♠ Posted by amsran at 10:27 PG
KALI INI ADMIN AKAN SHARE INFO DARIPADA http://www.funtasticko.net BAGAIMANA MENGTAHUI TARIKH LAHIR DAN USIA TAYAR KERETA ANDA
Kami tahu perkara ini telah banyak kali dikeluarkan di laman web atau sosial. Namun apa salahnya sesekali kita mengulang kaji benda yang dianggap remeh tetapi sebenarnya penting demi memastikan keselamatan semasa di jalan raya.
Tayar kereta sebenarnya ada tarikh luput. Kebanyakan pengilang tayar hanya memberi jaminan antara tiga hingga empat tahun sahaja. Jika melebihi tempoh yang dibenarkan, dikhuatiri boleh mengundang bahaya seperti keretakan pada permukaan tayar selain cengkaman tayar semakin berkurangan disebabkan getah yang sudah luput dan keras.
Bagaimana nak semak tarikh tarikh lahir dan usia tayar kereta anda?
Grafik di atas menunjukkan cara untuk mengetahui tarikh lahir dan usia tayar kereta anda. Kena rajin sikit belek tulisan yang dicop pada tayar sehingga jumpa angka seperti yang dibulatkan merah.
Contoh :
Nombor 1815 bermaksud – Dua digit terawal – sebagai contoh “18”: memberitahu minggu ke berapa tayar tersebut dikeluarkan. “18” minggu jika ditukar kepada bulan bermakna ia dikeluarkan pada bulan April.
Dua digit terakhir pula – sebagai contoh “15”: menyatakan tahun tayar dikeluarkan iaitu pada 2015. Maknanya tayar tersebut dah hampir setahun pengeluarannya. Jadi jika ditolak dengan jaminan pengeluar tayar hanya tinggal dua atau tiga tahun lagi jangka hayatnya sebelum ditukar.
Jika anda kerap berjalan jauh, seelok-eloknya periksa bunga tayar dengan lebih kerap kerana penggunaan tayar yang kerap akan lebih cepat bunganya haus. Jadi tempoh menukar tayar mungkin lebih cepat. Jangan sampai tayar dah botak atau dah terkeluar besi dari bunga tayar baru nak ganti ye!
Untuk yang jalan dekat-dekat tu kena sentiasa semak tarikh pengeluaran tayar walaupun pada zahirnya bunga tayar anda masih cantik tetapi usianya dah melebihi jaminan pengeluar. Lagi satu masa kat kedai tayar, cuba belek dulu tayar yang diberi sebelum dipasang, mana lah tau tauke kedai tayar tu bagi stok lama. Pastikan stok yang baharu atau minta diskaun jika stok lama je yang ada.
SUMBER : http://www.funtasticko.net
0 ulasan:
Catat Ulasan
SILA TINGGALKAN PESANAN ANDA DISINI.. Amsran.Com AKAN DATANG MELAWAT BLOG ANDA