Blog perkongsian maklumat dan isu semasa terkini

BLOGGER AWARD FRIENDSHIP

♠ Posted by amsran in


Adoi...!! akhirnya siap juga ako buat kemaskini blog  ni..
barulah ada masa untuk buat post...kena replay  tag ci pika ni...


1- FIVE name that people call you

  • Amsran ( nama ni buat ako kembang hidung sebesar-besarnya...sebab setakat ni yang saya tahu di dunia ni saya saja yang bernama Amsran dengan ejaan A+M+S+R+A+N. ikutkan time sekolah ako malu juga kenapalah nama ako pelik sangat...susah mahu sebut lagi tu... sekrang baru ako tahu genius juga mama bapa ako tu... hee)
  • AChong (nama ni cousin aka yang bernama Asmawi yang bagi, sempena nama kawan dia yang suka buat jahat time dia sekolah dulu..melekat nama tu dgn ako)
  • AChan ( ini nama bapa dan abang ako saja yang panggil)
  • STW ( singkatan bagi Save The World)
  • Am ( kawan-kawan sekarang yang pangil sempena singkatan Amsran... tapi bila aku balik Air Hitam, Johor dekat rumah mentua abang aku semua jadi keliru... sebab nama panggilan abang aku tu pun AM juga...so!! ada dua AM.. haa..haa..) 

2- FIVE important dates in your life
  • Tarikh Lahir ako sendiri (24.02.1985)
  • Tarikh ako Mula berkerja Kerajaan (24.02.2009)
  • Tarikh Anjakan gaji Tahunan setiap tahun pada tarikh ini (24.02.****)
  • Tarikh Lahir Ni ako tidak boleh lupa (06.01.1991)
  • Sekarang ni tarikh cuti-cuti Umum dan tarikh ako Naik Flight balik Sabah
     (24 Februari adalah tarikh yang terbest buat ako)
 
(Di sini saya buat pengakuan bahawa saya bermasalah untuk mengingat angka atau nombor sejak dari lahir lagi[ jawab soalan matematik ako ok] bayangkan nombor motor ako sendiri pun ako tidak ingat.. nombor telefon ako sendiri, tidak ingat yang Cecom saja kalau DIGI tu sudah boleh ingat sebab sudah guna selama 7 tahun.. dan banyak tarikh penting ako boleh lupa)
3- FIVE things that you done yesterday
  •  Aku lupa bawa dompet, nasiblah CC Norini belanja saya serapan pagi..
  • Ako tidur di tempat kerja...time megadap PC, siap terkeluar air liur.... nasib ada tisu untuk lap..
  • Ako online Baca Comice Bleach online di ONEMANGA (buka facebook di ofice kena block nasiblah..)
  • Pergi JUSCO sebelah rumah sebab laptop ako tidak boleh on beli CD window XP untuk format semula
  • ok.. !! online sampai jam 4 pagi...(patutlah lepas serapan pagi tidur depan PC)

4- FIVE ways to be happy
  • Telefon ibu bapa (keluarga di kampong) Tanya khabar.. minta doa moga sentiasa selamat dan berjaya dalam kerjaya.
  • Dapat menelefon atau dpt sms daripada orang Bongawan
  • Tengok gambar lama-lama, buat ako ketawa seorang..atau tersenyum lebar..
  • Tengok calendar bila ada cuti dan balik kampunglah perkara yg mengembirakan ako.(kalau tarikh balik kampong tu minggu depan beg ako dan pakaian sudah siap packing ini)
  • Jumpa orang yang kita ci*a
5- FIVE favourite movies 

  • Adnan sempit (ako rasa mahu terkencing saja ketawa tengok sem berlakon)
  • Ketika Cinta Bertasbih( ako baru saja tengok movie ni, masyuk terus)
  • Cerita yang lawan-lawan.
  • Cerita cinta-cintaa(korea) tapi lama sudah ako inda tengok..
  • Cerita kartoon….

