♠ Posted by amsran in CASTING DI SUNGAI MEMBAKUT,MUARA SUNGAI MEMBAKUT
MEMANCING DI SUNGAI BINTUKA 25/3/14
♠ Posted by amsran in MEMANCING DI SUNGAI,SUNGAI BINTUKA
![]() |
| IKAN PARI SUNGAI BINTUKA |
Tarikh 25 Mac 2014 satu trip memancing di sungai bintuka bersama encik Saipol, Ejul dan ah cong. telah diatur. kesemua ahli trip ini rakan sekolah semasa di SMK Gadong 2002 dan sekarang masing-masing telah berkerja serta bekeluarga. Betemu semula di sungai Bintuka disebabkan hobi dan minit yang sama iaitu memancing. Apa pun mari kita layan video dan gambar sepanjang acara memancing ini.
TARIKH : 25 MAC 2014
TEMPAT : SUNGAI BINTUKA
AHLI : GENG BUDAK SEMEGA 2002(KELAS 2 HINGGA 5 MAHMUDAH)
EJUL, SAIPOL, AH CONG
video tangkapan ikan pari monster..hee
![]() |
| Sungai Oh!! Sungai bintuka |
![]() |
| ni dia geng semega 2002 |
![]() |
| Tuka-tuka pun di layan |
![]() |
| ikan putih |
![]() |
| utik@baung pun jadi |
![]() |
| ikan putih lagi |
![]() |
| ikan pari |
![]() |
| ikan pari |
Lihat entry lain berkaitan trip memancing di SUNGAI BINTUKA
MEMANCING DI SUNGAI PADAS
Pada 12/03/2013 kira-kira jam 2.00 petang satu trip memancing bersama anak buah Adam untuk mencari Udang Galah sungai Padas Kampung Suasa, Beaufort. Memandangkan sudah beberapa minggu hujan tidak turun dan paras air sungai padas yang semakin cetik, airnya yang tidak kuat arus serta jernih memang sesuai memancing udang galah. disamping itu, sekarang musim udang, ramai kaki pancing setiap petang bersusun memancing di pinggir-pinggir sungai padas.wooo. mariah sungguh susana di tepi sungai padas.... memang dilayan... udang galah ni...
hasil yang di pancing
udang yang di pancing ikan yang dapat
MH 370 SUDAH DIKETAHUI KEDUDUKANYA
♠ Posted by amsran in MISTERI
Sejak kehilangan pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12
anak kapal. Pesawat Boeing 777 tersebut berlepas dari Kuala Lumpur
pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul
6.30 pagi. Berbagai-bagai andaian dan spekulasi dibuat berkitan kehilangan pesawat tersebut antaranya?
01).
Amerika
Syarikat (AS) mendedahkan mempunyai "petunjuk" pesawat MH370 mungkin
terhempas di Lautan Hindi dan sedang menggerakkan kapal USS Kidd ke
kawasan tersebut untuk mencarinya, lapor stesen televisyen ABC News awal
hari ini.Pegawai kanan Pentagon memberitahu stesen televisyen AS itu pihaknya
memerlukan masa 24 jam untuk menggerakkan kapalnya ke kawasan itu. "Kami ada petunjuk pesawat itu terhempas di Lautan Hindi," kata pegawai
kanan berkenaan dipetik berkata mengenai pencarian pesawat Malaysia
Airlines yang hilang pada Sabtu.Pegawai itu berkata, mereka ada petunjuk pesawat itu terbang empat atau
lima jam selepas hilang daripada radar dan mereka percaya ia terhempas
ke dalam laut. Tetapi pihak berkuasa Malaysia menolak teori itu semalam
dengan kedua-dua Malaysia Airlines dan Rolls Royce berkata, data
mengenai enjin berakhir pada 1:07 pagi pada Sabtu, kira-kira 20 minit
sebelum hilang daripada sistem radar awam.
AS mempunyai pangkalan tentera di Diego Garcia yang terletak di Lautan Hindi. Tindakan AS dilakukan beberapa jam selepas pegawai tertinggi Malaysia
berkata mereka memperluaskan misi mencari dan menyelamat ke Laut Andaman
dan meminta bantuan India untuk mencari Boeing 777-200ER dan 239
penumpangnya yang hilang. Penyiasat juga berkata pegawai AS memberikan sebab untuk terus mencari
di kawasan perairan di sebelah barat Malaysia, lebih jauh daripada
laluan pesawat Malaysia Airlines itu. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata “tumpuan
utama pencarian adalah Laut China Selatan” di sebelah timur Malaysia
yang merupakan laluan pesawat dari Kuala Lumpur ke Beijing itu.
Tetapi misi pencarian diperluaskan awal minggu ini ke kawasan perairan
sebelah barat Malaysia selepas radar Tentera Udara Diraja Malaysia
(TUDM) merekodkan pesawat berpatah balik ke semenanjung Malaysia ke arah
Laut Andaman.
