♠ Posted by amsran in MISTERI at 11:01 PG
Sejak kehilangan pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12
anak kapal. Pesawat Boeing 777 tersebut berlepas dari Kuala Lumpur
pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul
6.30 pagi. Berbagai-bagai andaian dan spekulasi dibuat berkitan kehilangan pesawat tersebut antaranya?
01).
Amerika
Syarikat (AS) mendedahkan mempunyai "petunjuk" pesawat MH370 mungkin
terhempas di Lautan Hindi dan sedang menggerakkan kapal USS Kidd ke
kawasan tersebut untuk mencarinya, lapor stesen televisyen ABC News awal
hari ini.Pegawai kanan Pentagon memberitahu stesen televisyen AS itu pihaknya
memerlukan masa 24 jam untuk menggerakkan kapalnya ke kawasan itu. "Kami ada petunjuk pesawat itu terhempas di Lautan Hindi," kata pegawai
kanan berkenaan dipetik berkata mengenai pencarian pesawat Malaysia
Airlines yang hilang pada Sabtu.Pegawai itu berkata, mereka ada petunjuk pesawat itu terbang empat atau
lima jam selepas hilang daripada radar dan mereka percaya ia terhempas
ke dalam laut. Tetapi pihak berkuasa Malaysia menolak teori itu semalam
dengan kedua-dua Malaysia Airlines dan Rolls Royce berkata, data
mengenai enjin berakhir pada 1:07 pagi pada Sabtu, kira-kira 20 minit
sebelum hilang daripada sistem radar awam.
AS mempunyai pangkalan tentera di Diego Garcia yang terletak di Lautan Hindi. Tindakan AS dilakukan beberapa jam selepas pegawai tertinggi Malaysia
berkata mereka memperluaskan misi mencari dan menyelamat ke Laut Andaman
dan meminta bantuan India untuk mencari Boeing 777-200ER dan 239
penumpangnya yang hilang. Penyiasat juga berkata pegawai AS memberikan sebab untuk terus mencari
di kawasan perairan di sebelah barat Malaysia, lebih jauh daripada
laluan pesawat Malaysia Airlines itu. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata “tumpuan
utama pencarian adalah Laut China Selatan” di sebelah timur Malaysia
yang merupakan laluan pesawat dari Kuala Lumpur ke Beijing itu.
Tetapi misi pencarian diperluaskan awal minggu ini ke kawasan perairan
sebelah barat Malaysia selepas radar Tentera Udara Diraja Malaysia
(TUDM) merekodkan pesawat berpatah balik ke semenanjung Malaysia ke arah
Laut Andaman.
Tetapi sehingga kini masih belum disahkan sama ada pesawat yang dikesan itu merupakan MH370 yang hilang pada 8 Mac."Kita sedang bekerjasama rapat dengan FAA dan NTSB tentang isu
kemungkinan patah balik itu," kata Hishammuddin, merujuk kepada
Pentadbiran Penerbangan Persekutuan dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan
Kebangsaan AS.Dalam sidang media pada Khamis, Hishammuddin menafikan laporan awal
rakaman satelit dari China yang menunjukkan objek di Laut China Selatan
yang berkemungkinan ada kaitan dengan pesawat MH370.
Agensi
Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang membuat tinjauan ke kawasan
berkenaan kemudian mendapati laporan itu tidak benar. Kedutaan China
juga kemudiannya memaklumkan imej satelit itu dikeluarkan tanpa
kebenaran serta tidak menunjukkan serpihan daripada MH370.
Malaysia turut menyangkal dakwaan media asing bahawa pesawat MH370 yang
masih hilang, terbang untuk beberapa jam selepas lenyap daripada radar
pada awal pagi 8 Mac, yang menyarankan kemungkinan adanya cubaan
rampasan.