6- FIVE favourite hobbies 
  • Alah ako biasalah sekarang ni… online lah saja caranya ako menghilangkan boring(berjalan-jalan seorang diri ako takut sini ni… biasalah Bandar….kalau ada benda penting + harus barulah keluar)
  • Layan baca comice(doremon, naruto,bleach and many more..)
  • Sms @ telefon
  • Bercerita dgn kawan2, cerita apa-apa saja..(ako udah jadi mesra alam)
  • Baca buku @baca news papar

7- FIVE favourite people

  • Saya sendiri( saya tidaklah bangga pada diri ini tapi cara berfikir tu..yang buat ako kagum pada diri)
  • Tok imam di masjid(persent 16)
  • Guru
  • Orang yang telah berjaya dalam kehidupan…..
  • Orang yang berilmu  

8- FIVE favourite places for vacation

  • Mount Kinabalu( pernah naik 1 kali sahaja pada tahun 2007 itu adalah first time ako… second time ni bilalah)
  • Jordan..
  • Mekkah(insyallah)
  • Pekan Beaufort(haaa..haaa..)
  • Di Sabah sendiri lagi best jimat duit.
9- FIVE reasons you answers the survey

  • Ako kena tag oleh ci pika
  • Nak tambah post blog ako ni…
  • Entah ako sendiri pun tidak tahu…
  • Soalan sama mcm exam MTesT/exam 41..
  • Jari ni gatal mahu menaip…

10- FIVE persons to tag

  • Dukku Kagalon
  • Sham Lampaq
  • Max Rock Star yang menghilang selama 1 tahun
  • Exzora
  • Sesiapa sahaja yang sudi mentag dirinya sendiri.. dialu-alukan dgn karpit merah…

sekian, 


LOST AND FOUND LETTER 05/12/06

♠ Posted by amsran

me be Long time a go

Date 05/12/06

For me it’s quite hard to fall in love with that person called a gurl…

why I am saying so…this is beacuse I had been hurt before….

But now…when I already fall in luve again…way I was treated like this….

I’m so tired of being waiting….it is very exhausting me….

Dear gurl outside..could you hear me…don’t even once broke up your partner feelings…it’s really hurt…and only that person knew that feeling….

If you couldn’t accept her..just say it honestly…. This is better than you playing around with their feeling by giving them an encourage…u just broke their feeling on tht time…and this hurt is still earlier…..so it wouldn’t really pain….

To those person tht I love so much…. I hope that u could hear my heart

start from now and onwards I’ll more carefull in life….

I’ll promise with myself..that I wouldn’t let my heart stole by u (girl) as easier as before…..i’ll try to become a heartless person…tht only think about myself first….

Maybe most of you will call me a selfish person…but I have to do this to cure my feeling…I have to be happy always in front of others……..

by some one i know
call she"

cabaran demi cabaran mendatang

♠ Posted by amsran
wahh!!! payah mahu taip satu-satu ni...
akhir-akhir ni hidup ako rassing dan kalam kabut sikit hingga tiada masa mahu up date blog ini.. so bagi memudahkan saya buat lest dalam bentuk point-point saja ...malas bah time ini ako mahu menaip. tapi still mahu up date blog ni..huu


- 8 - 12 Mac busy dgn kerja di ofice mahu siapakan banyak kerja sebelum pergi induksi umum dan sambung cuti


- 13 Mac exam MTEST kpli di Bandar Baru Bangi(tidak dapt hadir kenduri kawin akak Afie di Johor)


- 14 Mac bangun awal pagi pergi ofice, bergerak ke INTIM Kemaman, Terengganu.


- 15 - 23 Mac wahhh!!! jadual berkursus Induksi Umum sangat padat dgn aktiviti kumpulan hinggakan masa untuk tidur pun paling banyak dalam 3 hingga 5 jam 1 hari... tapi rasa best juga dgn aktiviti kumpulan..


- 23 Mac petang bergerak balik ke Putrajaya..


- 24 Mac bangun awal subuh pergi ke airpot LCCT untuk menaiki flight airasia untuk balik bercuti di kampung


- 24 Mac, bestnya pagi dirumah bapa tua di Petagas. petang sampai di kampung


- 25 Mac pergi Bongawan di rumah ikma hee...bestnya...memang best... biar pun secara fizikalnya ako tidak menunjukkan happy tu... tapi dalam hati ini teruja...haa memang best sangat (biarlah jadi rasia ako) janji ako happy...syukur..


