ams.com

Blog perkongsian maklumat dan isu semasa terkini

CARA MENJANA DUIT SECARA ONLINE YANG BOLEH DIPERCAYAI MENGHASILKAN WANG MENGUNAKAN TELEFON ANDA

♠ Posted by amsran

 BUAT DUIT ONLINE GUNA SMARTPHONE 

Dengan mengunakan telefon kita, sebenarnya telefon kita boleh menjana wang secara santai dan mudah..? Cara menjana duit sebenarnya cukup mudah dan ia adalah percuma, Anda hanya perlu melakukan beberapa tugas kecil seperti mengisi survey, bermain game, menonton iklan, dan banyak lagi.

Rasanya daripada melakukan aktiviti yang tidak berguna, lebih baik menggunakan smartphone Anda untuk menjana duit tambahan.

Ada pelbagai apikasi daripada google play/play store yang boleh penghasil dolar terbaik di internet yang terbukti dapat membayar, Anda boleh memasangnya untuk mendapatkan pendapatan dengan cepat.

Setelah berjaya mengerjakan tugas yang diminta oleh apps buat dollar, Anda akan diberi sejumlah point yang dapat ditukar menjadi berbagai pilihan hadiah, salah satunya adalah pembayaran duit melalui PayPal.


MARI KITA PERIKSA CARA MENJANA DUIT SECARA ONLINE YANG BOLEH DIPERCAYAI  MENGHASILKAN WANG  MENGUNAKAN TELEFON ANDA.


Buat Duit Dengan Kaji Selidik Online 7 Tempat Terbaik


1.  YOUGOV




Saya telah mengambil masa lebih kurang 2 Bulan akhirnya saya memperoleh 5000 point untuk ditebus dengan tinjauan YouGov!. laman tinjauan dalam talian ini adalah cara terbaik untuk membuat sedikit wang tambahan pada masa lapang anda.


sebanyak 5000 point telah di tebus melalui PayPal

Kegemaran peribadi saya ialah YouGov – kerana, Walaupun YouGov mempunyai target nilai ambang pembayaran yang sangat tinggi sebanyak 5,000 mata,  kebaikan YouGov  ia tidak seperti tapak tinjauan lain, kerana tidak menghalang anda daripada tinjauan separuh jalan. Saya mendapati ia sangat boleh dipercayai, mudah digunakan dan benar-benar sah.

try sekarang YouGov

saya sendiri telah mengeluarkan 5000 point  RM70 ringgit tetapi kadar pertukaran ringgit Malaysia terdapat perubahan. Wang yang ditebus sebayak 5000 point masuk ke dalam akaun PayPal saya sebanyak $ 25 USG persamaan RM79.21.

2. CASH'EM ALL



SAMBIL BERMAIN GAMES ANDA BOLEH MEMBUAT DUIT DENGAN CASH'EM ALL


Cash'em All ialah aplikasi percuma sepenuhnya, menawarkan anda peluang untuk mendapatkan wang sebenar dengan bermain permainan pada telefon mudah alih anda.

Perkara yang menarik tentang apl kami ialah anda boleh memperoleh kad hadiah pertama anda atau mendapatkan ganjaran wang PayPal anda selepas hanya beberapa minit bermain mana-mana permainan yang anda pilih!



permainan kami direka berdasarkan minat dan pilihan anda. Temui dan mainkan sebarang permainan dari senarai Cash'em All dan mula mengumpul Syiling!

Tebus Syiling anda untuk mendapatkan ganjaran hebat seperti kad hadiah Amazon, baucar Gedung Google Play, Netflix dan banyak lagi, atau dapatkan bayaran terus ke akaun PayPal anda.

Saya sendiri telah berjaya mendapat wang daripada games ini yang dipindahkan ke dalam akaun PayPal.





bukti main games di Cash'em All memang membayar ke dalam akaun PayPal saya

try sekarang Cash'em All 





BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA 2018 (BR1M 2018)

♠ Posted by amsran in
BR1M 2018
BR1M 2018
MAKLUMAN PENTING
  1. Semua maklumat yang dilaporkan dalam permohonan BR1M menjadi hak milik Kerajaan dan boleh digunakan untuk tujuan rasmi Kerajaan.