Sambil menyatakan laporan-laporan itu tidak tepat, Hishammuddin
berkata, transmisi terakhir daripada pesawat itu adalah pada 1.07 pagi
dan ia menunjukkan bahawa semuanya normal. The Wall Street Journal melaporkan pegawai mencegah keganasan AS sedang
memeriksa sama ada MH370 "secara sengaja mengubah haluan" daripada
laluan yang dirancang dengan "hasrat untuk menggunakannya kemudian bagi
tujuan lain."Laporan itu juga dipetik sebagai menyatakan bahawa transponder pesawat
itu sengaja ditutup untuk mengelak daripada dikesan radar.
Hishammuddin berkata, berikutan laporan mengenai dakwaan itu, MAS
bertanya kepada Rolls Royce dan Boeing Company secara khusus mengenai
data itu, dan syarikat itu berkata laporan itu tidak tepat. Hishammuddin berkata, isu itu juga tidak pernah dibangkitkan oleh
pasukan Rolls Royce dan Boeing, yang berada di Kuala Lumpur sejak Ahad
lalu untuk membantu penyiasatan itu. Pesawat itu, yang menuju ke Beijing, dengan 227 penumpang dan 12 anak
kapal hilang setelah sejam berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.41 pagi, 8
Mac.Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. Pada hari keenam semalam, misi mencari pesawat hilang itu masih gagal
menemuinya walaupun muncul sedikit harapan apabila satelit China
merakamkan imejan kemungkinan serpihan pesawat itu di Laut China
Selatan.
02).
Kerajaan Malaysia mengesahkan orang yang mengawal pesawat Malaysia
Airlines MH370 menghantar mesej terakhir kepada pusat kawalan trafik
udara selepas sistem komunikasi pertama dipadam, menambah kepada
kemungkinan pesawat yang membawa 239 penumpang itu dirampas, lapor The
Guardian. Pendedahan terbaru ini mencadangkan orang yang menghantar mesej “All
right, good night” kepada pusat kawalan udara Kuala Lumpur sebelum
Boeing-777 hilang daripada radar pada 1.22 pagi dan dialihkan dari
destinasinya ke Beijing turut sedar Sistem Laporan dan Komunikasi
Pesawat (ACARS) dipadamkan secara manual, lapor akhbar Britian itu lagi.
Sebaik sahaja pautan ACARS hilang, transponder pesawat ditutup pada
1.22 pagi pada 8 Mac, menyebabkan ia hilang daripada radar komersial dan
berpatah balik di pantai Kelantan seperti yang disahkan oleh radar
tentera, pesawat berpatah balik ke semenanjung menuju Selat Melaka. Ini menimbulkan kemungkinan teori pesawat MH370 yang dalam perjalanan ke Beijing itu mungkin dirampas.Putrajaya berkata sebelum ini mereka kini memberikan tumpuan untuk
menyiasat penumpang MH370 termasuk dua juruterbang, 10 anak kapal dan
227 penumpang pesawat yang hilang itu.Semalam, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein
mengesahkan polis menggeledah rumah juruterbang Kapten Zaharie Ahmad
Shah dan pembantunya, Fariq Abdul Hamid di Shah Alam, Selangor.
Polis mengklasifikasikan kes kehilangan pesawat Malaysia Airlines
sebagai tindakan keganasan yang juga bermaksud rampasan dan sabotaj,
kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.Beliau memberitahu pemberita semalam, semua terpakai di bawah prosedur
Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).Katanya, ia juga termasuk penyiasatan di bawah Akta Kesalahan Penerbangan.Khalid berkata, polis masih memberi tumpuan kepada empat bidang
penyiasatan termasuk rampasan, sabotaj, masalah peribadi dan psikologi."Itu tidak berubah," katanya pada satu sidang media bersama Hishammuddin semalam.Pihak berkuasa Malaysia mendedahkan pada Sabtu bahawa kehilangan
pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, sengaja
dialihkan dan peranti penghantaran kapal dimatikan untuk mengelak
daripada dikesan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata siasatan menunjukkan
pergerakan jet penumpang dan penutupan hubungan komunikasi adalah
perbuatan sengaja tetapi tidak mengatakannya sebagai rampasan pesawat.Polis pada Sabtu mengeledah rumah Zaharie dan merampas sebuah simulator
penerbangan. Tindakan yang sama juga dilakukan di rumah Fariq."Dengan perkembangan terbaru ini, kami pergi ke rumahnya dan mengambil simulator penerbangan miliknya."Kami mengambilnya dari rumah dan memasangnya di pejabat. Kami akan mendapatkan pakar untuk memeriksanya," kata Khalid. Apabila ditanya mengapa carian tidak dilakukan lebih awal, Khalid
menjawab pihak berkuasa tidak melihatnya sebagai satu keperluan sebelum
ini.Khalid berkata, Malaysia masih belum menerima laporan mengenai
pemeriksaan latar belakang ke atas semua penumpang MH370 yang hilang
daripada negara masing-masing.