Tetapi sehingga kini masih belum disahkan sama ada pesawat yang dikesan itu merupakan MH370 yang hilang pada 8 Mac."Kita sedang bekerjasama rapat dengan FAA dan NTSB tentang isu
kemungkinan patah balik itu," kata Hishammuddin, merujuk kepada
Pentadbiran Penerbangan Persekutuan dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan
Kebangsaan AS.Dalam sidang media pada Khamis, Hishammuddin menafikan laporan awal
rakaman satelit dari China yang menunjukkan objek di Laut China Selatan
yang berkemungkinan ada kaitan dengan pesawat MH370.
Agensi
Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang membuat tinjauan ke kawasan
berkenaan kemudian mendapati laporan itu tidak benar. Kedutaan China
juga kemudiannya memaklumkan imej satelit itu dikeluarkan tanpa
kebenaran serta tidak menunjukkan serpihan daripada MH370.
Malaysia turut menyangkal dakwaan media asing bahawa pesawat MH370 yang
masih hilang, terbang untuk beberapa jam selepas lenyap daripada radar
pada awal pagi 8 Mac, yang menyarankan kemungkinan adanya cubaan
rampasan.
Sambil menyatakan laporan-laporan itu tidak tepat, Hishammuddin
berkata, transmisi terakhir daripada pesawat itu adalah pada 1.07 pagi
dan ia menunjukkan bahawa semuanya normal. The Wall Street Journal melaporkan pegawai mencegah keganasan AS sedang
memeriksa sama ada MH370 "secara sengaja mengubah haluan" daripada
laluan yang dirancang dengan "hasrat untuk menggunakannya kemudian bagi
tujuan lain."Laporan itu juga dipetik sebagai menyatakan bahawa transponder pesawat
itu sengaja ditutup untuk mengelak daripada dikesan radar.
Hishammuddin berkata, berikutan laporan mengenai dakwaan itu, MAS
bertanya kepada Rolls Royce dan Boeing Company secara khusus mengenai
data itu, dan syarikat itu berkata laporan itu tidak tepat. Hishammuddin berkata, isu itu juga tidak pernah dibangkitkan oleh
pasukan Rolls Royce dan Boeing, yang berada di Kuala Lumpur sejak Ahad
lalu untuk membantu penyiasatan itu. Pesawat itu, yang menuju ke Beijing, dengan 227 penumpang dan 12 anak
kapal hilang setelah sejam berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.41 pagi, 8
Mac.Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. Pada hari keenam semalam, misi mencari pesawat hilang itu masih gagal
menemuinya walaupun muncul sedikit harapan apabila satelit China
merakamkan imejan kemungkinan serpihan pesawat itu di Laut China
Selatan.
02).
Kerajaan Malaysia mengesahkan orang yang mengawal pesawat Malaysia
Airlines MH370 menghantar mesej terakhir kepada pusat kawalan trafik
udara selepas sistem komunikasi pertama dipadam, menambah kepada
kemungkinan pesawat yang membawa 239 penumpang itu dirampas, lapor The
Guardian. Pendedahan terbaru ini mencadangkan orang yang menghantar mesej “All
right, good night” kepada pusat kawalan udara Kuala Lumpur sebelum
Boeing-777 hilang daripada radar pada 1.22 pagi dan dialihkan dari
destinasinya ke Beijing turut sedar Sistem Laporan dan Komunikasi
Pesawat (ACARS) dipadamkan secara manual, lapor akhbar Britian itu lagi.
Sebaik sahaja pautan ACARS hilang, transponder pesawat ditutup pada
1.22 pagi pada 8 Mac, menyebabkan ia hilang daripada radar komersial dan
berpatah balik di pantai Kelantan seperti yang disahkan oleh radar
tentera, pesawat berpatah balik ke semenanjung menuju Selat Melaka. Ini menimbulkan kemungkinan teori pesawat MH370 yang dalam perjalanan ke Beijing itu mungkin dirampas.Putrajaya berkata sebelum ini mereka kini memberikan tumpuan untuk
menyiasat penumpang MH370 termasuk dua juruterbang, 10 anak kapal dan
227 penumpang pesawat yang hilang itu.Semalam, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein
mengesahkan polis menggeledah rumah juruterbang Kapten Zaharie Ahmad
Shah dan pembantunya, Fariq Abdul Hamid di Shah Alam, Selangor.