MAKLUMAN TERKINI
  1. Tarikh akhir penunaian Baucar BR1M 2017 telah dilanjutkan sehingga 28 Disember 2017.
  2. Permohonan Baharu / Kemas Kini BR1M 2018 secara dalam talian dan penghantaran permohonan melalui borang manual adalah bermula pada 27 November 2017 sehingga 31 Disember 2017. Sila klik  Jadual Pembukaan Kaunter BR1M 2018 di semua Cawangan LHDN.

NOTIS AMARAN  
AMARAN LHDNM BERKENAAN eMEL DAN SMS PALSU BR1M
LHDNM WARN OF FAKE eMAIL AND SHORT MESSAGE SEVICE (SMS) ON BR1M    



PERINGATAN
  1. MOF / LHDNM telah menerima aduan mengenai kewujudan LAMAN SESAWANG / FACEBOOK / TWITTER PALSU berkaitan BR1M di media sosial. Sila klik  bagi senarai berkenaan. Oleh itu dinasihatkan untuk tidak mengakses atau memberikan sebarang maklumat peribadi di laman sesawang berkenaan.
  2. LHDNM tidak menyediakan perkhidmatan pengemaskinian BR1M secara panggilan dan ingin membuat PENAFIAN bahawa talian berkenaan adalah bukan milik LHDNM: Sila klik  senarai berkenaan
  3. LHDNM menafikan ada membuat panggilan keluar menggunakan talian bebas tol 1-800-88-2716 atau 03-83138987. Panggilan semula (jika perlu) hanya dibuat kepada individu yang ada membuat panggilan di talian bebas tol BR1M. Di mana individu berkenaan akan dimaklumkan terlebih dahulu semasa aduan / semakan diterima.
  4. Kerajaan TIDAK mengenakan sebarang bayaran bagi penerimaan permohonan BR1M / Rayuan BR1M.
  5. LHDNM TIDAK menyediakan sebarang perkhidmatan berbayar bagi pengisian borang permohonan BR1M / Rayuan BR1M.
  6. Sekretariat BR1M MoF dan LHDNM tidak pernah mengeluarkan / mengedarkan maklumat BR1M melalui mana-mana media sosial seperti aplikasi whatsapp. Maklumat yang sahih BR1M 2018 hanyalah melalui phamplet yang telah dikeluarkan dan diedarkan terus kepada semua penerima BR1M.

SKIM KHAIRAT KEMATIAN BR1M 2018
  1. Skim Khairat Kematian sebanyak RM1,000 hanya layak diberi kepada waris yang didaftarkan di Bahagian Maklumat Waris penerima BR1M kategori Isi Rumah dan Warga Emas yang meninggal dunia di dalam tempoh 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2018.
  2. Waris perlu membawa dokumen berikut:

    1. Sijil Kematian asal atau salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara(JPN)
    2. Kad Pengenalan Asal Waris
    3. Dokumen pembuktian pertalian antara penerima dan waris

SYARAT KELAYAKAN
  1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  3. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  4. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

Kemukakan Salinan:
  1. MyKad / MyPR / MyKAS / MyKid / Sijil Lahir / Pasport dan Visa bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
  2. Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
  3. Pengesahan penamatan / pembubaran perniagaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mulai 1 Oktober 2017 bagi pemohon dan pasangan yang mempunyai pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.
Penerima Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) bagi sesi 2017 / 2018 TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2018.



HUBUNGI bR1M
Hotline BR1M MOF : 
03-8882 4565 / 
03-8882 4566
Hotline BR1M LHDNM : 
1-800-88-2716 
Waktu Operasi : 
9.00 a.m hingga 5.00 p.m 
eMel : 

