♠ Posted by amsran in FENOMENA CUACA SEJUK at 12:59 PTG
FENOMENA CUACA SEJUK |
Sabah mengalami fenomena cuaca sejuk apabila beberapa daerah mencatatkan suhu sejuk antara 15 hingga 21 darjah selsius di antara jam 5 hingga 7 pagi. Menurut Pengarah Metereologi Sabah, Azemi Daud, Februari adalah antara bulan paling sejuk di Malaysia termasuk di Sabah ekoran Monsun Timur Laut yang dijangka berakhir pada Mac 2017. Beliau turut memaklumkan pejabat meteorologi di Ranau mencatat suhu terendah iaitu 15 darjah selsius, diikuti Keningau 16 darjah selsius, Kudat 20 darjah selsius, manakala Kota Kinabalu dengan suhu 21 darjah selsius untuk hari ini. Katanya, antara punca utama penurunan suhu adalah disebabkan oleh tiupan angin sejuk bertekanan tinggi yang datang dari Siberia merentasi negara rantau Asia Tenggara termasuk Sabah. “Selain itu, faktor kedudukan geografi dan fenomena lain seperti fenomena penyejukan bumi biasa pada tahap maksimum berlaku semasa cuaca baik atau kurangnya awan terbentuk pada waktu malam menyumbang kepada keadaan ini. “Pejabat Meteorologi Sabah juga akan terus memantau keadaan cuaca ini,”katanya ketika ditemui dipejabatnya pada Rabu./PENERANGAN-
Di harap maklumat daripada keratan ahkbar di atas sedikit sebanyak dapat menerangkan punca cuaca sejuk ini..Sejuk tu di Ranau mencecah 15 darjah selsius. Orang Ranau sama kaningau sabar-sabar kamu. beli saja selimut toto yang tebal.hee.
sumber/bacaan lanjut: https://www.sayangsabah.com/sabah-alami-fenomena-cuaca-sejuk-hingga-mac/
0 ulasan:
Catat Ulasan
SILA TINGGALKAN PESANAN ANDA DISINI.. Amsran.Com AKAN DATANG MELAWAT BLOG ANDA