Polis mengklasifikasikan kes kehilangan pesawat Malaysia Airlines
sebagai tindakan keganasan yang juga bermaksud rampasan dan sabotaj,
kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.Beliau memberitahu pemberita semalam, semua terpakai di bawah prosedur
Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).Katanya, ia juga termasuk penyiasatan di bawah Akta Kesalahan Penerbangan.Khalid berkata, polis masih memberi tumpuan kepada empat bidang
penyiasatan termasuk rampasan, sabotaj, masalah peribadi dan psikologi."Itu tidak berubah," katanya pada satu sidang media bersama Hishammuddin semalam.Pihak berkuasa Malaysia mendedahkan pada Sabtu bahawa kehilangan
pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, sengaja
dialihkan dan peranti penghantaran kapal dimatikan untuk mengelak
daripada dikesan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata siasatan menunjukkan
pergerakan jet penumpang dan penutupan hubungan komunikasi adalah
perbuatan sengaja tetapi tidak mengatakannya sebagai rampasan pesawat.Polis pada Sabtu mengeledah rumah Zaharie dan merampas sebuah simulator
penerbangan. Tindakan yang sama juga dilakukan di rumah Fariq."Dengan perkembangan terbaru ini, kami pergi ke rumahnya dan mengambil simulator penerbangan miliknya."Kami mengambilnya dari rumah dan memasangnya di pejabat. Kami akan mendapatkan pakar untuk memeriksanya," kata Khalid. Apabila ditanya mengapa carian tidak dilakukan lebih awal, Khalid
menjawab pihak berkuasa tidak melihatnya sebagai satu keperluan sebelum
ini.Khalid berkata, Malaysia masih belum menerima laporan mengenai
pemeriksaan latar belakang ke atas semua penumpang MH370 yang hilang
daripada negara masing-masing.
03).
Data Tunjukkan Pesawat MH370 Dialihkan Juruterbang ‘Profesional’ Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu,
mungkin sengaja dialihkan ke arah Lautan Hindi oleh seseorang yang ada
kemahiran tentang penerbangan dan kedudukan radar, kata seorang pegawai
kanan tentera Malaysia.Komen tersebut menguatkan lagi dakwaan mengenai misteri kehilangan pesawat yang membawa 239 penumpang itu mungkin dirampas.“Individu itu boleh jadi juruterbang yang profesional dan cekap,” kata
pegawai tersebut yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat
pesawat MH370.Beliau berkata, teori itu berdasarkan data dari radar militari yang masih lagi tidak diketahui.
Radar tersebut terus mengesan laluan pesawat selama beberapa jam selepas ia hilang dari radar pusat kawalan trafik udara dan radar awam, katanya.Pesawat itu dipercayai diterbangkan ke Lautan Hindi, beratus-ratus kilometer dari laluan sebenar penerbangan pesawat itu.“Dia tahu cara untuk mengelak dikesan radar awam. Dia dilihat sudah mengkaji cara untuk mengelak daripada dikesan,” katanya.Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebelum ini berkata, mereka sedang menyiasat satu objek yang tidak dikenali dikesan oleh data radar militari sedang menuju ke Laut Andaman beberapa jam selepas pesawat itu dilaporkan hilang kira-kira pukul 1.30 pagi Sabtu lalu.
04).
Merujuk kepada berita :2 lagi guna paspot palsu Jadi ada 4 orang yang ada dalam kapalterbang tu masa kapalterbang tu
hilang dan mereka semua guna paspot palsu , tak akan kebetulan pulak ? Nampak macam kapalterbang ni kena rampas je , kalau betul perkara ni.
05).

Di bawah merupakan kod kordinat yang dikatakan pesawat terhempas
Berikut katanya :
“From
when I first saw the burning (plane) until the flames went out (still
at high altitude) was 10 to 15 seconds,” he wrote. “There was no lateral
movement, so it was either coming toward our location, stationary
(falling) or going away from our location.”
"Dari
apa yang saya lihat kapal terbang terbakar sehingga apinya hilang 10-15
minit kemudian. Tiada pergerakan sama ada ianya datang ke tempat kami
atau pergi jauh dari lokasi kami"


06).
Sebaik
sahaja kemungkinan pesawat MH370 disyaki telah dirampas, Oriental Daily
bertindak menyenaraikan enam individu yang perlu diberi perhatian.
1. Pouria Nour Mohammad.
Pemuda
berumur 19 tahun dari Iran ini telah menggunakan pasport curi warga
Austria untuk menaiki pesawat MH370. Dia dipercayai mahu melakukan
transit di Beijing dan mencari suaka di Jerman.
Dia memegang
pasport palsu dan memasuki Malaysia melalui Thailand, tetapi dipercayai
tidak mempunyai kemungkinan besar untuk terlibat dalam aktiviti
pengganas.
2. Delavar Seyedmohammaderza
Interpol
mengenal pasti individu ini sebagai pemegang pasport palsu yang kedua.
Dia menggunakan pasport palsu warga Itali dan memasuki Malaysia melalui
Thailand. Dia dipercayai mahu melakukan transit di Beijing dan mencari suaka di Jerman.
3. Jurutera elektronik etnik Uyghur
Individu ini
mempunyai kelulusan tinggi dan merupakan pensyarah di Turki serta
melakukan kajian di sebuah pusat simulator penerbangan di Eropah.
