10 Mac 2015- Semasa dalam pejalanan pulang daripada tempat kerja sempat singgah di tepi jalan berhampiran dengan kilang dan ladang kelapa sawit Borneo Samudera Lumadan Beaufort untuk membeli Cendawan Kelapa Sawit sebungkus RM 2.50 belilah 2 bungkus.Memang sedap cendawan kelapa sawit ni kalau di masak rebus lagi-lagi jarang-jarang dapat makan ni.
![]() |
| Oil Plam Mushroom (cendawan kelapa sawit) |
Resepi Cendawan Kelapa Sawit :
- Cendawan tadi dibasuh,dibersihkan dan rendam dalam air seketika untuk menghilangkan pasir yang melekat pada batang cendawan tersebut. kemudian letak tepi.
- Potong 2 ulas bawang putih, 1 biji bawang merah, 3 tangkai cili padi. Seperti biasa semua bahan ni dimayang dan dipotong-potong kecil.
- Kemudian panaskan minyak masak, tumis bahan-bahan yang dipotong kecil tadi tu sehingga naik bau harum.
- Kemudian cepat-cepat masukkan cendawan yang sudah dibersihkan itu. Masukkan jugak bahan perasa lain saya letak kiub Peti Ayam Maggi , sebatikan rasa sehingga cendawan tu masak.
Siap dihidangkan untuk makan malam. Kuah sup rebusan cendawan ni habis dihirup...
