Blog perkongsian maklumat dan isu semasa terkini

MASALAH KEKURANGAN MINYAK MASAK

♠ Posted by amsran in at 10:33 PG
MASALAH KEKURANGAN MINYAK MASAK
ORANG RAMAI SEDIA BERKUMPUL DI PASAR AM SIPITANG UNTUK MEMBELI MINYAK MASAK YANG AKAN DIJUAL OLEH  KPDNKK DENGAN HAD JUALAN SEORANG 2 KILO MINYAK MASAK

MASALAH KEKURANGAN MINYAK MASAK
BEREBUT UNTUK MEMBELI MINYAK MASAK DI PASAR AM SIPITANG
Hari ni terkejut melihat ramai penduduk daerah Sipitang berkumpul di pasar AM Sipitang. Admin turun sekejap untuk melihat kenapa begitu ramai orang rupa-rupanya ni.. semua nak membeli minyak masak yang dijual oleh KPDNKK dengan had limit seorang 2 kilo sahaja. Rupa-rupanya isu kekurang minyak masak pula Sabah dan Sarawak ketika ini...wwoo..jom kita bca sedikit keratan akhbar online daripada http://malaysiandigest.com
Pengguna di Sabah dan Sarawak yang masih berdepan dengan masalah kekurangan minyak masak disarankan supaya tidak panik dan bimbang memandangkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan kepenggunaan (KPDNKK) sedang giat untuk mengatasi isu tersebut.
Sepertimana tujuan asal kerajaan melaksanakan penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS) adalah memastikan hak golongan sasar terjamin dan masalah penyelewengan minyak masak dapat diatasi, maka usaha ke arah itu sentiasa diutamakan oleh KPDNKK.
Dalam laporan Malaysian Digest sebelum ini menyatakan masalah kekurangan minyak masak di kawasan Malaysia Timur itu berpunca daripada beberapa faktor antaranya kegiatan penyeludupan, masalah pengangkutan, sikap tamak pembeli, sabotaj serta kekurangan syarikat pembungkus di beberapa daerah di Sekitar Sabah dan Sarawak.
Pengarah KPDNKK Sabah, Yahya Sulaiman dalam laporan Daily Express pada 6 Januari lalu turut menjelaskan beberapa punca yang mengakibatkan minyak masak bersubsidi dalam pasaran di Malaysia Timur sukar diperolehi.
"Salah satu sebab kekurangan (minyak masak) di sini adalah disebabkan oleh kekurangan syarikat pembungkus semula.
"Hanya ada satu di sini (Kota Kinabalu) dan syarikat itu juga memenuhi keperluan bekalan untuk mereka yang berada di kawasan pedalaman seperti Tenom, Keningau dan Kota Marudu,” katanya dipetik sebagai berkata.
Kata Yahya juga, kementeriannya percaya bahawa masalah itu berpunca daripada segelintir pihak yang menyalahguna lesen perniagaan mereka untuk membeli minyak masak dan menjualnya kepada restoran.
"Walaupun minyak masak dalam paket 1 kilogram (kg) untuk tujuan di rumah, kami mendapati bahawa terdapat kedai-kedai makan yang menggunakan minyak masak bersubsidi,” katanya, selain menjelaskan bahawa keadaan cuaca buruk juga telah melambatkan penghantaran minyak masak pada sambutan Krismas dan musim cuti Tahun Baharu lalu.
Terdahulu, Penolong Hal Ehwal Pengguna Daerah (PHEPD) Ranau, Halimin Saping berkata terdapat hanya 26 syarikat pembungkus semula minyak masak di Sabah, yang mana hanya satu di Kota Kinabalu untuk memenuhi keperluan pengguna di kawasan Pantai Barat.
Untuk menangani masalah ini, beberapa langkah drastik dan bersepadu telah diambil oleh KPDNKK antaranya merangka satu formula baharu bagi memastikan kitaran peredaran minyak masak bersubsidi di pasaran tempatan dapat dijalankan secara sistematik.
Selain itu, KPDNKK turut mengumumkan penambahan kuota minyak masak di Sarawak untuk menampung permintaan pengguna.
Sementara, Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee menggesa kerjasama daripada orang ramai supaya menyertai sukarelawan ‘Friends of KPDNKK’ (FOK) bagi menjamin masalah berkaitan kepenggunaan dapat diselesaikan dengan lebih efisen.
“Banyak program yang diolah dan dilaksanakan oleh kerajaan melalui KPDNKK untuk memastikan hak pengguna di negara ini terjamin,” katanya.
Orang ramai yang berminat untuk menjadi sukarelawan FOK boleh melayari laman sesawang rasmi KPDNKK di http://friendsofkpdnkk.kpdnkk.gov.my/.


PATUTLAH !!!! banyak yang macik-macik yang bejual kuih dan nasi lemak tutup sementara waktu. rupanya tiada minyak masak.. kesian... admin tidak terasa atau terjejas dengan isu kekurangan minyak masak di pasaran kerana menjadi kebiasaan akan membeli minyak masak dalam kuantiti yang banyak boleh mencapai 3 hingga 4 bulan, sebagai stok. 

Apa pun semoga masalah ini dapat diatasi secepat yang mingkin. kerana ramai yang terjejas dengan masalah kekurang minyak masak di pasaran dan sepatutnya negara kita tidak akan timbul masalah ini kerana negara kita adalah salah satu  pengeluar minyak masak.

sumber :http://malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/652948-punca-kekurangan-minyak-masak-di-sabah-s-wak-langkah-kpdnkk-dan-saranan-kepada-pengguna.html

0 ulasan:

Catat Ulasan

SILA TINGGALKAN PESANAN ANDA DISINI.. Amsran.Com AKAN DATANG MELAWAT BLOG ANDA

RANDOM POSTS