4. Seorang penumpang dari Fuzhou, China yang tidak menaiki pesawat.
Seorang penumpang MH370 dilaporkan berada di rumahnya di Fuzhou, China dan tidak pernah melawat negara lain. Kejadian itu mewujudkan pertanyaan sama ada terdapat seorang lagi pemegang pasport palsu.
5. Juruterbang, Zaharie Ahmad Shah
Mempunyai pengalaman terbang 18,365 jam, Zaharie merupakan juruterbang yang amat berpengalaman. Zaharie mempunyai simulator penerbangan di rumah dan kediamannya telah digeledah polis.
Selain itu, juruterbang terbabit juga turut dilaporkan sebagai seorang penyokong tegar kepada Anwar dan juga PKR.
6. Pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid
Mempunyai pengalaman penerbangan sebanyak 2,763 jam. Seorang wanita Australia mendedahkan Fariq membenarkannya masuk ke dalam kokpit.
07).
Hishammuddin berkata
misi mencari dan menyelamat pesawat itu kini diperluaskan ke sebelah
timur Laut China Selatan dan kawasan barat Lautan Hindi. Ini juga
mengesahkan bahawa isyarat 'ping' yang dikesan satelit Amerika Syarikat
bahawa pesawat itu terbang menuju Lautan Hindi adalah benar, walaupun
sehingga kini menafikannya.Tak mengapa, tunggu sajalah dua tiga
hari lagi pasti akan disahkannya konon setelah menerima data analisis
dari Boeing dan Rollys-Royce sebelum itu.
Terdapat satu pulau nun jauh di Lautan Hindi, kira-kira 3,500 kilometer dari titik akhir pesawat hilang hubungan yang dipunyai tentera marin Amerika Syarikat berpuluh tahun lalu.Pulau yang dinamakan 'Diego Garcia' menempatkan pusat pertahanan kawalan marin dan udara Amerika Syarikat yang terbesar di luar negara itu dengan kekuatan dianggarkan antara 25,000 ke 35,000 anggota pada satu-satu masa.Jika dilihat menerusi peta di bawah, Diego Garcia terletak di selatan benua kecil India menuju Antartika.
Harus diingat, Diego Garcia juga mempunyai hangar (ruang simpanan pesawat) yang cukup besar sehingga boleh menempatkan 20 pesawat jenis FA-18 Hornet pada satu-satu masa, dan ini cukup luas untuk pesawat Boeing B777-200ER yang panjangnya 64 meter!
Jadi apakah pesawat ini selamat 'mendarat' tanpa diketahui sesiapa dan transponder sengaja dimatikan bagi misi tertentu?
Mengapa CIA sehingga kini seakan membisu tentang pulau ini?
Terdapat satu pulau nun jauh di Lautan Hindi, kira-kira 3,500 kilometer dari titik akhir pesawat hilang hubungan yang dipunyai tentera marin Amerika Syarikat berpuluh tahun lalu.Pulau yang dinamakan 'Diego Garcia' menempatkan pusat pertahanan kawalan marin dan udara Amerika Syarikat yang terbesar di luar negara itu dengan kekuatan dianggarkan antara 25,000 ke 35,000 anggota pada satu-satu masa.Jika dilihat menerusi peta di bawah, Diego Garcia terletak di selatan benua kecil India menuju Antartika.
Harus diingat, Diego Garcia juga mempunyai hangar (ruang simpanan pesawat) yang cukup besar sehingga boleh menempatkan 20 pesawat jenis FA-18 Hornet pada satu-satu masa, dan ini cukup luas untuk pesawat Boeing B777-200ER yang panjangnya 64 meter!
Jadi apakah pesawat ini selamat 'mendarat' tanpa diketahui sesiapa dan transponder sengaja dimatikan bagi misi tertentu?
Mengapa CIA sehingga kini seakan membisu tentang pulau ini?
SUMBER BERITA
INI PULA BERITA YANG DITULIS OLEH John Aravosis
Bagaimana pula Diego Garcia ?
Seperti saya yang dinyatakan sebelum ini , ada " apa-apa" barat Kuala Lumpur dan Indonesia kecuali asas besar AS tentera laut di Diego Garcia, di tengah-tengah Lautan Hindi.
Diego Garcia muncul jatuh berhampiran , tetapi di dalam, had jarak perjalanan yang maksimum pesawat.
Yang menimbulkan beberapa soalan :
a. Bolehkah Diego Garcia telah menjadi sasaran plot pengganas menggunakan pesawat ini ? Bolehkah anda bayangkan sebuah pangkalan tentera laut Amerika Syarikat terpaksa memilih sama ada untuk menembak jatuh sebuah pesawat awam sepenuhnya dimuatkan dari langit ? Terdapat banyak perbincangan tentang bagaimana tidak ada "sasaran kaya" di kawasan itu. Diego Garcia adalah satu sasaran yang kaya seperti .
b. APAKAH liputan radar di Diego Garcia tidak ada, dan telah ia diperiksa ?
c. Apa tentang kapal-kapal dan kapal selam kita di kawasan itu, akan radar dan sonar mereka berpotensi telah mengambil sebuah kapal terbang menuju ke arah mereka atau terhempas di laut ?
d. Liputan satelit. Saya hanya melihat seorang pakar di CNN mengatakan tidak ada alasan untuk di sana untuk membuat liputan satelit di Lautan India , kecuali Diego Garcia ada. Jadi kita pasti tidak ada liputan satelit? ....
