LAH LAGI SEPERTI BOBLE GUM..H


IKAN PELIK

SESANGAT PELIK IKAN NI..


IKAN PELIK BESAR DI TANGKAP DI SARAWAK..


IKAN KE NAGA NI..


IKAN????

IKAN PELIK

 MENAKUTKAN IKAN INI..

ALK .. MAK  IKAN GORENG NI
NI BUATKAN PERUT LAPAR...
MAKAN DULU YA..HEE





RANDOM POSTS