- 29 Mac balik di beaufort buat2 busy dgn aktiviti di kg.


- 2 April jalan-jalan di Kota Kinabalu sama2 dgn Lokaz.


- 3 April duduk di rumah saja berehat


- 4 april balik Ke Putrajaya.


- 5 - 9 April busy dengan kerja ofice yg ditinggalkan selama 3 minggu..


- 10 April exam di bandar baru bangi lagi, bagi jawatan Pegawai penguatkuasa N41.. memang exam ni susah apa pun tidak salah untuk mencuba, kumpul pengalaman untuk di masa akan datang..


- 12 April keputusan atau pengilan untuk temu duga kpli harap nama ada dalam senarai tersebut untuk di interview... moga saya berjaya!!

erti kesetiaan

♠ Posted by amsran in

Hasil dari pada pemerhatian saya akhir-akhir ini maka saya buat ulasan isu ini. Post kali ini bukan untuk mengata orang atau sesiapa saja tapi sebagai peringatan pada diri.… berkaitan isu kesetiaan dalam sesebuah perhubungan itu.

Apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan itu? apa ya?

 Ramai orang yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita satu hari nanti? Oleh persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan sanggup melakukan perkara-perkara yang dilarang ..

Apa ke pentingnya kesetiaan dalam perhubungan.?? garu kepala juga.

kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih.  sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya…?  Kira menipu lah tu…?  Oleh itu, jangan taburkan janji-janji jika  tidak mampu untuk tepati dan jangan cuba mencintai kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…

hidup kita ini seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan… Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan…

Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagaian pasangan kita tanpa rasa jemu. 

Tidak penting utk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal dan redha lah…kita tahu siap diri kita ini…!!

Ni ayat saya petik dari satu artikel macam ni ayatnya:
“Lelaki atau wanita yang baik hanya untuk lelaki atau wanita yang baik…
Manakala lelaki atau wanita yang tidak baik hanya untuk lelaki yang tidak baik…”

Pilihan adalah di tangan anda…

RINDUKAN KELUARGA DAN MASAKAN IBU YANG MASIN

♠ Posted by amsran in
Jika tidak kerana tuntutan tugas dan kewajipan, tiada siapa sanggup  berjauhan daripada keluarga dan bersendirian di negari orang. kesayuan, keterasingan dan kekosongan pasti membelit diri bila terkenangkan mereka disana. Jika aku ada membuat silap dan salah sebelum ini ibu maafkan dan ampun kan aku. mungkin dulu aku selalu tidak mendengar kata-kata mu, dan selalu comment " MAK!! MASAKAN MAMA NI MESTI MASIN"  tapi kini, aku sedar setelah berjauhan bertapah kasih dan sayangnya ibu kepada ku. 
Bila kita kesedihan ibulah yang kita cari dulu. Semasa kecil bila kita merajuk, ibulah yang memujuk. Bila kita demam ibulah yang suapkan ubat dimulut kita dan jaga sampai kita sihat. Ibu juga lah yang masakkan makanan kegemaran kita bila kita teringin. Bila kita berjaya dalam pelajaran ibu menangis kegembiraan untuk kita. 
Bila ibu dah tidak bernafas lagi barulah kita rindukan senyuman ibu, ketawa ibu, rindukan leteren ibu, rindukan masakan ibu, rindu wajah ibu dan rindukan segala-galanya tentang ibu. Masa tu barulah kita sedar kita langsung tak termampu pun nak balas segala jasa ibu sejak dari melahirkan hinggalah besarkan kita. Ketika itu, walau kita mampu bagi harta yang banyak kepada ibupun sudah tidak bererti apa2 lagi kerana ibu dah pergi selama-lamanya. Jadi hargailah mereka sementara mereka masih hidup ni. Wallahua’lam. 

Sesungguhnya izinkan aku mendapat peluang untuk memgembirakan ibu ku.jangan terlambat.