Seperti saya yang dinyatakan sebelum ini , ada " apa-apa" barat Kuala Lumpur dan Indonesia kecuali asas besar AS tentera laut di Diego Garcia, di tengah-tengah Lautan Hindi.
Diego Garcia muncul jatuh berhampiran , tetapi di dalam, had jarak perjalanan yang maksimum pesawat.
Yang menimbulkan beberapa soalan :
a. Bolehkah Diego Garcia telah menjadi sasaran plot pengganas menggunakan pesawat ini ? Bolehkah anda bayangkan sebuah pangkalan tentera laut Amerika Syarikat terpaksa memilih sama ada untuk menembak jatuh sebuah pesawat awam sepenuhnya dimuatkan dari langit ? Terdapat banyak perbincangan tentang bagaimana tidak ada "sasaran kaya" di kawasan itu. Diego Garcia adalah satu sasaran yang kaya seperti .
b. APAKAH liputan radar di Diego Garcia tidak ada, dan telah ia diperiksa ?
c. Apa tentang kapal-kapal dan kapal selam kita di kawasan itu, akan radar dan sonar mereka berpotensi telah mengambil sebuah kapal terbang menuju ke arah mereka atau terhempas di laut ?
d. Liputan satelit. Saya hanya melihat seorang pakar di CNN mengatakan tidak ada alasan untuk di sana untuk membuat liputan satelit di Lautan India , kecuali Diego Garcia ada. Jadi kita pasti tidak ada liputan satelit? ....
BACA LAGI SINI
08).
Dan terkini banyak lagi andaian dan spekulasi yang dibuat oleh mesyarakat dunia berkitan kehilangan MH370. bagi saya semuanya akan terjawab nanti apabila pesawat tersebut ditemui bersama kru dan penumpangnya... dengan itu kita doakan moga ditemui tidak lama lagi.
nasihat saya...
Jangan buat apa-apa spekulasi tanpa asas. Jangan sebarkan berita jika anda tidak mengetahui asasnya. Saya hanya berkongsi andaian dan untuk kita fikir bersama.
Read more at: http://www.astroawani.com/photos/album/malaysia-airlines-boeing-777-200-went-missing-925?cp
MISTERI KEBAKARAN DUA SEKOLAH PADA 03/03/2014
Bermulanya musim kemarau dan cuaca panas menyebabkan banyak kebakaran berlaku.
samaada kebetulan atau sengaja dilakukan.kebakaran SK gadong, Beaufort dan SK Kiulu, Tampaluri boleh dikatakan satu misteri terbakar pada hari yang sama iaitu pada 03/03/2014. walau pun berada di daerah yang berbeza dan jauh.
Di SK Gadong ceritanya bermula sekumpulan pelajar dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gadong,
di sini, yang menjalani latihan sepak takraw terkejut apabila
menyedari beberapa blok bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Gadong yang
terletak bersebelahan sekolah mereka terbakar dan dalam kejadian jam 3 petang, dua blok menempatkan bilik
guru, pusat sumber dan stor sukan musnah dalam kebakaran itu.Menurut saksi yang juga guru di SMK Gadong, Abd Manan Abd Rahman, 40,
dia bersama 10 pelajar melakukan latihan sepak takraw di gelanggang
bersebelahan dengan sekolah rendah.“Ketika mahu memulakan
latihan, kami menyedari kepulan asap terbit dari blok bangunan kayu
sekolah berkenaan, namun tidak menyangka sebarang perkara buruk berlaku.“Beberapa pelajar kemudian menjerit apabila melihat api menjulang
tinggi dari blok berkenaan sebelum menghubungi bomba,” katanya.Katanya, beberapa pelajar cuba membantu, tetapi bahang api yang kuat menyebabkan mereka gagal berbuat apa-apa.“Saya difahamkan, pasukan
penyelamat turut mengalami masalah tekanan air rendah ketika berusaha
memadamkan kebakaran, namun api berjaya dikawal.“Ketika kejadian, tiada murid di sekolah kerana sekolah rendah terbabit hanya beroperasi pada sebelah pagi,” katanya.Sementara itu, Ketua Unit Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan
Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Mohd Affendy Ramin berkata, pihaknya
menerima panggilan kecemasan pada jam 3.14 petang dan tiba di lokasi
pada 3.33 petang.
