Blog perkongsian maklumat dan isu semasa terkini

Cara betul membersihkan Sayur sayuran

♠ Posted by amsran in at 3:39 PTG
Cara betul membersihkan Sayur sayuran
Pokok Cili
Seperti yang kita tahu pengembilan sayuran-sayuran adalah sangat penting dalam diet seharian kita. Namun jangan kerana sikap lalai dan leka dalam membersihkan sayuran kita dibebani penyakit-penyakit lain. Posting kali ini, berkaitan cara membersihkan sayuran sebelum dimasak kerana sebelum ini admin ada pengalaman kurang baik, penah berkunjung ke sebuah restoran menjadi tumpuan (nama dirahsiakan) di sebuah daerah untuk makan tengahari masa tu menu yang di order ialah mee bandung dan minum teh Lemon.  Semasa pertengahan makan mee bandung adamin terasa sesuatu yang panjang berbeza dengan mee kuning.. periksa punya periksa mengunakan sudu dan gerpu .. Adoii.. rupa-rupanya sekor cacing terselit pada daun sayuran.. rasa macam nak muntah pun ada. Melihat keadaan pengunjung yang ramai dan terdiri daripada rata-ratanya pegawai kerajaan, bagi tidak merosakan pernigaan orang admin diamkan sahaja dan membuat bayaran. admin tidak berharap untuk berkunjung ke restoran tersebut. oleh itu, disini beberapa cara dan tip untuk membersihkan sayuran lebih bersih dan berkesan.

Ramai orang suka mencuci sayur-sayuran selepas dipotong. Mereka percaya cara ini adalah cara yang lebih baik tetapi itu tidak benar. Kalau sayur-sayuran dipotong dan terus dimasukkan ke dalam air, maka gula, vitamin C serta bahan-bahan mineral lain akan larut di dalam air. Ini akan mengakibatkan kehilangan nutrisi. Selain itu, sayur akan dicemari bakteria selepas dipotong dan boleh mengakibatkan masalah kesihatan. Dengan itu, lebih baik sayur dicuci dahulu sebelum dipotong. 

Cara betul membersihkan Sayur sayuran
Sayur Bayam


Cara yang sesuai untuk mencuci sayur adalah sperti berikut:
Dengan cara rendam sayur ke dalam air garam: selepas 3 hingga 6 kali membilasnya dengan air bersih, rendam sayur itu dengan air garam selama 1 jam. Kemudian bilas sekali lagi dengan air bersih. Bagi sayur kobis, cuci selepas dipotong di belah dua dan rendam dengan air bersih supaya bebas daripada sisa racun perosak 
Rendam dengan air mendidih: semasa memasak kacang dan seledri, lebih baiklah merendam sayur itu dalam air mendidih sebelum dimasak. Cara ini akan membasmi sisa racun perosak sebanyak 90%.

Selain itu, juga bagi sayuran kampung terutamanya. perlu direndam lebih lama bagi memastikan serangga dan ulat-ulatan tertanggal pada daun-daun sayuran dan kalau boleh rendam pada air panas seketika kemudian, periksa bekas air randaman tersebut pasti ada serangga atau cacing yang tertinggal.. di sini kita boleh nampak betapa pentingnya menyuci sayuran dengan cara yang betul.


Salah satu perkongsian daripada  Abang Brian berkaitan cara membersihkan sayuran yang kita boleh amalkan disebabkan kebanyakan hasil tanaman kini mengandungi racun serangga, adalah penting untuk menitikberatkan aspek kebersihan dalam mengendalikan penyediaan makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Jika diperolehi dari tanaman tradisional sekalipun (tanpa menggunakan racun), cara pembersihan yang betul juga harus diperhalusi untuk mengelakkan badan mungkin mendapat jangkitan bakteria dari tanaman.

1. Mencuci Tangan 
Cuci tangan anda terlebih dahulu sebelum mengendalikan makanan.

2. Mencuci Dengan Tangan
Adakalanya hanya membersihkan buah dengan air yang mengalir sambil menggosokkan tangan keatasnya sudah memadai kerana geseran yang terhasil dari tangan mungkin dapat menanggalkan sedikit demi sedikit kotoran yang melekat atau racun yang masih tersisa pada tanaman.

3. Merendam Dengan Garam
Garam merupakan salah satu ubat yang secara universal bertujuan untuk membasmi kuman. Selepas membasuh dan mencuci buah dan sayur, rendamkan seketika dengan air garam dalam beberapa minit untuk mematikan kuman. Cara begini juga sesuai untuk merendam epal yang telah dikupas untuk mengelakkan ianya berwarna kuning.

4. Mengelap Kulit Buah
Bagi buah seperti epal anda mempunyai dua pilihan sama ada membuang kulitnya terus atau mengelap kulitnya dengan limau kemudian basuh dan sedia dinikmati.

5. Selak 
Pastikan anda selaka satu persatu daun setiap kali anda mencuci sayur-sayuran berdaun seperti sawi atau kubis bagi memastikan tiada serangga yang melekat dicelah-celah daun tersebut.

6. Merendam dengan campuran cuka
Bancuh 1/2 cawan cuka makanan dengan dua cawan air biasa ke dalam besen. Cara ini berkesan untuk menghilangkan kesan racun pada tanaman tetapi cara ini tidak membunuh bakteria. Rendam hanya selama 5 minit bagi mengelakkan rasa sebenar makanan bertukar menjadi masam jika dibiarkan lebih lama.

7. Merendam Dengan Campuran Komersial Untuk Sayur dan Buah
Campuran ini boleh didapati dalam bentuk cecair dan serbuk. Cara ini dilihat lebih berkesan untuk menghilangkan kesan racun tanaman, mematikan kuman dan tidak mengubah rasa makanan.

Semoga cara membersihkan sayuran ini menjadi amalan kita bagi menjamin kebersihan dan kesihatan kita berpanjangan.
 
 sumber rujukan :  malay.cri.cn (sini)
                            abangbrian.com (sini)

1 ulasan:

  1. Saya selalu kalau basuh buah-buahan spt anggur, epal akan gunakan air garam

    BalasPadam

SILA TINGGALKAN PESANAN ANDA DISINI.. Amsran.Com AKAN DATANG MELAWAT BLOG ANDA

RANDOM POSTS