“Kasih ibu sepanjang jalan, tak terkira sepanjang masa, hanya memberi dan tanpa harapkan balasan..”

Tunggu Kepulangan Ku

♠ Posted by amsran in
Hati ini resah, gelisah dan gelabah kerana rasa kecewa dengan perubahan perancagan cuti yang telah di atur dgn sempurna... tidak disangka disaat akhir belaku perubahan. Tenggungjawab ku pada negara perlu dilaksanakan. maafkan andainya abg tidak hadir di hari yang penting buat keluargamu. Apa yang mampu aku laku kan hanya lah bersabar, menanti tarikh kembalinya aku menemui mu disana walau pun lambat namun wajah ceriamu pasti akan terpancar jua..... tunggu kepulangan ku Ikma...!!!

antara mimpi indah dan mimpi buruk

♠ Posted by amsran

06.01.91 ke indah bila melihat senyumnya ketika menerima hadiah..hati rasa gembira..


Tarikh 24hb Feb 2010.. telah genap setahun bermastautin di semananjung ni… tarikh ini persamaan dengan tarikh lahir saya.. Tahun lepas 24hb Feb saya sambut hari lahir ketika melapor diri untuk berkerja.. itu merupakan hadiah yang besar bagi ku… walau pun dalam keadaan sedih kerana berjauhan dgn keluarga yang berada di Sabah.. tahun ini.. 24hb Feb umpama mimpi indah dan mimpi buruk ku juga… ya.. mimpi indah perasaan cinta dan sayang pada si dia semakin kuat dan Mac ni dah plan bercuti balik Sabah untuk hadir kenduri kawin abg si dia di rumahnya dan ada-ada lagi.... tubb..tubb.. mimpi buruk ku datang secara tiba-tiba.. surat induksi umum dari JPA meminta saya hadir ke INTAN Terangganu bermula 14 hingga 23 Mac.. umpama gelap pendangan ini sementara waktu..… dengan keadaan sedih saya.. terimanya juga.. saya ubah plan untuk balik awal ke Sabah…time ni pula org atasan saya macam tidak mahu bagi cuti saja…..apa pun hari ini saya akan mengadapnya untuk memberikan penjelasan agar cuti saya diluluskan…. Kalau tidak diluluskan
terpaksalah saya ubah sekali lagi cuti saya ke hujung bulan Mac iaitu bermula 24hb Mac... itu pun kalau diluluskan…. Apakah silap dan salah saya… apa pun saya bersyukur pada Allah s.w.t dan ada hikmah di sebalik semua ini…


(ini bukan halangan tapi penguat bagi ku, ini bukan masalah tapi tanggugjawab ku)

terkini pula

♠ Posted by amsran in

-->
Hee.. lama saya tidak update posting blog ni.. terlalu busy dengan kerja di ofice yang silih berganti.. X  apalah kali ini saya cerita kisah seorang sahabat  yang seorang ni.. memang menyayat hati..  kesian sangat-sangat , tapi apakan daya saya hanya mampu memberikan nasihat supaya dia kuatkan semangat.  Tidak mampu untuk diri ini membayangkan hubungan yang berlangsung selama lapan (8)tahun berakhir dalam  masa satu (1) hari saja, itu yang terjadi. Siapa sangka di dalam masa  sebulan lebih lagi ingin melangsungkan masjlis pekhawinan masalah muncul apabila, si wanita menjalin hubungan dengan jejak lain yang baru dikenalinya lebih kurang setahun … dengan beralasankan sudah tidak ada perasaan cinta lagi dalam hati si wanita.. dia ingin memutuskan ikatan sebelum ini… saya tidak berani untuk mengulas panjang hal ini.. bukan tujuan untuk menghebuh-hebuhkan hal orang tapi realiti hidup… sebagai pengajaan dan panduan kita supaya jangan terjadi kepada kita kelak , insyaallah… apa pun ujian ini datang kerana Allah sayangkan kita.

Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP)

UJIAN KOMPUTER JPJ
Sejak akhir ini awal pagi saja.. mesti ternampak pendangan yang kurang indah.. entahlah kenapa boleh jadi macam ni..