Faksimili BR1M MOF : 
03-8882 3933
Sekretariat BR1M : 
Pejabat Belanjawan Negara 
Kementerian Kewangan Malaysia 
(MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya
 

resepi daging : KOREAN GRILLED BEEF

♠ Posted by amsran


Mee Kari resepi minggu lepas



Resepi daging  adalah salah satu menu kegemaran saya. saya selalu meminta isteri untuk masakan menu resepi ini, memang menjadilah kalau dia masak.meletopp. kompom habis dimakan.... pada minggu lepas isteri saya telah memasak resepi mee Kari dan minggu ini juga saya meminta isteri saya untuk memasak resepi daging iaitu  BULGOGI @ KOREAN GRILLED BEEF yang saya ternampak dalam share Facebook oleh Resepi Masakan Daging. Yang lagi menjadi perhatian bahan-bahan dan cara memasaknya tersangatlah senang! mari kita tengokkk... 


vadio cara memasak BULGOGI 

Bahan-bahannya :
500g daging (potong bkeping nipis)
5 ulas bawang putih (parut)
1 1/2 inci halia (parut)
1 biji bawang holland/kuning/bombay(hiris)
1sk cuka
3sb gula
4sb kicap manis
1sb sos lada hitam
1sk soya sauce
1sb minyak bijan
1sk cili flakes/serbuk cili/serbuk lada hitam
sedikit garam

bahan hiasan:-
daun bawang(hiris pjg dlm 2cm)
bijan (sangai)

cara :

1)campur semua bahan dalam mangkuk kecuali daging dan bahan hiasan.kacau rata

2)masukkan daging.kacau sampai semua daging bersalut

3)perap 3 jam atau lebih.

4) guna nonstick fry pan.grill/bakar letak sekeping sekeping.masukkan skali bawang yg dihiris masa bakar.

siap!!angkat hidang..tabur daun bawang dan bijan




hidagan yang siap dengan hiasan



cara makan mengunakan daun salad


wah mesti sedap...!!!



Cara Beli Kereta Tunai

♠ Posted by amsran
perkongsian daripada SAIFUL NANG di  blog http://geartop.blogspot.my berkaitan cara beli kereta tunai .. bank tidak suka artikel ini..memang terbaik..ah.. ni dia artikel tersebut... harap lepas ni kita dapat beli kerteta secara tunai... selamat berjaya untuk anda semua ...



Berikut merupakan cara untuk membeli Kereta secara Tunai. Awas! Konvensional Bank Tak Suka Artikel Ini

Keperluan : Perlu kereta untuk kerja

Batasan : Nak kumpul duit cukup sampai tua tak beli kereta
Solusi biasa : Pinjam Bank
Harga Kereta : RM40,000 - D/P RM4000 - bulanan RM438.33 Interest : 3.5% Tempoh : 9 Tahun
Keuntungan Bank : RM11,339.64 (lebih tinggi jika buat ZERO d/p dan ini tidak termasuk jika selalu kena penalti bayaran lewat)
Documentation Pembelian : RM4000 (Bank, Agreement, Insurance, JPJ yang semua ini biasa car dealer tak benarkan kita buat sendiri kecuali menggunakan runner mereka dengan rate yang telah mereka tetapkan...kita sain jer, lepas tu kita juga kena bayar bulan-bulan).

Jumlah EXTRA yang perlu dibayar kerana buat loan : RM25,339.64

Kita nak buat begini

Harga kereta : RM40,000 (RM38,000 - biasa boleh nego kalau tunai)
Bayaran : RM38,000
Untung bank : ZERO

Masalah biasanya ialah susah orang nak tunggu kerana kereta sangat perlu untuk pergi dan balik kerja. Mari saya cadangkan satu cara yang pernah berjaya dibuat oleh mereka yang pernah datang meminta nasihat sebelum ini (kita panggil beliau "Najib" - fresh graduate yang bekerja dengan swasta).

Anda target untuk memiliki sebuah Perodua Myvi berharga RM40,000 atau yang setaranya.

Misi : Kumpul duit RM40,000
Tapi : Perlu kereta segera

Kumpul RM4,000 dan mula dari situ. Dengan RM4000 itu boleh bayar downpayment HUTANG kereta baru ATAU dengan RM4000 itu boleh dapatkan sebuah Perodua Kelisa / Kancil yang berusia lebih 12 tahun. Masa ini biasanya bank sudah tak bagi finance kereta seumur itu dan harganya akan drop serendah-rendahnya kerana sasaran hanya kepada pembeli tunai. RM4000 boleh dapatkan sebuah kereta Kancil yang sangat mungkin kosmetiknya kurang tapi kerosakannya mungkin kurang.