. Manaklah di SK Kiulu pula Kira-kira 200 murid dan 20 guru termasuk kakitangan Sekolah
Kebangsaan (SK) Pekan Kiulu terselamat apabila sekolah diduduki mereka
terbakar dalam kejadian jam 1.30 petang tadi. Dalam kejadian itu,sebanyak dua jentera bersama 12 anggota dari Balai
Bomba Tuaran dikejarkan ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan
pada jam 1.55 petang.
kebakaran membabitkan tiga blok itu berjaya dikawal daripada terus merebak ke bangunan lain.
apapun syukur kedua-dua kebakaran tersebut tiada ada kemalangan jiwa berlaku.
Gambar-gambar kebakaran SK Gadong

Guru-guru SK Gadong hanya mampu melihat bilik guru dan pusat sumber sekolah terbakar

Mula terbakar

Api capat menghanguskan bangunan pusat sumber SK Gadong
Orang ramai datang melihat kebakaran tersebut
kebakaran merebak
Api berjaya dipadamkan oleh Anggota Bomba dan Penyelamat
Dua (2) buah blok habis rentung terbakar.
Gambar- gambar kebakaran SK. Kiulu , Tampaluri

Api membakar bangunan sekolah

api menghanguskan sebuah blok SK Kiulu
cuaca yang panas mempercepatkan lagi bangunan hangus terbakar
beberapan barang-barang berharga sempat diselamatkan oleh orang awam
bangunan hangus

setelah api berjaya dipadamkan
Cerita tempat lain pula Sebuah kereta kaunter bergerak Telekom Malaysia(TM) Terbakar berhampiran sebuah masjid di kampung Lumat jalan Beaufort - Membakut kira-kira jam 1.30 petang. pada 06/03/2014. Anggota Bomba dan Penyelamat daripada Beaufort sampai ditempat kejadian untuk memadam api daripada kereta tersebut.




PENERIMA VOCHER BR1M 3.0
♠ Posted by amsran in BR1M
Terdapat beberapa rungutan dan aduan yang diterima berkaitan bantuan 1Malaysia (BR1M) antaranya yangboleh admin maklumkan kepada maklum balas aduan dan rungutan seperti berikut :-
1). TERDAPAT PEMOHON YANG TIDAK MEMPUNYAI NO. AKAUN
2). TIDAK MENGEMASKINI MAKLUMAT AKAUN PADA TARIKH YANG DITETAPKAN
3). RISAU TIDAK MENERIMA BR1M YANG LAIN SUDAH TERIMA MASUK AKAUN BANK
4). TAKUT NAMA TERCICIR
4). TIDAK TAHU DIMANA INGIN BERTANYA
Jangan risau kerana bagi permohonan BR1M yang telah diluluskan. Bagi yang telah mengemaskini akaun atau memberi maklumat akaun bank bayaran akan dikreditkan terus kedalam akaun bermula 21 Febuari 2014 . Manakala, bagi yang tidak megemukakan nombor akaun bank atau tidak megemaskini maklumat akaun bank pembayaran akan dibuat secara berperingkat melalui MAJLIS PENGAGIHAN BR1M YANG BERMULA 23 FEBUARI 2014 biasanya pihak pejabat daerah yang mengurus penyerahan vocher tersebut dan dingatkan bayaran ini dibuat secara berperingkat. bermakna jika nama pemohon belum ada pada peringkat pertama, tunggu lagi pada peringkat seterusnya, hal ini berkemungkinan disebabkan bilangan penerima BR1M yang begitu ramai.
(GAMBAR RAJAH )CONTOH SURAT PENERIMA VOCHER YANG YANG TIDAK MENGEMASKINI NOMBOR AKAUN
DINGATKAN JUGA PENERIMA SURAT SEPERTI INI HANYA KEPADA PENERIMA VOCHER
SAJA MANAKALA BAGI PENERIMA BR1M YANG DIKREDITKAN KE DALAM AKAUN TIDAK
AKAN DIHANTAR SURAT SEPERTI INI.
MASIH BERASA RISAU TIDAK MENRIMA BR1M BOLEH BERHUBUNG TERUS DENGAN PIHAK LHDN YANG BERHAMPIRAN
YANG MASIH BELUM TERIMA SILA TUNGGU DAN KEPADA YANG GAGAL SILA
TUNGGU JUGA KERANA CARA BUAT RAYUAN AKAN DIKONGSIKAN
KEMUDIAN.SEBARANG KESULITAN SILA DATANG TERUS KE PEJABAT LHDN YANG
BERDEKATAN DENGAN ANDA.
CARA BUAT RAYUAN BAGI YANG GAGAL
1. Individu perlu tampil sendiri ke pejabat LHDN berdekatan.
2. Individu berkenaan juga perlu mengemukakan semula pelbagai dokumen sokongan termasuk penyata gaji dan tanggungan lain untuk disemak semula oleh LHDN dan 10 lagi agensi lain termasuk Bank Negara dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
3. Selepas individu terbabit mengemukakan dokumen sokongan dan rayuan bertulis kepada LHDN maka keputusan permohonannya untuk mendapatkan BR1M akan diluluskan.
