Blog perkongsian maklumat dan isu semasa terkini

beberapa langkah penyelesaian yang dapat mengatasi masalah dalam EIA

langkah penyelesaian EIA,
Keadaan manusia satu hari nanti apabila tidak menjaga alam sekitar

PENGENALAN


EIA-Merupakan alat untuk membuat penilaian, perancangan dan pengurusan berkenaan dengan rancangan pembangunan.
Dua aspek penting dalan EIA:
1) Aspek prosedur
2) Aspek metodologi.
Aspek prosedur:
Langkah-langkah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan supaya kajian EIA dapat dijalankan secara sistematik.
Berperanan sebagai panduan rangka kerja dan rujukan kepada pihak yang diwajibkan menjalankan EIA.
Aspek metodologi:
Menumpukan aspek-aspek teknikal dan saintifik dalam aktiviti mengumpul, menganalisis, menjangka, menilai dan menyampaikan maklumat tentang alam sekitar.
Terdapat masalah-masalah dalam memenuhi kriteria prosedur dan metodologi dalam melaksanakan EIA.
Masalah-masalah timbul disebabkan kelemahan-kelemahan dalam proses penilaian EIA.

MASALAH DALAM EIA


Kekurangan data
3 masalah utama berhubung dengan data EIA:
Kekurangan atau ketiadaan data
Ketidaktepatan data
Masalah untuk mendapatkan data sedia ada
3 masalah utama dalam mendapatkan data yang sedia ada:
Data tidak disimpan setempat
Kelemahan sistem penyimpanan maklumat
Maklumat alam sekitar adalah sulit

Kekurangan kepakaran
Pakar-pakar dari pelbagai bidang adalah diperlukan bergantung kepada kajian yang dijalankan.
Kekurangan tenaga pakar – kualiti kajian yang dijalankan tidak mencapai tahap yang dikehendaki.
Keperluan kepakaran meliputi bidang ilmu ekologi, hidrologi, kejuruteraan, sains tanah, geologi, pertanian dan sebagainya.
Kos dan jangka masa kajian akan bertambah untuk mendapatkan tenaga pakar.
Khidmat pakar asing tamat – menyebabkan tanggungjawab dipikul oleh pakar tempatan yang tidak terlibat secara langsung dalam peringkat kajian.
Tidak ada kesinambungan antara kajian penilaian dengan pelaksanaan dan pengawasan projek.

Kelemahan pengurusan dalam EIA
2 Kelemahan dalam pengurusan EIA:
Ramalan kajian tidak dibuat dengan betul
Kelemahan kerjasama kerajaan negeri dengan konsultan EIA
Kurang kefahaman pemaju projek terhadap prosedur EIA
Kebanyakan pemaju projek gagal mematuhi prosedur EIA disebabkan kurang kefahaman berhubung dengan penilaian terhadap kesan alam sekitar .
Disebabkan kegagalan komunikasi antara pemaju projek dengan konsultan EIA.
Pemaju projek gagal memenuhi kriteria dalam EIA – kesannya proses yang ditetapkan dalam EIA tidak dilaksanakan sepertimana yang telah ditetapkan.
Terdapat halangan di antara prinsip-prinsip dan pelaksanaan EIA.

Masalah kewangan dan kos pengurusan
Matlamat utama EIA tidak tercapai – peruntukan kewangan banyak dikeluarkan untuk pembiayaan penilaian.
Agensi kewangan menggantung pembiayaan terhadap penilaian projek yang hendak dimajukan.
Agensi kewangan mengenakan syarat dan mengawal peruntukan untuk membiayai EIA.
Menyebabkan pemaju projek gagal mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dalan EIA.
Kos yang tinggi tidak menggalakkan kajian tentang EIA dijalankan.

Kurang penyertaan awam dalam EIA
Penglibatan orang ramai dalam EIA tidak menggalakkan.
Maklumat yang ingin disampaikan tidak dapat ditujukan kepada pihak yang berwajib.
Petisyen-petisyen yang dikemukakan oleh orang ramai berhubung dengan projek yang dimajukan tidak diendahkan oleh kerajaan dan menganggap ia sebagai masalah kepada proses EIA.


LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN MASALAH EIA


Mempermudahkan proses pemerolehan data dan maklumat.
Maklumat dan data yang diperolehi melalui program pengawasan EIA disimpan setempat di dalam bank data sebagai rujukan.
Dokumen-dokumen dikumpul dalam bentuk mikro filem atau teknologi komputer.
Mengkelaskan maklumat alam sekitar sebagai sulit.

Mendapatkan khidmat pakar asing.
Negara memerlukan khidmat pakar asing bagi menjalankan penilaian kesan-kesan alam sekitar di dalam negara kita dan bagi membantu menangani masalah alam sekitar.
Tujuan utama - menjalankan penilaian pada peringkat awal projek hingga ke peringkat pelaksanaan

Mengadakan program latihan kepada kakitangan tempatan.
Latihan meliputi aspek-aspek metodologi dan prosedur – mengambil kira kesan jangka pendek dan jangka panjang.
Keperluan latihan EIA meliputi:
a) Keperluan pengurusan
b) Keperluan teknikal

Bantuan sokongan kewangan dan khidmat nasihat.
Bantuan sokongan dari Bank Dunia, Bank Asia dan Organisasi Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu perlu untuk membiayai penilaian EIA di negara-negara yang amat memerlukan.
Firma-firma pakar perunding harus berkongsi pengalaman dari segi penyelidikan dan pengawasan serta menyediakan metod-metod yang sesuai dan khusus berhubung dengan EIA.

Bantuan sokongan kewangan dan khidmat nasihat.
Bantuan sokongan dari Bank Dunia, Bank Asia dan Organisasi Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu perlu untuk membiayai penilaian EIA di negara-negara yang amat memerlukan.
Firma-firma pakar perunding harus berkongsi pengalaman dari segi penyelidikan dan pengawasan serta menyediakan metod-metod yang sesuai dan khusus berhubung dengan EIA.

Mengambil kira penyertaan awam dalam penilaian kesan-kesan alam sekitar.
Menganjurkan perjumpaan ramai, menjalankan kaji selidik dan menemubual wakil-wakil penduduk tempatan
Setiap masalah-masalah yang dipandang berat oleh masyarakat hendaklah dikenalpasti dan diambil kira dalam proses kajian seperti peringkat kajian awalan, peringkat penilaian kesan-kesan dan peringkat memilih alternatif.

Menyediakan peruntukan undang-undang dalam melaksanakan penilaian kesan-kesan alam sekitar.
Undang-undang yang terdapat di dalam sesuatu prosedur EIA selalunya sebagai prosedur formal.Undang-undang yang ditetapkan di dalam penilaian kesan-kesan alam sekitar diperlukan, apakah yang mesti terkandung di dalam laporan EIA yang dihasilkan, manakah badan yang berkuasa memeriksa laporannya dan juga badan yang yang akan menyelesaikan pertikaian jika berlaku serta tindakan yang akan diambil jika terdapat mana-mana pihak yang gagal mematuhi keperluan ini.


KESIMPULAN


Secara keseluruhannya, pelaksanaan penilaian kesan-kesan alam sekitar (EIA) terpaksa menghadapi pelbagai masalah yang biasanya bukan sahaja dialami oleh negara kita Malaysia tetapi juga negara-negara lain di dunia ini.
Walaupun terdapat kelemahan-kelemahan tertentu dalam EIA, tetapi di sebaliknya proses EIA telah membawa faedah-faedah lain seperti terdapatnya lebih banyak kerja-kerja pemonitoran ke atas alam sekitar yang telah dijalankan, mewujudkan metodologi-metodologi yang dapat meramal peningkatan pembangunan dan penilaian alam sekitar dapat dilaksanakan bagi sesebuah pelan pembangunan.
Satu lagi peningkatan yang berlaku di dalam proses EIA ialah penyediaan maklumat kepada masyarakat khususnya berkenaan dengan kesan-kesan alam sekitar dapat dilakukan pada peringkat yang lebih awal dan dengan cara yang lebih komprehensif.

0 ulasan:

Catat Ulasan

SILA TINGGALKAN PESANAN ANDA DISINI.. Amsran.Com AKAN DATANG MELAWAT BLOG ANDA

RANDOM POSTS