KEMALANGAN JALAN RAYA.. rasanya baik dorang ni ambil balik dan dalami sembula KPP. seperti yang kita tahu Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) digubal bagi tujuan membantu pemandu atau pengguna jalan raya menguasai aspek-aspek keselamatan dan peraturan yang perlu diamalkan semasa di jalan raya. Penekanan terhadap aspek pengetahuan, kemahiran kesepaduan menjadi tunjang kepada KPP ini. Disini saya ada Atcch kan ujian komputer undang-undang JPJ sebagai panduan dan dalami sahaja ilmu jalan raya ini... jangan ambil mudah... bukan bermakan kita ada lesen kenderaan, menunjukan kita mahir...HEBAT.. POWER..MACHO..KUAT.. DLL.. di atas jalan raya...

utamakan keselamatan diri dan orang awam lain, sentiasa ingatlah orang yang tersayang.... apa-apa pun di ucapkan semoga berjaya..




KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD


Selamat tahun baru 2010 di ucapkan kepada semua

♠ Posted by amsran
.
Sambutan tahun baru di Sunway Pramid


Semoga tahun baru ini hidup kita lebih baik dan kegembiraan hadir sepanjang masa…


Laungan!! HAPPY!! NEW YeAR 2010.. semata-mata tidak akan bermakna jika kita tidak melakukan sesuatu sama ada pada diri kita, keluarga, masyarakat dan negara.



Oleh itu, bersama-samalah kita memperbaiki keadaan.. kuat kan azam.. matlamat, impian dan yang penting kita sentiasa dekat pada Allah SWT walau dimana pun kita berada..



Kawan saya pernah berkata "same day for tomorrow, but different years....nothing is changing actually...just stupid people who make that calendar “...importantly.. we must changed become more better.. time change we need change together.
change should in respective self…



kata-katanya memang ada benarnya…

Derita si belalang..baca dan fahami..

♠ Posted by amsran



Nasihat kepada sesiapa sahaja....



Dulu time saya sekolah rendah di kampong saya selalu menangkap belalang untuk di buat umpan memancing!!! Biasalah memancing ni hobi saya bersama abang dan adik saya….dan sepupu saya pun lebih kurang juga hobi kami ni…memancing…… paling best memancing udang di sungai Padas!!! best apabila banyak mendapat tengkapan.



Umpan pancing biasalah! guna belalang dan cacing tanah…. Belalang!! Belalang!!
Pernah kah kamu menangkap belalang … mesti pernah kan… kalau tidak pernah buat-buat pernah menangkapnya…..



Yang pastinya



semasa menangkap, kita akan menepuk tangan untuk memerangkap belalang tersebut… ketika itu, kaki belalang tersebut patah… kedua-duanya…. Kita rasa belalang itu sudah tidak bagus kerana kakinya patah… lalu melepaskannya begitu sahaja….!!!



bayangkanlah !!! Kamu rasa apakah yang akan dideritai oleh belalang itu? Ya kamu lepaskan begitu sahaja. Bolehkan belalang itu menyambung hidup dengan kakinya yang patah atau mungkin juga menyebabkan organ-organ penting dalam badan belalang tersebut telah rosak?
Mesti belalang itu akan mengalami kesakitan sebelum akhirnya mati.



Dengan kaki yang patah, belalang itu tentu tidak dapat mencari makanan, untuk melompat pun mungkin dia tidak mampu. Belalang itu mungkin disisihkan oleh belalang-belalang lain kerana sudah tidak boleh bergerak aktif lagi.



Nahhhhhh!!! begitulah juga setelah kamu memberi banyak HARAPAN kepada seseorang, setelah dia mula menyayangi dan mencintai kamu hendaklah kamu menjaga hatinya. Jangan sesekali terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh KENANGAN bersama kamu dan mungkin tidak dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingati kamu.