4. Pembayaran akan dibuat ke akaun pemohon setelah keputusan menerima BR1M 3.0 diluluskan.
Diharap bantuan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban dan membantu meringankan beban hidup yang ditanggung.
8SHARE
♠ Posted by amsran in side income
Jom tambah pendapatan! Anda rajin online tak?Rajin buka Facebook dan Twitter?Rajin blogwalking? admin ada benda nak share dengan anda,cara tambah pendapatan dengan promote link!memperkenalkan 8Share! klik untuk untuk DAFTAR 8Share! ;)Dah daftar 8Share kan, ANDA boleh mula start cari duit lebih!Mula-mula cari iklan yang korang rasa menarik dan best,pastu share kan iklan tu dekat Facebook anda ke, Twitter ke,blog ke .dalam sharing iklan ni, anda kenelah pandai promote tau.Sebab?Sebab pendapatan korang bergantung kepada berapa jumlah klik tahu! Satu klik, anda akan dapat 20sen! Lagi anda pandai tarik orang klik iklan tu, lagi banyak lah income korang.Tapi please, jangan jadi penipu! Ada yang selalu promote iklan dengan cara tipu orang. konon link yang dia bagi tu ade cerita atau benda best, sebenarnya iklan.Macam mana.?? Nak join tak?? Takut tertipu?? Tengoklah jumlah yang dia bagi setiap klik, 20 sen sahaja kan..kalaulah 8Share nak tipu kan, mesti dia dah cakap konon RM10 per klik ke, RM50 per klik kan? Ini tak..20 sen je per klik, pasal tu kena usaha lebih! :)Yang penting, ape pun kita buat, kena jujur! 8Share ni dah lama bertapak di Malaysia. JOM MULA TAMBAH DUIT POKETTT!!!! KLIK SINI UNTUK MULA BUAT DUIT FREE
ADUAN BR1M 3.0 2014
♠ Posted by amsran in BR1M
Aduan Duit BR1M 3.0 2014. Cara Agihan
BRIM : Walaupun Br1M 3.0 2014 telah mula diagihkan bermula seawal malam
Khamis minggu lepas tetapi sehingga sekarang pelbagai aduan dan kecaman terhadap
pelaksanaan BR1M yang diberikan oleh rakyat Malaysia umumnya dan
penerima BR1M amnya.
Rata-rata dilihat kurang berpuas hati atas sebab dan alasan tertentu. Walaubagaimanapun, ramai juga yang berlapang
dada dengan pelaksanaan BR1M yang dilihat sedikit sebanyak membantu
perbelanjaan untuk seketika waktunya dan juga cara terima pembayaran
BR1M terus ke akaun mereka, mendapat respon positif daripada penerima
BRIM 2014. Menurut Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata, jumlah RM650 itu sudah mencukupi mengikut kemampuan kewangan negara.
“RM650 campur RM300 okay lah tu. Kalau ekonomi bertambah baik jadilah RM1,000 hingga RM2,000.“Kira bersyukurlah, janji ada. Kalau bagi banyak-banyak tapi negara tak mampu nanti jadi isu pula,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Perkasa di sini hari ini.
BN semasa manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 April lalu berjanji untuk menaikkan kadar BR1M daripada RM500 sehingga RM1200.
Namun, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2014 mengumumkan pemberian BR1M meningkat hanya RM150 sahaja menjadi RM650 bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 dan kebawah.
Manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan naik RM50, daripada RM250 kepada RM300.
Aduan Duit BR1M 3.0 2014
- Ada penerima yang hanya mendapat RM450 sahaja, sedangkan pendapatan isi rumah mereka tidak lebih RM3,000 sebulan. Ada yang mengalami situasi seperti ini?
- Ada yang melihat sendiri, kalangan yang tidak layak berdasakan pendapatan bulanannya (diluar kumpulan penerima) tetapi tanpa segan silu menikmati ganjaran BR1M. Erm….
- Ada penerima yang amat yakin memperolehi BR1M berdasarkan pendapatan bulanan @ pendapatan isi rumah mereka setiap bulan tetapi sehingga ke hari ini tiada khabar berita yang menggembirakan untuk mereka walaupun setiap hari membuat semakan di ATM ataupun melalui pembankan Internet
- Tiada disediakan kemudahan semakan keputusan BR1M online yang menyebabkan kalangan pemohon terus tertunggu-tunggu keputusan BR1M 3.0 2014 samada mereka layak atau tidak
- Malahan kemudahan hotline yang disediakan kurang efektif, maklum balas melalui email. Masakan boleh kemudahan seperti ini mampu menampung persoalan daripada lebih 6 juta pemohon BR1M 3.0 2014?
