♠ Posted by amsran in KERETA API,SEJARAH JABATAN KERETA API SABAH at 2:03 PTG
Post kali ni berkitan tinjauan perkhidamatan Jabatan Kereta Api Negeri Sabah. Jabatan Kereta Api Negeri Sabah (JKNS) merupakan sebuah jabatan dalam Kerajaan Negeri Sabah, Malaysia, yang mengendalikan sistem rangkaian kereta api di Sabah. Ia merupakan satu-satunya sistem pengangkutan kereta api yang beroperasi di pulau Borneo. Landasan kereta api adalah sepanjang 134 km dari Tanjung Aru, berhampiran Kota Kinabalu, ke pekan Tenom, di Bahagian Pedalaman. Sebelum ini, ia dikenali sebagai Perkhidmatan Kereta Api Borneo Utara.
1896 – Pembinaan landasan keretapi Sabah yang pertama bermula di Bukau yang diketuai oleh Jurutera Inggeris, Arthur J. West. Landasan sepanjang 32 km dibina dari Beaufort ke Weston dan siap sepenuhnya pada tahun 1900.
1896 – Pembinaan landasan keretapi Sabah yang pertama bermula di Bukau yang diketuai oleh Jurutera Inggeris, Arthur J. West. Landasan sepanjang 32 km dibina dari Beaufort ke Weston dan siap sepenuhnya pada tahun 1900.
Ladasan kereta api pertama di kg. Bukau pada tahun 1896
Pembinaan landasan kereta api bermula tahun 1896 di bawah perintah jurutera Arthur J. West bersama pembantunya Gaunon seorang Murut yang berasal dari Keningau. Landasan kereta api ini
dibina oleh pekerja yang dibawa dari Jepun diketuai oleh Akira. Pada
asalnya ia dibina bagi mengangkut tembakau
dari pedalaman ke kawasan pantai untuk dieksport. Landasan pertama yang
dibina adalah sepanjang 32 km dari Sungai Bukau di utara Beaufort, ke selatan di pelabuhan Weston.
Ia kemudian dipanjangkan sejauh 48 km lagi pada tahun 1903 ke Tenom,
siap pada tahun 1905. Landasan dipanjangkan lagi pada tahun 1906 dari
Tenom ke Melalap
sejauh 16 km. Jurutera Arthur J. West juga bercadang membina satu lagi
rangkaian landasan kereta api menuju ke Keningau tetapi beliau telah
ditukarkan ke Australia menyebabkan pembinaan tersebut tergendala.
Enjin berkuasa wap zaman British North Borneo – 1900
kereta api sekarang yang digunakan
Pada masa yang sama, kerja-kerja pembinaan landasan dari Beaufort ke Jesselton
(kini Kota Kinabalu) siap pada tahun 1903, dibina berhampiran kawasan
pantai. Rangkaian yang sudah siap adalah sepanjang 193 km. Namun, hampir
keseluruhan rangkaian dimusnahkan semasa Perang Dunia Kedua.
Pada tahun 1945, 24 Kumpulan Briged Infantri Australia mengendalikan
rangkaian kereta api. Tenaga lokomotif yang digunakan terdiri daripada Jeep yang diubah suai.
Perkhidmatan Kereta Api Borneo Utara menjalankan satu program
pemulihan rangkaian serta menambah baik perkhidmatan pada tahun 1949
serta pada tahun 1960. Namun demikian, pada tahun 1963 laluan cabang ke
Weston telah ditutup, begitu juga dengan laluan ke Melalap pada tahun
1970. Kos operasi di laluan yang jarang digunakan serta pembinaan jalan
raya baharu menjadikan situasi bertambah parah. Pada tahun 1974 laluan
utama juga dipotong dari Kota Kinabalu ke Tanjung Aru.
stesen kereta api beaufort pada tahun
stesen kereta api beaufort sekarang
Laluan kereta api telah ditutup pada tahun 2007 bagi kerja-kerja
penyelenggaraan serta baik pulih. Keseluruhan laluan Tg Aru-Tenom dibuka
semula pada 21 Februari 2011 dan perjalanan bakal mengambil masa selama
2 jam 15 minit pada kelajuan purata 80 km/j berbanding 50 km/j sebelum ini. Perkhidmatan kereta api kali ini menggunakan lokomotif baharu yang lebih berkuasa keluaran China Railway Co. bagi menggantikan lokomotif lama Hitachi.
stesen Tenom dulu
stesen Tenom Sekarang
Terdapat 14 stesen kesemuanya antara Sembulan ke Tenom:
Sekretariat-Tg
Aru-Putatan-Kinarut-Kawang-Papar-Kimanis-Bongawan-Membakut-Beaufort-Saliwangan
Baru-Halogilat-Rayoh-Pangi-Tenom.