03).
Data Tunjukkan Pesawat MH370 Dialihkan Juruterbang ‘Profesional’ Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu,
mungkin sengaja dialihkan ke arah Lautan Hindi oleh seseorang yang ada
kemahiran tentang penerbangan dan kedudukan radar, kata seorang pegawai
kanan tentera Malaysia.Komen tersebut menguatkan lagi dakwaan mengenai misteri kehilangan pesawat yang membawa 239 penumpang itu mungkin dirampas.“Individu itu boleh jadi juruterbang yang profesional dan cekap,” kata
pegawai tersebut yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat
pesawat MH370.Beliau berkata, teori itu berdasarkan data dari radar militari yang masih lagi tidak diketahui.
Radar tersebut terus mengesan laluan pesawat selama beberapa jam selepas ia hilang dari radar pusat kawalan trafik udara dan radar awam, katanya.Pesawat itu dipercayai diterbangkan ke Lautan Hindi, beratus-ratus kilometer dari laluan sebenar penerbangan pesawat itu.“Dia tahu cara untuk mengelak dikesan radar awam. Dia dilihat sudah mengkaji cara untuk mengelak daripada dikesan,” katanya.Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebelum ini berkata, mereka sedang menyiasat satu objek yang tidak dikenali dikesan oleh data radar militari sedang menuju ke Laut Andaman beberapa jam selepas pesawat itu dilaporkan hilang kira-kira pukul 1.30 pagi Sabtu lalu.
04).
Merujuk kepada berita :2 lagi guna paspot palsu Jadi ada 4 orang yang ada dalam kapalterbang tu masa kapalterbang tu
hilang dan mereka semua guna paspot palsu , tak akan kebetulan pulak ? Nampak macam kapalterbang ni kena rampas je , kalau betul perkara ni.
05).
Di bawah merupakan kod kordinat yang dikatakan pesawat terhempas
Berikut katanya :
“From
when I first saw the burning (plane) until the flames went out (still
at high altitude) was 10 to 15 seconds,” he wrote. “There was no lateral
movement, so it was either coming toward our location, stationary
(falling) or going away from our location.”
"Dari
apa yang saya lihat kapal terbang terbakar sehingga apinya hilang 10-15
minit kemudian. Tiada pergerakan sama ada ianya datang ke tempat kami
atau pergi jauh dari lokasi kami"
06).
Sebaik
sahaja kemungkinan pesawat MH370 disyaki telah dirampas, Oriental Daily
bertindak menyenaraikan enam individu yang perlu diberi perhatian.
1. Pouria Nour Mohammad.
Pemuda
berumur 19 tahun dari Iran ini telah menggunakan pasport curi warga
Austria untuk menaiki pesawat MH370. Dia dipercayai mahu melakukan
transit di Beijing dan mencari suaka di Jerman.
Dia memegang
pasport palsu dan memasuki Malaysia melalui Thailand, tetapi dipercayai
tidak mempunyai kemungkinan besar untuk terlibat dalam aktiviti
pengganas.
2. Delavar Seyedmohammaderza
Interpol
mengenal pasti individu ini sebagai pemegang pasport palsu yang kedua.
Dia menggunakan pasport palsu warga Itali dan memasuki Malaysia melalui
Thailand. Dia dipercayai mahu melakukan transit di Beijing dan mencari suaka di Jerman.