- Ramai yang menemplak kerajaan Malaysia telah menipu rakyat Malaysia dengan berjanji untuk memberikan sehingga RM1200 bagi BR1M 3.0 2014 seperti yang mereka lihat dalam manifesto BN sebelum ini, sebaliknya hanya RM650 diterima mereka.
- Dan Berita Semasa perhatikan ada tidak mahu BR1M ini diteruskan & nilai BR1M dinaikkan dengan cara mengurangkan subsidi rakyat Malaysia dikurangkan, dan rata-rata mahukan subsidi rakyat Malaysia melibatkan dikembalikan & kawalan harga barang di Malaysia di kawal.
- Apa pula aduan dengan pelaksanaan BR1M 3.0 2014 kali ini?
- Dan, apa pula respon balas kalangan anda yang telah menerima BR1M 2014 ini? Syukur, Terima Kasih @ Tidak Puas Hati? Ada cadangan?
BAYARAN BR1M SUDAH MASUK 21 FEBUARI 2014
♠ Posted by amsran in BR1M
BR1M untuk yang BUJANG telah di kredit kan ke akaun penerima yang layak mulai hari ini 21 FEBUARI BAGI YANG BUJANG dan yang sudah berkhwin pada 22 FEBUARI 2014 BR1M
tersebut telah di kreditkan mulai pukul 10 malam tadi dan para
peneriman yang telah mengemaskini no akaun mereka semasa permohonan BR1M
3.0 yang lalu boleh semak akaun anda, SALAH seorang sahabat admin telah menarima awal pagi 21 Febuari 2014 yang sebelum nya telah menarima makluman melalui Sistem Pasanan Ringkas (SMS).
" RM 0.00 BAYARAN IBG TELAH DIKREDITKAN KE AKAUN BANK ANDA. SILA SEMAK AKAUN BANK RAKYAT ANDA .HUBUNGI TELERAKYAT DI 1-300-88-12265 UNTUK MAKLUMAT LANJUT " nombor hantar sms 66300 (untuk akaun bank rakyat sahaja)
" RM 0.00 BAYARAN IBG TELAH DIKREDITKAN KE AKAUN BANK ANDA. SILA SEMAK AKAUN BANK RAKYAT ANDA .HUBUNGI TELERAKYAT DI 1-300-88-12265 UNTUK MAKLUMAT LANJUT " nombor hantar sms 66300 (untuk akaun bank rakyat sahaja)
maklumat penerima BR1M
Keluarga (RM650)
- Pendapatan isi rumah kurang RM3,000 sebulan
- Rakyat Malaysia
Keluarga (RM450)
- pendapatan isi rumah di antara RM3,000 hingga RM4,000 sebulan
- Rakyat Malaysia
- Tambahan caruman i-BR1M bernilai RM50 yang menjadikan jumlah keseluruhan BR1M sebanyak RM500.
Individu (RM300)
- Pendapat sebulan RM2,000 kebawah.
- Rakyat Malaysia
- Berumur 21 tahun ke atas.
- Tidak termasuk pelajar yang menerima bantuan baucar buku 1Malaysia (BB1M)
guna sebaik mungkin kepada yang menerima.
KESAN BANJIR DI BEAUFORT
Selepas bencana banjir besar menimpa penduduk Beaufort pada 13, 14 dan 15 Febuari 2014, air mula beransur-ansur surut. Banyak kemudahan asas yang telah rosak dan tidak boleh digunakan lagi. Banyak barang-barang di kedai dan supermarket yang rosak menyebabkan kerugian ribuan ringgit. Disamping itu juga Sampah sarap, lumpur dan bau busuk boleh mendatangkan kesan negatif seperti penyakit berpunca daripada air kotor yang bertakung yang tertinggal.
berhampiran pasar Am Beaufort, terdapat sekor anjir berkeliaran mencari makan.
salah sebuah rumah mangsa banjir, lantai rumahnya dipenuhi lumpur.
jalah raya yang ditutupi dengan lumpur dan pasir yang tertinggal selepas banjir.
Sebelah pasar ikan
SM S. Paul, Beaufort
buku -buku perpustakaan SM St. Paul, Beaufort
sebuah lori yang sebelum ini telah ditengelami air banjir
menyembur air bagi membersihkan lumpur dan pasir yang mandap
mengunakan enjintolak untuk membersihkan sampah sarap
tapak tamu Beaufort
salah sebuah rumah mangsa yang rosak akibat banjir
membersihkan kedai
salah sebuah kedai membuat jualan murah kerana telah terendam air banjir
barang pakaian ini masih boleh digunakan, hanya perlu di cuci dan di keringkan
kasut sekolah murah-murah
bantuan makan dan air bersih yang baru tiba di dewan serbaguna Beaufort
bantuan mangsa banjir di kampung Lawa, yang dibawa khas oleh Ustaz Roslimi.
mangsa banjir yang hanyut








