Najib pilih ikuti nasihat untuk beli sebuah Perodua Kancil EX660 yang masih berkeadaan baik dengan harga RM3500 (Sebenarnya Proton Wira pun boleh dapat harga begitu...cuba cari di Mudah.My dan pastikan kita tak silap pilih kereta bermasalah). Pilih model yang spare-part dan repair murah dan kalau lebih baik dapatkan kereta yang dalam kondisi terjaga. Sekarang, untuk tujuan pergi dan balik kerja sudah tercapai. Yang tak tercapai ialah tiap-tiap raya tak boleh nak eksyen dengan bekas gelfren kononnya nak tunjukkan "achievement". Tahap ni, kena sabar sikit kerana kawan-kawan sebaya termasuk junior sekolah pun dah mula tayang Honda City mereka (hutang) bayar tempoh maksimum.

TETAPI walaupun tiada komitmen bulanan, Najib dinasihatkan untuk membuat tabungan sebanyak RM450 sebulan di dalam pelaburan koperasi yang menguntungkan. Kalau beli kereta baru pun, RM450 juga akan bayar bulan-bulan...anggaplah macam beli kereta dengan loan cuma RM450 kita laburkan bukan bayarkan loan. Dalam kes ini, Najib saya sarankan untuk melabur dalam KPF (Koperasi Permodalan Felda) kerana beliau juga anak Peneroka. Untuk pengetahuan, KPF bayar dividen sangat tinggi juga (selain itu dengarnya Koperasi Angkatan Tentera juga tinggi pulangannya). Jika tidak, paling teruk pun boleh masukkan dalam ASB atau Tabung Haji dengan kadar dividen yang "not bad" lah...jangan simpan dalam akaun simpanan yang ada ATM dan kemudian susah nak disiplinkan diri. Boleh juga cari prospek pelaburan lain yang mungkin lebih baik seperti emas, unit amanah, bon dan lain-lain, cuba intai-intai perunding kewangan yang terbukti rekodnya (saya cadangkan perunding dari The Millionaire Sister Group)

RM450 x 89 bulan = RM40,050

Apabila disekalikan dengan dividen pelaburan, tempoh 89 bulan itu boleh dikurangkan sehingga 70 bulan ataupun pada tempoh yang sama boleh dapat sampai RM55k-60k

Untuk kes Najib, beliau dapat disiplinkan diri untuk menyimpan RM450 dan dilabur dalam prospek pelaburan yang cerdik. Bulan ke 70 sahaja, beliau dah ada RM40k (kira-kira 5 tahun lebih). Mari kita mula kira

Dalam simpanan : RM40,000
Harga Perodua Kancil lama : RM2000
Tempoh tahan sabar kerana tak macho : 70 bulan

Ok, asalnya beliau nak beli sebuah kereta MyVi baru RM40k kan? Tapi selepas beliau dah ada kuasa tunai, beliau dapat beli sebuah Honda CRV terpakai yang masih dalam kondisi "Nora Danish" (cun) dan mempunyai maintenance yang rendah serta trade-in value yang tinggi dengan apa yang beliau ada. Disebabkan pembelian secara tunai, sebuah kereta Honda CRV dengan harga buka RM55k boleh tawar sampai harga RM45,000.

Sekarang, Najib sedang mencarum semula dalam dana keretanya sebanyak RM600 sebulan. Dalam tempoh 7 tahun akan datang, Najib boleh memiliki sebuah Mercedes S320 terpakai dengan harga RM100k (harga beli baru RM800k). Ada cara lebih baik jika masih sabar, beli sahaja kereta pada nilaian RM20-30k dan selebihnya teruskan mencarum untuk pelaburan dan lebarkan prospek pelaburan yang ada. Macam orang tanam pokok yang dah berbuah, nak ambil buah jangan tebang pokok tu, trim sikit sudahlah...and let the money work for you.

Kita tak perlu jadi penganalisis ekonomi untuk jadikan kita bijak. Kita cuma perlu BERPUASA sedikit. 7 tahun sahaja orang rasa tak cool bawa kereta cabuk. Lepas 7 tahun...kawan yang pakai Hondai City tu masih terkial-kial bayar bulanan. Awak dah bawa kereta lebih tinggi statusnya secara TUNAI.