3. Jurutera elektronik etnik Uyghur
Individu ini
mempunyai kelulusan tinggi dan merupakan pensyarah di Turki serta
melakukan kajian di sebuah pusat simulator penerbangan di Eropah.
4. Seorang penumpang dari Fuzhou, China yang tidak menaiki pesawat.
Seorang penumpang MH370 dilaporkan berada di rumahnya di Fuzhou, China dan tidak pernah melawat negara lain. Kejadian itu mewujudkan pertanyaan sama ada terdapat seorang lagi pemegang pasport palsu.
5. Juruterbang, Zaharie Ahmad Shah
Mempunyai pengalaman terbang 18,365 jam, Zaharie merupakan juruterbang yang amat berpengalaman. Zaharie mempunyai simulator penerbangan di rumah dan kediamannya telah digeledah polis.
Selain itu, juruterbang terbabit juga turut dilaporkan sebagai seorang penyokong tegar kepada Anwar dan juga PKR.
6. Pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid
Mempunyai pengalaman penerbangan sebanyak 2,763 jam. Seorang wanita Australia mendedahkan Fariq membenarkannya masuk ke dalam kokpit.
07).
Hishammuddin berkata
misi mencari dan menyelamat pesawat itu kini diperluaskan ke sebelah
timur Laut China Selatan dan kawasan barat Lautan Hindi. Ini juga
mengesahkan bahawa isyarat 'ping' yang dikesan satelit Amerika Syarikat
bahawa pesawat itu terbang menuju Lautan Hindi adalah benar, walaupun
sehingga kini menafikannya.Tak mengapa, tunggu sajalah dua tiga
hari lagi pasti akan disahkannya konon setelah menerima data analisis
dari Boeing dan Rollys-Royce sebelum itu.
Terdapat satu pulau nun jauh di Lautan Hindi, kira-kira 3,500 kilometer dari titik akhir pesawat hilang hubungan yang dipunyai tentera marin Amerika Syarikat berpuluh tahun lalu.Pulau yang dinamakan 'Diego Garcia' menempatkan pusat pertahanan kawalan marin dan udara Amerika Syarikat yang terbesar di luar negara itu dengan kekuatan dianggarkan antara 25,000 ke 35,000 anggota pada satu-satu masa.Jika dilihat menerusi peta di bawah, Diego Garcia terletak di selatan benua kecil India menuju Antartika.
Harus diingat, Diego Garcia juga mempunyai hangar (ruang simpanan pesawat) yang cukup besar sehingga boleh menempatkan 20 pesawat jenis FA-18 Hornet pada satu-satu masa, dan ini cukup luas untuk pesawat Boeing B777-200ER yang panjangnya 64 meter!
Jadi apakah pesawat ini selamat 'mendarat' tanpa diketahui sesiapa dan transponder sengaja dimatikan bagi misi tertentu?
Mengapa CIA sehingga kini seakan membisu tentang pulau ini?
Terdapat satu pulau nun jauh di Lautan Hindi, kira-kira 3,500 kilometer dari titik akhir pesawat hilang hubungan yang dipunyai tentera marin Amerika Syarikat berpuluh tahun lalu.Pulau yang dinamakan 'Diego Garcia' menempatkan pusat pertahanan kawalan marin dan udara Amerika Syarikat yang terbesar di luar negara itu dengan kekuatan dianggarkan antara 25,000 ke 35,000 anggota pada satu-satu masa.Jika dilihat menerusi peta di bawah, Diego Garcia terletak di selatan benua kecil India menuju Antartika.
Harus diingat, Diego Garcia juga mempunyai hangar (ruang simpanan pesawat) yang cukup besar sehingga boleh menempatkan 20 pesawat jenis FA-18 Hornet pada satu-satu masa, dan ini cukup luas untuk pesawat Boeing B777-200ER yang panjangnya 64 meter!
Jadi apakah pesawat ini selamat 'mendarat' tanpa diketahui sesiapa dan transponder sengaja dimatikan bagi misi tertentu?