Oleh sebab itu, apabila kamu merelakan hati untuk bercinta, seriuslah dalam tindakan dan keputusan kamu itu, sebab jika kamu hanya main-main, akan ada pihak yang menangis dan menderita. Cuba bayangkan betapa sakit dan menderitanya si Belalang menjalani hidupnya setelah dilepaskan kembali . Begitulah, alangkah sakitnya hidup bersama hati yang terluka kerana mengingati seseorang.




Akan bemulakan satu penderita dan penantian yang tidak pasti!!!Ingatlah,.... Jangan sesekali memberikan harapan kepada orang lain, yang mana kita sendiri pun tidak pasti akan kesudahannya...




Jika hari ini kita melukakan seseorang, suatu hari nanti kita pula akan dilukai seperti mana kita pernah melukakan dahulu....


Renungkanlah....

Merry Christmas and Happy New Year!

♠ Posted by amsran

Selamat Hari Natal kepada semua yang Menyambutnya.Semoga mereka yang bercadang untuk balik ke kampung masing-masing akan berhati-hati dalam perjalanan balik sama ada dengan menaiki kapal terbang, kereta, bas atau pun motorsikal. Dan semoga anda tidak kira di mana jua pun akan dapat menikmati perayaan Hari Natal ini dengan... penuh kemesraan dan makna bersama keluarga masing-masing serta insan-insan lain yang disayangi.

Adoi!!! Bestnya Cuti Di Kampung

♠ Posted by amsran


Percutian selama 11 hari di kampung halaman memang best... schedule memang padat...


first day jam 1.00 pagi saya hampir tertidur di Airport Mas Kota kinabalu.. gara-gara sepupu saya tertidur dan teroff telefon bimbit...!! hampir jam 2 baru ada sepupu yang lagi satu ambil...isss!! kasian kan sudahlah!! dari rumah sewa Ke KLIA terkejar-kejar takut tertinggal flight..!!


sabtu, niat mahu jalan-jalan di sekitar bandar kota Kinabalu... tapi tidak sempat kerana tengahari tu kena gerak balik kampung...




oh!!! balik kampung!!


Ahad, 3.00 pagi(family sebelah bapa), pergi Kampung Siaun, alahhh!!! jalan ke Menumbuk tolong buat persediaan memasak utk majlis kenduri siangnya!!! selepas kenduri tu saya awal balik ke rumah sebab mahu keluar ke pekan mahu belikan barang yang dijanjikan utuk mama saya...(rahsia) kira-kira bajet mahu habis dalam RM 700 juga... waaa!!! waa!!! tapi tidak ape untuk mama juga!!


memang hari-hari ada saja benda yang kena buat...





tengok TV ramai..


Sepanjang di kg tidur pun 4 jam sahaja.. biasalah hujung tahun banyak majlis kenduri khawin!!!termasuk kenduri kawin sepupu saya sendiri yang sebayang dengan saya!!! yang bestnya perkawinan mereka ni ialah jarak rumah pengantin perampuan dengan pengantin lelaki lebih kurang 300m saja apa lagi bunyi gendeng berlawanan antara dua pihak...tong!!!!! tongg!!!





sorry !!! posisi gambar kurang menarik..

saya busy di dapur jadi urusetia makanan!!



hee!!! apa-apa pun semoga jodoh mereka berkekalan!!! dan dapat ramai anak.. hee!!


time ni aku banyaklah takut !!! sebab pastinya kena tanya bila lagi turn mahu naik pelamin... waa!!! sampai hilang mood saya mahu cuci bontot kawah(Kuali Besar).. huu!!! sabar sayalah! kalau sudah jodoh tidak akan kemana...



last day, tiada mood mahu balik ni...


cousin!!



Awal-awal pagi si LoKaz(Hafizul Hamzah) sudah datang pergi rumah... saja-saja mahu berbual.. sebab dia mahu datang pergi KL 26 Dis 09 ni.. stay di kajang tempat rumah kakaknya... oklah ada juga best friend saya...di sana..hee!!! saya tunggu ketibaan kamu lokaz!!!!!hee



Tengahari tu niat mahu singgah di rumah Bongawan... mahu jumpa Umi dan Abi sebelum balik... sekali singgah rumah bertutup.. sudah agak.. mesti jalan.. betul deorang umi dan abi pergi KK (Kota Kinabalu).. entah urusan apa... salah saya juga, tidak bagi tahu umi awal-awal mahu singgah di sana... huu!!! huu!!!... makanya!!! insallah!! akan datang jumpa juga!!!