Boleh cuba sekarang. Saya tahu kerana saya pernah jadi orang bodoh yang rakus mahukan impresi orang dengan kereta baru yang HUTANG dan dari situ saya belajar...untuk BERPUASA dan beli kereta bukan untuk tayang pada orang lalu saya mampu bebas dari hutang kereta. Saya juga pernah berkata, kenapalah aku bodoh sangat kerana tidak tahu perkara ini dari zaman muda dahulu lagi.

Jaguar S-Type (muka jongos) pada zaman kegemilangannya pada tahun 2001 dahulu berharga sekitar RM800k dan hanya RM50k pada hari ini. Orang tetap lihat...itu ialah Jaguar. Bawa Jaguar baru RM800k dan Jaguar terpakai RM50k jenamanya tetap sama. Pak Bilal yang taknak kahwinkan anaknya kepada kamu kerana kamu pakai Kancil 660 pun tak tahu beza harga Jaguar baru dan 2nd hand pun.

Beli kereta untuk keperluan...jangan bayar lebih untuk puaskan hati sendiri dengan sakitkan mata dan hati orang lain yang melihat. Lagi satu, orang kata kalau beli kereta tunai nanti income tax cari...jangan takut pasal perkara ini jika anda bukan jenis orang lari dari cukai. Cukai hanya kutip berdasarkan pendapatan kita dan bukan kerana kita beli kereta tunai.

Sekian tips kewangan dari kisah sendiri. Ini SEKADAR TIPS dari saya dan saya pasti ada ribuan tips lain yang lebih baik. ALASAN TETAP ADA UNTUK TIDAK MELAKUKANNYA DAN ITU SEMUA PILIHAN ANDA. Tidak ada paksaan dan satu statement mengatakan apa yang saya tips kan ini satu ketetapan negara...maka, tak perlu beri alasan sangat kepada saya. Saya tak perlu pun dengar alasan untuk mengubah apa yang telah berjaya dilakukan (past-tense dah)

Selamat mencuba.

Sila share supaya anda dibenci oleh bank-bank. Takpe biar bank benci anda tak mengapa, jika kereta anda rosak...bukan bank datang tolong pun.

SAIFUL NANG
Street Learner

* Pengiraan di atas bukan figure tepat tetapi sekadar anggaran untuk menunjukkan idea merancang kewangan sahaja. Harap tiada yang mempersoalkan matematiknya

MEMBELI KERETA : PROSES DAN PROSEDUR

♠ Posted by amsran
kali ini saya akan share cara dan bagaimana proses membeli kenderaan dengan cara yang betul. Perkongsian daripada https://keretaproton4u.wordpress.com.
MEMBELI KERETA

