♠ Posted by amsran in Ujian tidur sebelum pandu bas dan lori at 8:25 PG
Kementerian Kesihatan bercadang mewajibkan semua pemandu kenderaan komersial menjalani ujian tidur bagi mengurangkan kadar kemalangan di negara ini. Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, ujian tersebut akan membantu untuk melihat sekiranya mereka mempunyai sebarang masalah penyakit tidur yang boleh menimbulkan bahaya kepada diri mereka, para penumpang dan pengguna jalan raya yang lain.
Selain itu, katanya, ia juga bertujuan memastikan pemandu sentiasa segar sepanjang pemanduan terutamanya bagi mereka yang memulakan perjalanan di waktu malam. Beliau menambah, pihaknya masih berbincang dengan Kementerian Pengangkutan bagi mencari alternatif terbaik pelaksanaan ujian itu secepat mungkin. "Ujian ini amat penting kerana pemandu kenderaan tersebut juga membawa penumpang yang ramai dan jika mereka tidak cukup tidur, ia boleh mengancam nyawa. "Selain itu, terdapat beberapa pemandu mengambil dadah bagi meningkatkan tenaga serta kesegaran sepanjang pemanduan walaupun mereka sedar ia sesuatu yang amat berbahaya dan menyalahi undang-undang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Tidur Sedunia 2012 di sini semalam.
Tiong Lai turut memaklumkan bahawa kementeriannya juga bercadang membuka lebih banyak Makmal Tidur di hospital-hospital kerajaan sebagai pusat rawatan untuk mereka yang menghadapi masalah tidur. "Kini ada 20 buah makmal tersebut di hospital-hospital kerajaan di seluruh negara dan jumlah ini akan ditambah mengikut keperluan," katanya.
SUMBER: KOSMO
SUMBER: KOSMO
0 ulasan:
Catat Ulasan
SILA TINGGALKAN PESANAN ANDA DISINI.. Amsran.Com AKAN DATANG MELAWAT BLOG ANDA