Di Airport KLIA

So!!!teruslah saya pergi Airport Kota Kinabalu ni.. tapi sebelum tu pergi makan rojak dulu di Putatan.. sama-sama Afiz dan isterinya dari Johor yang datang bercuti di Sabah, dengar dorang mahu pergi Sandakan bersama-sama abang saya petang tu, bercuti biasalah!!!.. heee!!!




Time ni nizam pula buat hal..tidak pandai muncul-muncul muka dia di airport... pagi tadi saya call dia bleh dia kata,,,,sedang mandi-mandi air panas di poring, Ranau. counter cek in sudah tutup Nizam naik next flightlah... alah tambah RM 100 saja bayar denda... daripada tiket burn dan kena beli tiket dengan harga yg mahal..!! ikut suka hati kaulah nizam..!!!




TTingtong!!calling!! bunyi penggilan untuk masuk kedalam kapal terbang.. adoi!!!balik!!!balik!!! sedihnya macam inda puas duduk di Negeri sendiri...!!!
kaki ini berat melangkah!!! menuju ke pintu Berlepas!!

I’ll be back next Monday

♠ Posted by amsran
1

Release tension,( 1 Julai 2007)



For some unknown reasons, I miss my hometown Beaufort a lot these days. Because, few more days I will going back to hometown I miss my family. I miss the food(Ambyat food is made from sago palm), the weather, the Padas river, the green sceneries, the people, my house and everything little things in my villages.



It’s silly because I still feel homesick even though I’ve been away from Beaufort for more than 9 month. Or perhaps, it’s the feeling of missing my family members there. It has been almost half a month since our last gathering in Lawa Village (Hari Raya Puasa).
The good news is - I’m going back to Sabah(Kota Kinabalu) Friday. Going to be a short trip and we will be back next Monday(21 Dis 09). I’m so excited!
Although Friday going back, from now I spent half hours packing.



I’ll be back next Monday

PRA PERKHAWINAN ISLAM

♠ Posted by amsran
Masjid Putra, Putrajaya

5 hingga 6 Disember 2009, sebab telampau boring duduk di rumah saja di hujung minggu… saya cubalah isi masa lapang saya dengan aktiviti serta kerja yang berfaedah…. oleh itu, saya ikut kursus PRA PERKHAWINAN ISLAM JAWI anjuran Ajensi Anti-Dadah Antarabangsa di IOI Resort, Putrajaya…. kebetulan beberapa orang kawan serumah dengan saya turut serta dalam kursus ini.. Lagi pun sijil kursus ni di wajibkan kepada semua bakal-bakal pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga… sijil ni pun sah diguna pakai untuk seumur hidup… maknanya nanti bila time diri sendiri ni mahu mendirikan masjid tak perlulah lagi pergi kursus ini… bayaran yuran pun Cuma RM70.00 saja makan minum disediakan… isi kandungan dan topic yang dibincangkan juga menarik dan sesuai sebagai persediaan kepada pasangan yang bakal berkahwin nanti…daripada kursus ini banyak perkara yang saya ketahu..bahawa perkhwinan ini bukan perkara mudah..untuk berkhwin kita perlulah membuat persedian...kerana saat kita bernikah..akan berbezalah kehidupan. daripada seorang kepada dua orang, tangung jawab pun bertambah, keluarga bertambah besar..dalam semua hal berbeza.. tampa perancangan dan persediaan maka timbullah bermacam-macam masalah.. hinggalah berlakunya peceraian, sebagai jalan penyelesaian...hal ini membuatkan saya berfikiran jauh.. saya perlu meningkatkan pengetahuan dalam agama islam... kerana inilah salah satu cara untuk mendapatkan kebahagian sama ada di dunia dan akhirat..
Tapi kawin ni inda tahulah pula bila !!! lah jodoh saya ni!!! Tunggu sajalah!!!

RANDOM POSTS