♠ Posted by amsran in BUNGA KERTAS,BUNGA KERTAS BERBAGAI WARNA,BUNGA KERTAS CANTIK,Bunga kertas cantuman pelbagai warna,HISAN LAMAN RUMAH
Pagi ini sempat juga saya ambil gambar pokok bunga kertas pak cik Hasan jiran sebelah rumah. Pokok Bunga Kertas (bahasa Inggeris: "bougainvillea") mempunyai bunga berwarna-warni yang berkembang sepanjang tahun dan oleh itu, telah menjadi pilihan tanaman hiasan tropika yang sangat popular. Kerana minat dan hobi pak cik Hasan berjaya menghasilkan pokok bunga kertas pelbagai warna daripada cantuman beberapa jenis pokok bunga kertas yang berlainan warna dan jenis.
Saya percaya ini merupakan hasil daya usaha pak cik Hasan sendiri yang berpandukan GOOGLE dan YOUTUBE kerana dari segi assessment through observation saya, dia seorang yang cepat belajar dan akan berusaha untuk melaksanakan sesuatu perkara sehingga berjaya . Logiknya mana ada masa dia hadir bengkel dan kelas tanaman pokok bunga kertas dan belajar teknik cantuman namun akhirnya dia berjaya mempelajari teknik tersebut. Apa pun..jom.. Ini merupakan antara gambar pokok bunga kertas yang berjaya diambil.
![]() |
| Pokok bunga kertas ini telah berjaya dicantum dengan pelbagai warna |
![]() |
| Jarang dapat jumpa bunga kertas yang ada lebih dari 1 warna |
P/S : kena publish balik post tajuk ni sebab semalam di delete permanently oleh baby Alya..