Mengapa CIA sehingga kini seakan membisu tentang pulau ini?
SUMBER BERITA
INI PULA BERITA YANG DITULIS OLEH John Aravosis
Bagaimana pula Diego Garcia ?
Seperti saya yang dinyatakan sebelum ini , ada " apa-apa" barat Kuala Lumpur dan Indonesia kecuali asas besar AS tentera laut di Diego Garcia, di tengah-tengah Lautan Hindi.
Diego Garcia muncul jatuh berhampiran , tetapi di dalam, had jarak perjalanan yang maksimum pesawat.
Yang menimbulkan beberapa soalan :
a. Bolehkah Diego Garcia telah menjadi sasaran plot pengganas menggunakan pesawat ini ? Bolehkah anda bayangkan sebuah pangkalan tentera laut Amerika Syarikat terpaksa memilih sama ada untuk menembak jatuh sebuah pesawat awam sepenuhnya dimuatkan dari langit ? Terdapat banyak perbincangan tentang bagaimana tidak ada "sasaran kaya" di kawasan itu. Diego Garcia adalah satu sasaran yang kaya seperti .
b. APAKAH liputan radar di Diego Garcia tidak ada, dan telah ia diperiksa ?
c. Apa tentang kapal-kapal dan kapal selam kita di kawasan itu, akan radar dan sonar mereka berpotensi telah mengambil sebuah kapal terbang menuju ke arah mereka atau terhempas di laut ?
d. Liputan satelit. Saya hanya melihat seorang pakar di CNN mengatakan tidak ada alasan untuk di sana untuk membuat liputan satelit di Lautan India , kecuali Diego Garcia ada. Jadi kita pasti tidak ada liputan satelit? ....
Seperti saya yang dinyatakan sebelum ini , ada " apa-apa" barat Kuala Lumpur dan Indonesia kecuali asas besar AS tentera laut di Diego Garcia, di tengah-tengah Lautan Hindi.
Diego Garcia muncul jatuh berhampiran , tetapi di dalam, had jarak perjalanan yang maksimum pesawat.
Yang menimbulkan beberapa soalan :
a. Bolehkah Diego Garcia telah menjadi sasaran plot pengganas menggunakan pesawat ini ? Bolehkah anda bayangkan sebuah pangkalan tentera laut Amerika Syarikat terpaksa memilih sama ada untuk menembak jatuh sebuah pesawat awam sepenuhnya dimuatkan dari langit ? Terdapat banyak perbincangan tentang bagaimana tidak ada "sasaran kaya" di kawasan itu. Diego Garcia adalah satu sasaran yang kaya seperti .
b. APAKAH liputan radar di Diego Garcia tidak ada, dan telah ia diperiksa ?
c. Apa tentang kapal-kapal dan kapal selam kita di kawasan itu, akan radar dan sonar mereka berpotensi telah mengambil sebuah kapal terbang menuju ke arah mereka atau terhempas di laut ?
d. Liputan satelit. Saya hanya melihat seorang pakar di CNN mengatakan tidak ada alasan untuk di sana untuk membuat liputan satelit di Lautan India , kecuali Diego Garcia ada. Jadi kita pasti tidak ada liputan satelit? ....
BACA LAGI SINI
08).
Dan terkini banyak lagi andaian dan spekulasi yang dibuat oleh mesyarakat dunia berkitan kehilangan MH370. bagi saya semuanya akan terjawab nanti apabila pesawat tersebut ditemui bersama kru dan penumpangnya... dengan itu kita doakan moga ditemui tidak lama lagi.
nasihat saya...
Jangan buat apa-apa spekulasi tanpa asas. Jangan sebarkan berita jika anda tidak mengetahui asasnya. Saya hanya berkongsi andaian dan untuk kita fikir bersama.
Read more at: http://www.astroawani.com/photos/album/malaysia-airlines-boeing-777-200-went-missing-925?cp
0 ulasan:
Catat Ulasan
SILA TINGGALKAN PESANAN ANDA DISINI.. Amsran.Com AKAN DATANG MELAWAT BLOG ANDA