Setiap tahun jumlah jualan kenderaan kereta di Malaysia sentiasa meningkat. Berdasarkan satistik sebanya 666,465 jumlah kenderaan telah dijual pada tahun 2014 manakala, sehingga June 2015, sebanyak  322,184 telah dijual berdasarkan rekod yang dicatatkan PERSATUAN AUTOMOTIF MALAYSIA. Kereta perodua mendahului sebagai share terbesar didalam penjualan kenderaan diMalaysia diikuti oleh kereta proton.  Walaupun banyak kereta yang telah dijual, majoriti daripada pelanggan/pembeli kenderaan masih tidak memahami secara jelas tentang prosedur pembelian kereta. Maka akan berlaku penipuan yang dihadapi pelanggan kerana tidak jelas tentang prosedur pembelian kereta. Kerana terlalu bergantung kepada jurujual.
Apakah yang perkara penting yang perlu seseorang pelanggan tahu tentang proses pembelian kereta?  Kebanyakan pelanggan akan terpengaruh dengan pelbagai tawaran yang hebat-hebat dan diskaun yang tinggi-tinggi. Buka sahaja internet, pelbagai tawaran boleh dilihat. Akhirnya, hanya kerana mengejar keuntungan 2-3ratus, tetapi rugi 2-3 ribu. Sebenarnya, didalam jual beli kereta, perkara yang paling penting sebenarnya adalah untuk mendapatkan jurujual yang JUJUR dan AMANAH. Jika jurujual tersebut jujur, sudah tentu tidak akan berlaku penipuan dan pelanggan tidak akan mengalami kerugian.
Oleh itu berikut merupakan langkah secara ringkas proses atau prosedur pembelian kereta yang perlu setiap pelanggan tahu sebelum membeli kereta.
  1. Buat pilihan kereta yang ingin dibeli.
  2. Semak diskaun/hadiah yang ditawarkan oleh syarikat pengeluar kenderaan melalui talian hotline syarikat ataupun melalui laman web yang original/official mereka sebagai contoh perodua.com.my untuk kereta perodua atau www1.proton-edar.com.my untuk kereta proton.
  3. Hubungi jurujual untuk menyemak sekali lagi diskaun/hadiah serta maklumat penting berkenaan pembelia. Maklumat yang penting yang perlu diketahui adalah:
    • Harga On The Road kenderaan (Harga sebenar)
    • Diskaun (jika berbeza daripada laman web rasmi, maka berhati-hatilah)
    • Deposti yang perlu dibayar
    • Dokumen yang diperlukan
    • Tempoh untuk mendapat kereta
  4. Jika telah berpuas hati dengan maklumat, serah dokumen yang diperlukan seperti yang telah dijelaskan oleh jurujual untuk jurujual membuat tempahan kereta dan membuat pinjaman bank.
  5. Tunggu panggilan daripada bank untuk diinterview. Selalunya 2 hari selepas jurujual hantar kepada bank. Jawab dengan yakin dan ikut apa yang telah diajar oleh jurujual
  6. Update dengan jurujual selepas 3 hari diinterview untuk mengetahui status permohonan.
  7. Setelah mengetahui permohonan anda telah lulus, semak jumlah pinjaman yang telah lulus, interest dan syarat-syarat yang diberikan oleh bank jika ada.
  8. Tandatangani perjanjian dengan pihak bank
  9. Tunggu kereta anda di allocate (di kunci) untuk anda. Maksudnya, tunggu pihak syarikat memberikan chasis kenderaan tersebut untuk didaftarkan keatas nama anda.
  10. Jangan buat sebarang bayaran selagi anda tidak memenerima no casis.
  11. Setelah jurujual memberi tahu bahawa no casis anda telah di allocate untuk anda, minta no casis tersebut untuk rujukan anda.
  12. Buat pembayaran deposit
  13. Setelah deposit dibayar, baharu lah jurujual dapat mendaftarkan kenderaan anda di JPJ. Tempoh pendaftaran mengambil masa 2-5 hari.
  14. Setelah kereta didaftarkan, dan geran serta roadtax anda telah keluar dari JPJ, buat temujanji dengan jurujual untuk proses penyerahan kereta.
  15. Semasa proses menerima kereta, cek keadaan kereta anda, serta tuntut perkara-perkara yang telah dijanjikan oleh jurujual (jika ada).
  16. Jika anda telah berpuas hati, tandatangan pada VDO (vehicle delivery order) dan kenderaan tersebut telah menjadi milik anda.
NOTA:
  • Pastikan setiap pembayaran mempunyai resit rasmi syarikat
  • Jangan buat pembayaran atau transaksi kepada jurujual atau akaun persendirian jurujual. Buat pembayaran di pejabat jurujual atau ke akaun syarikat jurujual.
  • Artikel ini tidak dapat membantu anda mengelakkan 100% penipuan, tetapi ia akan dapat membantu anda sebagai rujukan dalam membuat urusniaga.
  • Cara yang terbaik adalah dengan mendapatkan jurujual yang AMANAH dan JUJUR. Bagaimana untuk mendapatkan jurujual yang jujur? Itu bergantung kepada rezeki anda.
sumber : https://keretaproton4u.wordpress.com

Elak DITIPU Ejen Hartanah Haram

♠ Posted by amsran in
Akhir-akhir ini isu penipuan oleh ejen Hartanah semakin menjadi-jadi dan telah ramai menjadi mangsanya. Oleh itu, beberapa artikel berkaitan akan dikongsi di sini sebagai panduan kepada pembeli.