Laluan
- Tanjung Aru
- Putatan
- Kinarut
- Kawang
- Papar
- Bongawan
- Membakut
- Beaufort
- Saliwangan
- Halogilat
- Rayoh
- Pangi
- Tenom
Aspek pentadbiran
Rangkaian kereta api ini dikendalikan sepenuhnya oleh Jabatan Kereta Api Negeri Sabah (JKNS), sebuah jabatan dalam Kerajaan Negeri Sabah. Kerja baik pulih landasan dilakukan dengan kerjasama Keretapi Tanah Melayu,
syarikat milik penuh Kerajaan Persekutuan yang mengendalikan rangkaian
kereta api di Semenanjung Malaysia. Sungguhpun demikian, JKNS beroperasi
dan ditadbirkan sebagai sebuah badan yang berasingan daripada KTM,
serta menggunakan peralatan pengendalian yang berbeza.[ KLIK SINI ] untuk pautan terus ke laman Jabatan Kereta Api Negeri Sabah.
Senarai Pengarah Jabatan Kereta Api Negeri Sabah
Tahun | Nama Pengarah Jabatan |
---|---|
1896 – 1945 | tiada rekod ditemui |
1945 – 1950 | En. Lougi |
1950 – 1957 | En. Harry Jetford |
1957 – 1963 | En. A.F. Lucorotti |
1963 – 1978 | Datuk Wong Len Hin |
1978 – 1988 | En. Daniel Wong Thien Sung |
1989 – 1994 | Datuk Mohd. Tahir Jaafar |
1994 – 1997 | Datuk Hj. H.A. Majin |
1998 | Ir. Datuk Cosmas Abah (6 bulan) |
1998 - 2006 | Ir. Benny Wang |
2006 - 2008 | Ir. James Wong, P. Eng. |
2008 - 2010 | En. Mohd. Arshad Hj. Abd. Razak |
2010 - sekarang | Tuan Hj. Mohd Zain bin Hj. Mohd Said |
Riadah dan Pelancongan
Masa hadapan perkhidmatan kereta api ini semakin cerah berikutan peningkatan penggunaan oleh pelancong asing. Jajaran Beaufort - Tenom yang melalui jeram Sungai Padas menawarkan satu pemandangan yang sangat menarik. Tambahan pula, perkhidmatan kereta api itu sendiri turut menjadi tarikan pelancong, dan kereta api pelancong bersejarah North Borneo Railway dikendalikan oleh Sutera Harbour untuk menakluki pasaran pelancongan di Sabah. Dengan tarikan Sabah sebagai destinasi kembara, penggunaan kereta api oleh pelancong dijangka terus meningkat saban tahun.
berkayak di sungai padas
taman pertanian Tenom
Kemalangan
- Pada 9 April 2008, sebuah kereta api Jabatan Keretapi Negeri Sabah terjunam ke dalam Sungai Padas sedalam 10 meter setelah tergelincir dari landasan akibat tanah runtuh berhampiran Tenom, mengorbankan 2 penumpang.
- Pada 31 Oktober 2011, sebuah kereta api Jabatan keretapi negeri sabah yang membawa 200 penumpang dari stesen Tanjung Aru menuju ke Papar bertembung dengan sebuah lori tangki yang dikatakan cuba menggunakan lintasan kereta api haram di Kepayan, Kota Kinabalu. Pertembungan tersebut menyebabkan satu letupan yang mengakibatkan 12 orang cedera parah dan tiada kematian.
- Seorang pelancong Hong Kong maut, dua lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka dirempuh kereta api di persimpangan Jalan Lintas, berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) Difahamkan, ketika kejadian besi penghadang untuk menutup laluan kereta api tidak berfungsi, tetapi Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) menempatkan pengawal landasan untuk memastikan semua kenderaan berhenti setiap kali kereta api melalui kawasan itu.
Edisi perkongsian kali ini, jika ada terkurang dan terlebih mohon komen daripada pembaca untuk penambahbaikan. Semoga kita mendapat manafaat bersama daripada perkongsian ilmu ini.
sumber :
http://railway.sabah.gov.my/index.php/profil-jkns/latar-belakang-sejarah-jkns/
http://readysaya.blogspot.com/2012/08/sistem-pengangkutan-kereta-api-di-sabah.html
https://ms.wikipedia.org/wiki/Jabatan_Kereta_Api_Negeri_Sabah
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Mautkeretadirempuhkeretaapi/Article/
0 ulasan:
Catat Ulasan
SILA TINGGALKAN PESANAN ANDA DISINI.. Amsran.Com AKAN DATANG MELAWAT BLOG ANDA