Elak DITIPU Ejen Hartanah Haram
Ejen Haram


Saya terpanggil untuk menulis hari ini, untuk mengulas isu berkaitan ejen hartanah yang telah melakukan penipuan terhadap pelanggan-pelanggan beliau di Bandar Saujana Putra. Berita ini saya sempat tonton jam 1230pm tadi di TV9. Saya agak geram sebenarnya apabila kes-kes sebegini berlaku kerana kebiasaannya ia turut akan memberi kesan sedikit sebanyak kepada ejen-ejen hartanah yang lain yang jujur mencari rezeki.
Dalam liputan berita tersebut, broker hartanah tersebut yang juga merupakan seorang wanita, telah berurusan dengan 5 ke 8 pembeli, yang berminat untuk membeli sebuah rumah di Bandar Saujana Putra. Setelah pembeli-pembeli tersebut bersetuju, maka broker ini telah memungut 10% daripada harga rumah sebagai deposit. Bagi lebih meyakinkan pembeli tersebut, perjumpaan turut disertai seorang peguam yang dilantik broker tersebut, dan pembayaran dilakukan diatas nama syarikat, yang kononnya syarikat ejen hartanah. Sesudah mendapat wang deposit, broker tersebut lesap bersama wang itu dan peguam dilantik sudah lama tidak bekerja di syarikat guaman yang dinyatakan.

Pertama sekali ingin saya nyatakan disini bahawa individu berkenaan bukanlah EJEN HARTANAH tetapi BROKER HARTANAH! Apa bezanya ejen dan broker sedangkan skop kerja adalah sama?? Ya, skop kerja hampir sama tetapi JALAN KERJA adalah jauh berbeza. Baik, untuk pengetahuan semua, EJEN HARTANAH terbahagi kepada 2, ejen hartanah BERDAFTAR dan ejen hartanah TIDAK BERDAFTAR. Ejen hartanah TIDAK BERDAFTAR inilah yang dipanggil BROKER HARTANAH. Ejen hartanah berdaftar tertakluk dibawah undang-undang dan Akta 242: Akta Penilai,Pentaksir & Ejen Hartanah 1981 & Peraturan Penilai, Pentaksir & Ejen Hartanah 1986.

PROSEDUR BERURUSAN DENGAN EJEN HARTANAH BERDAFTAR
Baik kepada pembeli-pembeli rumah diluar sana, sekiranya anda berurusan dengan ejen hartanah, berikut adalah prosedur atau perkara yang anda patut semak;
1) MINTA KAD NAMA EJEN
Sebaik berjumpa dengan ejen berkenaan, pastikan anda mendapatkan kad nama beliau terlebih dahulu. Semak butiran dalam kad nama, jika kurang yakin semak info ejen tersebut di website syarikat ejen tersebut. Boleh hubungi syarikat itu jika mahu. Jika anda ragu-ragu dengan kewujudan syarikat ejen itu, boleh semak di website Lembaga Penilai, Pentaksir, dan Ejen Hartanah . Buat carian diruangan company search, cuma masukkan nama syarikat atau nombor pendaftaran syarikat berkenaan.

2) MINTA SURAT LANTIKAN (LOA)
Seterusnya, cuba minta ejen berkenaan tunjukkan bukti beliau dilantik tuan rumah, untuk uruskan proses jualan rumah terbabit. Biasanya tuan rumah yang melantik ejen, akan menandatangani Letter of Appoinment, atau LOA, sebagai persetujuan perlantikan antara pemilik rumah dan syarikat ejen hartanah. Dalam LOA tersebut, ada butiran berikut; alamat rumah yang dijual, butiran pemilik, dan terma-terma kontrak. BAGAIMANAPUN, sering juga berlaku LOA ini tidak sempat pemilik tanda tangan oleh kerana faktor LOKASI, KEKANGAN MASA, dan faktor lain. Saya juga sering mengalami situasi ini. Jadi jika ejen gagal tunjukkan LOA, pastikan perkara yang pertama tadi diteliti sebaiknya.

3) PASTIKAN DUIT MUKA MAKSIMUM 3%
Sekiranya anda bersetuju untuk membeli rumah tersebut, duit muka atau booking fee adalah MAKSIMUM 3% atau kurang sahaja dari harga jualan. Boleh rujuk SINI dibawah ruangan C. untuk Estate Agency. Memang betul jumlah deposit adalah 10%, tetapi baki 7% yang perlu dijelaskan adalah ketika Sales and Purchase Agreement (S&P) ditandatangani. Duit muka hanya 3% sahaja maksimum atau kurang.

4) PASTIKAN RESIT RASMI DITERIMA
Sebarang pembayaran haruslah disertai dengan resit rasmi syarikat ejen hartanah terbabit. Kebiasaannya resit berkenaan juga adalah pre-agreement, antara pembeli dan penjual. Untuk proses jual beli biasanya ia dipanggil Letter of Offer to Purchase atau LOF manakala untuk proses sewa dipanggil Letter of Offer to Rent. Pastikan anda mendapatkan salinan LOF ini sesudah membuat bayaran.

5) JANGAN BAYAR KE AKAUN INDIVIDU
Paling penting, pastikan sebarang bayaran yang anda lakukan, dimasukkan kedalam AKAUN SYARIKAT dan bukannya AKAUN EJEN terbabit. Contohnya, syarikat saya adalah RESCOM REALTY, pastikan anda bank-inkedalam akaun RESCOM REALTY, bukan nama ejen terbabit contohnya Ali Bin Abu. Lebih selamat dengan buat Bank Draft, elakkan transaksi secara tunai, apatah lagi, tunai itu diberi kepada ejen terbabit. Sangat berisiko. Jika saya, sekiranya pembeli tetap mahu membayar tunai, saya akan membawanya ke bank berhampiran untuk bank-in. Dan pastikan anda menyimpan bukti bayaran sebagai rekod.


Jika kita perhatikan kes pembeli yang ditipu tadi, apa kesilapan pembeli? ;
 a) Tidak menyelidik latar belakang ejen
 b) Pastinya pembeli tidak tahu berkenaan LOA
 c) Membayar deposit / duit muka 10% sekali gus
 d) Kemungkinan tiada resit rasmi dikeluarkan ejen terbabit
 e) Tidak menyemak status akaun syarikat dimana pembayaran dibuat. Syarikat berkenaan didapati memang bukan syarikat ejen hartanah

Jadi kepada anda diluar sana, pastikan anda berunding dengan orang yang betul. Semak dan teliti setiap perkara jika anda ragu-ragu. Ketahui hak anda dan jangan sesekali biarkan broker-broker haram menipu wang anda.


sumber : https://arenahartanah.blogspot.my

BAGAIMANA MASAK TELUR REBUS YANG SEMPURNA

♠ Posted by amsran


CARA MASAK TELUR REBUS YANG SEMPURNA


CARA MASAK TELUR REBUS YANG SEMPURNA:

Seperti semua kita maklum setiap biji telur size A mempunyai 6gm protein dan 70 kalori tenaga. Telur rebus paling cantik ialah kuning telur berada betul-betul ditengah telor. Disini saya akan kongsi sedikit bagaimana cara memasak telur rebus yang sempurna.

Cara-caranya ialah seperti berikut :

1. Masukan air kedalam periuk untuk merebus telur. Hidupkan api dan tunggu sehingga air mendidih.


2. stelah mendidih air di dalam periuk tersebut baru masukan telur yang ingin di rebus tadi kedalam periuk. Rebus telur selama 7 minit  hingga 10 minit  setelah itu matikan api dan tutup bekas rebusan itu dgn tudung.dalam 2 minit.

3. Selepas itu angkat telur itu masukan dalam bekas yang ada air ais. Sebelum masukkan ketuk kulit telur dgn perlahan untuk retak kulit telur di dua tiga tempat.


4. Biarkan telur di rendam 10 minit dlm air ais dan kopek .Masa kopek mulakan dari tengah..mcm biasalah kopek itu..lalukan air pili pun boleh.


5. pasti telur yang direbut nampak sempurna dan menyelerakan. 



sekian, selamat mencuba




RANDOM POSTS